Posts

Showing posts from November, 2023

Majlis Perpisahan dengan bff Aisyah & Qisya

Image
Assalamualaikum. 30 November 2023 (Khamis). Semalam 29/11 mak kepada bff Aisyah & Qisya maklumkan yang diorang akan berpindah ke Muar. Bersedihlah kami menerima berita ni. Mummy ni senang betul dengan diorang. Rabu dan Khamis mummy request dengan mak Atia untuk hantar dan ambil Atia sekolah agama. Mummy tak boleh banyak cakap dalam kereta sebab sedih.  Tahan je airmata tapi meleleh juga lah sebab Aisyah mennagis sedu sedan dalam kereta. Nasib baik mummy pakai sunglass so tak nampak sangat. Atia, Khayla, Qaiser dan Ahsan.  Sama dengan anak mummy 2 perempuan 2 lelaki. Kebetulan pula Atia bff Aisyah, Khayla bff Qisya. Mereka sebaya. Syahdu betul rasa. Semua baik, peramah. Berbahasa dengan orang tua. Jadi sebagai kenangan, mummy jemput Atia dan adik-adik datang minum petang kat rumah mummy. Takde apa yang special pun. Semua readymade, mummy potong-potong je. Kek span, marble roll, pear. Potato chip. Claw machine. Terpaling mendapat sambutan. Dari depan kiri: Qisya-Khayla peluk Ahsan-Ai

Hari Keusahawanan Sekolah Aisyah Qisya

Image
Assalamualaikum. 18-19 November 2023. Hari Keusahawanan sekolah Aisyah Qisya. Berminggu diorang bagitau nak tengok wayang pacak dan rumah hantu. Semangat betul memasing. 18hb adalah tayangan wayang pacak. Dah beli tiket sehari awal masa di sekolah. Masa ni hujan renyai-renyai. Sebelum tu agak lebat. Nasib baik diorang dah beli tiket awal. Kalau beli masa hari kejadian beratur panjang. Memasing dengan bff. Aisyah Qisya Atia Khayla. Masani diorang ditempatkan di kantin, bawah bumbung. Mummy hantar je. Lepas diorang dah setup tempat, mummy tinggalkan diorang.  Rupanya bila cuaca da ok, semua berpindah ke dataran. So mummy tak tahu la keadaan diorang macam mana sebab takde gambar. Tapi memasing balik dari wayang pacak ni happy lah. Pengalaman pertama kan. Mummy tak boleh join sebab ada adik-adik 2 orang yang sangat molek perangai nya. 19hb adalah Hari Keusahawanan. Terpaksa bawa Yusoff Adam sekali sebab daddy kerja. Huru-hara keletahkan diorang berdua. Terutama yang pakai topi tu lah. Fuh

Villea Rompin

Image
Assalamualaikum. 2-4 November 2023. Daddy bawa kitorang stay di Villea Rompin. Tujuan asal daddy book sini sebab nak gantikan camping Aisyah anjuran sekolah. Aisyah nak sangat pergi camping. Camping kalini diadakan di Mersing. Jaaaaaaaaauh. Daddy belum nak lepaskan anak dia. Jadi sebagai ganti daddy bawa ke sini. 2hb perjalanan dari 11pagi hingga 4 petang. Sempoi-sempoi jalan kerap berhenti cari pantai dan makan. Makan tengahari di Qaseh Udang Galah. Tempat ni best. Menghadap laut.  Tenang je. Makanan pun sedap.  Aisyah & Qisya Kematu ontot ami riba Yusoff. Yusoff memang suka menyelit kat mummy. Teluk Penyabung tak silap. Ni atas bukit apa entah. Tempat viral. Memang cantik kawasan ni. Pandangan dari atas. Cantik. Lagi satu jam nak sampai destinasi, mummy keluarkan Adam dari carseat. Konon nak bagi dia bebas sekejap. Tapi begini lah keadaan bila bagi lepas. 3hb. Start dengan mummy pergi breakfast sorang, bergilir dengan daddy. Anak-anak masih tidur. Belakang bilik kitorang seaview