Wednesday, 30 April 2014

Luahan Perasaan

Assalamualaikum

Hai semua.
Entry kali ini entry throwback lagi. Hm tak de modal nak story apa sebenarnya.

Kisah cukur rambut Aisyah.
Sebelum Aisyah lahir lagi Bella berharap dapat cukup kan 7x cukur rambut Aisyah.
Dah lama dah berhasrat macam tu.
Sebelum kahwin lagi.
Dengar nya insyaallah anak mudah menghafal.
Ustazah dulu beritahu lah.
Tak tahu lah benda betul ke tidak tapi Bella macam yakin.
Even benda tu tak betul, Bella rasa rambut yang kerap dicukur akan lebih sihat dan cantik.

Tapi ada yang menentang.
Ada juga yang menyalahkan sekarang.
Dia kata rambut Aisyah nipis sebab Bella kerap cukur dulu.
Hamboi. Sakit hati pulak tite. Hihi.
Anak kita biarlah kita nak corakkan macam mana.

Rasanya takde kaitan kot.
Sekarang ni rambut Aisyah nampak normal.
Tak tebal, tak nipis. 
Satu lagi Bella rasa baby lebih selesa sebab baby selalu baring.
Jadi kurang berpeluh belakang kepala dia.
Tambahan nampak comel.


Rambut pertama Aisyah

Cukur kali pertama by daddy

Aisyah botak buat pertama kali

Hm tapi apa yang Bella harapkan tak kesampaian.
Dapat cukur 4 kali je rasanya.
Sebab Bella tak berani nak cukur sendiri.
Nak tunggu suami sometimes dia busy.
Nak tunggu dia free, lama-lama Aisyah dah besar.
Bila dah besar, susah nak cukur sebab dia dah pandai bergerak banyak.
Ha gitu lah kisahnya.
Anak kedua Insyaallah still dengan niat yang sama.
Lantak apa orang nak kata.
Kalau botak sampai bila-bila pun dia anak saya.
Bukan anak awak!

Sekian.
Terima kasih.

Thursday, 24 April 2014

[Di Balik Tabir] Photoshoot Anugerah Cinta

Assalamualaikum

Hai semua!
Hari ini update dari fakulti sementara tunggu supervisor datang. Aisyah ikut mummy lagi demo progress hari ini. Moga Aisyah behave ye sayang.

Ok lah. Ni kira entry throwback juga. Ni sebalik tabir maternity photoshoot aritu. Photoshoot ni buat pada 28/12/2012 dekat Hutan Bandar Mutiara Rini. Buat suka-suka sebagai kenangan. Tambahan, ada kawan-kawan yang sporting nak membantu.

Layan gambar ye.

Nampak seperti profesional photography team kan?

Model pada hari tu.

Model upahan. Eh tak bayar upah pun.

Di sebalik gambar tu, ada orang yang tolong pegang kan pintu, kalau tak, pintu tu nak tertutup jek.

Gitu sekali gaya photographer



Gaya tangan Pika nampak macam profesional sungguh.

Pika tunjuk kat iPad contoh posing

Masing-masing busy dengan tugas masing-masing

Diorang ajar cara tangan nak pegang kasut tu

Rindu perut bulat

Team yang sangat membantu


Team yang sporting

Terima kasih yang tak terhingga pada korang semua. Sangat sporting dan membantu. Bersungguh-sungguh nak kan hasil yang cantik. Model tak pandai buat LOVE, sanggup ajar sampai jadi. Lepas ni anak kedua tak dapat lah nak buat gini lagi. Kena hire photographer betul-betul sebab diorang semua dah habis belajar. Mungkin dah kawin dan ada anak kot. Haha. Terima kasih yang tidak terhingga. Sayang korang semua!

Lepas siap photoshoot, kitorang pergi makan-makan kat Pizza Hut Jusco Taman U. Sambil celebrate birthday Key masa tu. 

Sekian.
Terima kasih.

