Tuesday, 9 July 2013

Aisyah Safiyyah Azzahra

Masa mengandung, memang tercari-cari nama yang sesuai untuk anak yang bakal lahir nanti. Lepas scan dan dapat tahu jantina, berfikir-fikir apa nama nak bagi. Sepanjang mengandung juga lah mencari idea dan nama yang sesuai. Macam-macam kombinasi nama yang kitorang cipta.

Memang daripada dulu kalau anak perempuan nak namakan dia Aisyah. So bagitahu suami nama baby nanti mesti start dengan Aisyah. Mujur dia nak layankan jek permintaan isteri dia. Nama pertama yang Bella pilih adalah Aisyah Sofea tapi mendapat tentangan dari keluarga Bella atas sebab-sebab tertentu. Hihi. 
AISYAH membawa maksud kebahagiaan.

Azzahra kitorang pilih sebab konon-konon nak nampak nama macam kearaban sikit la bila ada al ke az ke pada nama tu  kan. So cari-cari Az Zahra yang paling menarik. Sebenarnya kitorang nak ejaan Az-Zahra tapi masa buat pendaftaran tidak dibenarkan meletak simbol - pada nama. So terpaksa buang la simbol tu. 
AZZAHRA bermaksud bunga-bungaan.

Untuk nama tengah-tengah penghubung antara Aisyah dengan Azzahra tu kitorang bincang dalam kereta masa nak balik rumah dari mana tak ingat. Masa tu dekat area Kelapa Sawit, Kulai. Puas fikir nama yang sesuai nak dipadankan dengan Azzahra. Pastu tanya suami, apa nama artis kat Malaysia ni yang ala-ala arab sikit ek? Pastu suami sebut Wardina. Teringat nama penuh Wardina ialah Wardina Safiyyah. Bila digabungkan Safiyyah dengan Azzahra macam menarik. So kitorang sebulat suara pilih Safiyyah.
SAFIYYAH bermaksud tenang, suci dan tidak memberi masalah.

So bila digabungkan ketiga-tiga nama di atas, tercipta lah
AISYAH SAFIYYAH AZZAHRA
'Bunga Yang Tenang dan Bahagia'

Alhamdulillah orang nya pun agak tenang. Jarang menangis, jarang meragam dan senang di jaga. Alhamdulillah Ya Allah atas kurniaanMu.





No comments: