Monday, 14 April 2014

[Entry Bergambar] #1

Assalamualaikum

Pukul 10 tadi jumpa supervisor PSM. Cuak sebab tak banyak progress. Lepas tu next meeting (20 April) dia nak tengok 90% progress. Hamboi. Menggeletar lutut dengar.

Bagi menenangkan lutut yang menggeletar ni, meh layan gambar-gambar lama dulu. Gambar ni kat Sunway Pyramid. Masa tu CNY. So banyak lah view cantik kat situ time tu.

Anak dara gelak. Susah nak tangkap gambar dia tengah gelak yang elok. Biasanya blur.

Kalau terlebih gelak buruk pulak nampaknya. Hihi. Cover gigi dik. Suka beno dapat pegang kaki kuda. Kuda palsu je pun. 

Mungkin dia gelakkan kuda tu sebab kaku kat situ kot. Haha.

Gadis dan bunga.

Terkopek-kopek dah bulu kuda ni. Kesian kuda.

Aisyah semakin besar. Menangis setiap kali terbayang cepatnya dia membesar. Anugerah yang tersangat indah. Terima kasih Ya Allah. 

Ok. Sekian.

2 comments:

BIE said...

makin besar.. aisyah makin cantik! mcm mummy diaa! :)

Nur Mardhati Nabila said...

tq bie... hamboi da tunang. congrats dear :)
cantik banget :)