Tuesday, 22 April 2014

[Entry Bergambar] #2

Assalamualaikum

Petang ni ada oral test TECS. Minta jasa baik kalian doakan kelancaran Bella untuk bercakap ye.

Hari ini nak kongsikan gelagat Aisyah masa berusia 11 hari.


Masa ni rasanya baru nak mandikan kot. Tu yang seksi sikit pakai pampers je. 




Subhanallah. Comel ciptaanMu...
Allahu Akbar. Cepatnya masa berlalu...
Alhamdulillah. Dikurniakan anugerah terindah...

Sekian.
Terima kasih.


Monday, 21 April 2014

Jual! Jual!

Assalamualaikum

Hai. Hari ni nak jadi business woman pulak la. Hihi. Bella nak buka jualan kerusi dan beg comel kat sesiapa yang berminat. Details setiap item Bella ada sertakan kat bawah ye. Bella ukur guna pembaris panjang yang berukuran 30cm.


Ni kerusi comel yang Bella cakap tu. 

Item: Kerusi Besi
Lebar dan panjang tempat duduk: 25 x 25cm
Tinggi : 34cm
Harga: RM25 (tidak termasuk postage)
*Pilihan: Barbie (pink), Minnie (merah), Dora The Explorer (pink)

Lebar tempat duduk: 25cm

Panjang tempat duduk: 25cm

Tinggi kerusi: 34cm

********************************************************************

Ini pula beg comel. 3D lagi. Contohnya macam dalam gambar atas ni, kepala Minnie timbul. 

Item: Beg 3D
Tinggi: 30cm
Lebar: 15cm 
Harga: RM50 (tidak termasuk postage)
*Pilihan: Minion, Minnie, Barbie dan Hello Kitty

Tinggi beg: 30cm

Lebar beg: 15cm

Kepada sesiapa yang berminat boleh contact Bella:
013-7551025 (call/sms)
nur.mardhati.nabila@gmail.com (emel)

Jangan malu dan segan kalau nak tanya mengenai kedua-dua barang ni ye. 

Sekian. Terima kasih.

Sunday, 20 April 2014

Cahaya Cinta

Assalamualaikum

Entry kalini nak throwback majlis Cahaya Cinta aka majlis pertunangan tuan punya blog 3 tahun lepas. Cepatnya masa berlalu.

Tak hire official MUA pun. Just dibantu oleh menantu Cik Nani. Suka makeup dia yang simple.

Bersama hantaran dari pihak perempuan

Gadis dan bunga

Centerpiece lah konon

Rumah ayahanda dan bonda

Pelamin Cahaya Cinta

Rombongan dari pihak lelaki

Antara tetamu yang hadir

Mummy dan Zuzu

Sedang berbincang

Ha nak sarung cincin da. Disarung oleh Mak Anjang.

Dah sarung cincin

Alhamdulillah

Alhamdulillah

Bersama bakal mak mertua. Eh sekarang mak mertua

Adik ipar, Kak Lang.

Adik ipar, Kak Chik.

Love Ayah & Mama

Tq Zuzu sebab temankan mummy kat pelamin

Kakak-kakak dan abang-abang ipar

Bella dan tunang dan bersama hantaran belah lelaki dan perempuan

Nampak muda tunang Bella masa ni

Ek eh ini macam poyo

Kawan-kawan sekolah rendah. Terima kasih sudi datang. Masa ni dua-dua single. Sekarang sorang dah jadi mak orang, sorang dah jadi isteri orang.

Abang Khalid, Ayah, Kak Anne, Bella, Abah, Mama, Kak Ayu, Adik, Abang Norman, Abang Syahrell dan Kak Einu. Sayang korang semua.

Hmmm

Hmmm

Kami 4 beradik!

Yang pakai baju batik maroon paling kiri tu ayah mertua Bella.

Eh da habis gambar. Terima kasih pada yang datang memeriahkan majlis dan yang datang membantu. Kepada jiran-jiran tetangga, sanak saudara, ahli keluarga, tunang dan Zuzu. Terima kasih banyak-banyak. Alhamdulillah. Majlis selesai dengan jayanya.