Review: Sony Lens G QX10

Assalamualaikum




Hai. Ek eh makin rajin update blog lah Bella sekarang kan? Yelah sementara duduk depan PC ni. Kalau kat rumah tak dan nak menghadap laptop. Aisyah sibuk nak tolong taip sekali. Hihi.

Memandamgkan Lazada ada offer produk ni dan harga lebih murah berbanding kedai Sony, Bella nak buat sikit review pasal produk ni. 

Produk apa ni Kak Jemah?
Produk kurus badan ke?

Hihi.
Eh tak lah.
Kak Jemah tak pakai produk-produk gitu. 
Ni produk IT.
"Sony Cyber-shot DSC-QX10"

Sumber: Sony Website
Smart kan?


Ni sebenarnya sejenis lens yang hidup di darat. Eh tak lah. Sebenarnya ia adalah lens yang portable yang mudah di bawa kemana-mana. Lens ni boleh attach ke hp kita. Kalau korang pakai aipong (iPhone), Samsung or another smart phone, boleh lah guna kan lens ni. Cuma perlu install PlayMemories untuk membolehkan lens ini berfungsi di telefon pintar anda.

Mesti korang tertanya-tanya macam mana lens ni berhubung dengan telefon pintar kita tu kan? Eh tak tanya? Ala jangan gitu. Malu Kak Jemah. Lens ni ada NFC dan Wi-Fi. So kalau telefon pintar korang ada NFC, just beam je kat telefon pintar korang. Kalau macam Kak Jemah pakai aipong dan aipong takde NFC, jadinya guna Wi-Fi jelah. Tapi agak leceh sebab kalau dalam waktu yang sama aipong tu dah connect dengan Wi-Fi lain (contoh macam unifi atau Wi-Fi Baskin Robin), kena gi setting dan pilih Wi-Fi lens tu. 

Lepas dah connect kan lens dan telefon pintar korang, buka lah apps PlayMemories yang korang dah install tu. Lepastu dah boleh snap-snap. Hihi. Lens ni boleh guna gitu sahaja atau pasang kat telefon pintar korang.

Sumber: Sony Website
Ha gitulah gayanya bila lens dipasang ke telefon pintar korang.

Kenapa perlu Lens QX10 ni? Kenapa tak beli digital camera je? Ok. Itu terpulang pada individu. 

Antara sebab Bella pilih QX10:
1. Kualiti gambar dari Aipong 4s rendah. Gambar sentiasa berbintik-bintik seperti kena chicken pox.
2. Suka ambil gambar guna telefon pintar sebab mudah untuk share di sosial media (FB, Instagram, dll)
3. Suka yang ringkas. Tak perlu bawak kamera dan aipong dalam satu masa. Hanya bawa lens dan aipong. Kalau tak nak pegang 2 benda, attach lah lens tu ke aipong. Ha senang.
4. Bella suka ambil gambar sendiri. Bella mempunyai tangan pendek. Kalau guna aipong, muka bulat je yang masuk dalam gambar sebab tangan tak leh pergi jauh. Haha.

Kelebihan QX10:
1. QX10 menghasilkan gambar yang berkualiti tinggi serupa dengan kamera canggih lain.
2. Gambar-gambar disimpan di lens (kalau bubuh memory card dalam lens tu), kalau tak, dia akan simpan gambar dalam telefon pintar. So  mudah untuk share.
3. Ya terbukti ringkas.
4. Lens tu portable kan? jadinya kalau nak ambil gambar satu badan, letak lens kat mana-mana, pastu gunakan aipong sebagai controller. Ataupun kalau nak berselfie, even tangan pendek, tapi hasil gambar lebih wide. Gambar bukan sahaja terdiri dari muka bulat, malah pemandangan belakang boleh masuk sikit jugak.

Hampir sebulan beli lens ni dan sangat berpuas hati dengan hasilnya. 
Bella beli kat Sony Center dengan harga RM699.
*Bukan Bella beli sebenarnya. Suami yang bayar. Hadiah anniversary katanya. Terima kasih suami.
Sebenarnya lens ni ada 2 color option. Hitam dan putih gold. Putih gold tu nampak smart tapi aipong Bella warna hitam. Jadinya beli hitam. 

Ha tu putih gold. Cantik tak Kak Ton?


Spesifikasi QX10 ni korang baca di sini.
Kalau nak beli kat Lazada, korang pergi sini.


 
Ha tengok video ni kalau nak tengok bagaimana lens tu berfungsi.
Sekian.
Terima kasih.

Comments

Unknown said…
Asal video blank?
Bella said…
eh aku nye blh buka...haha..mgkn video tu bergurau dgn ko
Unknown said…
mcm best je dear..bli lense sj kan..lebih simple..
Unknown said…
kalau ade PINk comfirm org pertama grab dulu hehhehehehhee

Popular posts from this blog

Aisyah Safiyyah Azzahra

[Di Balik Tabir] Photoshoot Anugerah Cinta

Sambutan Hari Kanak-Kanak (Tema Cerita Rakyat)