Posts

Showing posts from August, 2023

Pertandingan Mewarna Karnival Ambang Merdeka 2023

Image
 Assalamualaikum. 31 August 2023. Aisyah Qisya sertai pertandingan mewarna sempena hari kemerdekaan.  Anjuran Perpustakaan Awam Pasir Gudang.  Awal Aisyah Qisya bangun. Semangat nak mewarna. Aisyah Qisya takde skill mewarna sangat. Mummy daftarkan untuk isi hari cuti dan beri pengalaman dan kenangan untuk diorang. Semasa penyampaian hadiah, nama Qisya je dipanggil ke pentas. Tapi Aisyah tak.  Kiranya Aisyah tak menang. So Aisyah sedih time tu sebab dia dah buat bersungguh. Rupanya ada kesilapan teknikal masa penyampaian hadiah. 5 September, pihak perpustakaan mesej mummy maklumkan Aisyah dapat tempat ke 6 sebenarnya. Tak disangka-sangka, Aisyah Qisya dapat tempat dalam pertandingan ni. Aisyah dapat tempat ke 6 (daripada 50 peserta). Qisya dapat tempat ke 8 (daripada 50 peserta). Alhamdulillah, tahniah anak-anak mummy.  Gambar kabur ambil dari facebook MBPG. Masa ni hp mummy dah habis bateri. 

29 August 2023

Image
Hai. Aktiviti 29/8/2023 anak-anak mummy. Pagi layankan yusoff main puzzle. Petang bawa anak-anak ke taman. Baru lepas hujan, so ada lantai yang licin berlumut.  Yusoff lari-lari dan terjatuh. Yusoff ngamuk.  Nasib baik lepas bersihkan dia dan buka seluar, yusoff nak sambung main. Kalau tidak, semua orang kena balik. Hahahaha. Balik dari taman, mummy belanja memasing aiskrim bangla. Bahagia sangat memasing. Adam pun dapat pegang sendiri.  Tu yang menyengeh nampak gigi jongang dia. Haha.  Sekian. Adam mengamuk. Tak ingat apa yang tak kena. Mengamuk sebab tak dapat keluar rumah. Kadang-kadang mummy tak bagi dia keluar sebab tak nak dia kacau abang buat aktiviti kat luar. Yusoff buat puzzle.  

Pos Surat di Pejabat Pos

Image
 Assalamualaikum. 28 August 2023. Cuti sekolah masa ni. Mummy ajar Aisyah Qisya guna Canva. Dan mummy minta diorang hasilkan kad menggunakan Canva untuk dipos kepada ahli keluarga. Aisyah buat untuk Atok Nenek dan Bonda. Qisya buat untuk Kakak Zuzu. Mummy pilih pejabat pos Pos Malaysia di Lotus Seri Alam, Johor. Sebab senang nak bawa stroller sebab bawa Yusoff Adam sekali.  Mula-mula beli stem. Aisyah tampal stem. Qisya tampal stem. Qisya masukkan surat ke dalam peti surat. Gillian Aisyah pula. Semoga memberi pengalaman manis buat Aisyah Qisya.

Yusoff's Activity 27 August 2023

Image
Assalamualaikum. 27 August 2023. Yusoff buat aktiviti puzzle dan getah.  

Donut Decorating Challenge

Image
Assalamualaikum. 26 August 2023. Donut Decorating Challenge anjuran Lotus Eco Tropics. Bagi diorang makan dulu sebelum aktiviti bermula. Bawa Yusoff sebab dia dah bangun. Kalau tinggal, confirm melalak. Yusoff menyebok. Kakak dapat bahan, dia pun nak juga. Nasib baik penganjur baik hati nak beri. Gaya kemain. Siap deco, dia makan. Saguhati. Saguhati. Sekian. Bye.