Review: Natural Lip Color

Bibir hitam, pucat dan kelihatan kurang sihat?
Hm di sini ada penyelesaiannya...
*eceh macam pengasas produk kecantikan je

Bella mengalami masalah di atas kalau tak mengenakan sebarang lipstick. Bibir pucat, lebam dan kering. Bila berada di rumah, Bella just pakai vaseline untuk melembabkan bibir. So bibir still nampak pucat kan. Bella tak mengenakan lipstick di rumah sebab lipstick tu kan mengandungi bahan-bahan yang tak berapa elok so takkan 24 jam nak letak benda tu kat bibir. Hihi.

Ahad lepas jalan-jalan kat Jusco, singgah Watsons. Pusing punya pusing, terjumpa bahagian Sendayu Tinggi. Saja belek barang-barang dia. Belek punya belek, satu benda ni telah menarik pandangan mata Bella. Cewah. Ia adalah...

NATURAL LIP COLOR WITH MENTHOL
Pelembab dan Pemerah Bibir Semulajadi Berkolagen
dari
SENDAYU TINGGI

Harga RM27


Lipstick ni sangat bagus sebab dia melembab, berangin dan memerahkan bibir mengikut suhu badan dan darah. Tambahan, ia mengandungi kolagen. Ha pakej kan. Ia memberi effect segar pada bibir dan sambil merawat bibir. Bagus kan?

Alhamdulillah sangat Bella ditemukan dengan produk ni. Sekarang untuk nampak segar di rumah, Bella hanya mengenakan lipstick ni. Berangin je rasa. Bukan setakat tu, bibir nampak merah dan tak pucat. Suka sangat.

Untuk keluar rumah, jalan-jalan atau majlis, korang boleh sapukan lipstick ni kemudian sapukan lipstick yang betul-betul lipstick tu. At least ada penapis sikit. Bahan dalam lipstick yang betul-betul lipstick tu tak lah sampai terus ke bibir kita.
*Tak pe pun kalau korang tak faham atau tak nak faham. Sebab Bella pun tak faham apa yang Bella cuba sampai kan. Haha
Ini dia lipstick nya


Bella try sapu lipstick ni kat tangan. Bila sapu tu, dia tak terus merah. So ini membuktikan bahawa ia memang akan ikut suhu badan dan darah kita. Ha magik kan?
*Magik bagi orang jakun macam Bella jek. Hihi

*Produk yang lebih kurang macam ini adalah Lip Ice by Mentholatum. Tapi bibir Bella tak berapa sesuai dengan produk tu. 

Itu sahaja entry kali ini.
Terima kasih sudi membaca.








Comments

Anonymous said…
kalau pakai selalu, bibir boleh jadi merah ke?

Popular posts from this blog

Aisyah Safiyyah Azzahra

[Di Balik Tabir] Photoshoot Anugerah Cinta

Sambutan Hari Kanak-Kanak (Tema Cerita Rakyat)