My Mama's Birthday

You are truly the most loving, thoughtful, selfless, compassionate, caring, giving and amazing woman in the world. Thank you for being an amazing MAMA and best friend for me. 

Mama.
Seorang insan yang sanggup mengenepikan keutamaan diri demi anak-anak. 
Seorang insan yang sangat tabah, sabar dan kuat.
Seorang insan yang tak jemu-jemu mendidik, menasihati dan menyayangi anak-anak.
Seorang insan yang tak putus-putus mendoakan kebahagiaan dan kejayaan anak-anak.
*Terlalu banyak nak describe kat sini.

Mama.
Seorang insan yang sangat istimewa buat Bella. Dia kan, kalau Bella tengah bersedih, tak tenang atau ada masalah, dia boleh rasa. Kadang-kadang dapat call dari dia, pastu dia tanya, "Ila ada masalah ke? Mama rasa tak sedap hati". Dan setiap kali pertanyaan tu jawapannya YA. Tapi Bella tak jawab gitu lah. Bella akan menafikan sebab tak nak dia risau. (Hihi lepas ni mesti Mama dah tak percayakan Ila kan?)

Terima kasih Mama dengan semua kasih sayangmu. Akan ku ingat segala yang telah kau curahkan.
Di hari lahirmu, ku doakan kau diberi kesihatan yang baik dan kebahagiaan di dunia akhirat. Amin. 
SELAMAT HARI LAHIR MAMA.
*14 Julai hari tu birthday mama, entry ni tertinggal keretapi. Hihi

Kitorang celebrate birthday Mama Sabtu (13 Julai) malam lepas berbuka. Korang tengok gambar jelah ye.


Birthday Cake (Choc Indulgence & New York Cheese)
Bahagia mama bila suami, anak-anak, cucu-cucu disisi (ayah dah pergi terawikh time ni)

Belum ready nak bergambar

Pemilik blog dan mama

Amin yang teramat suka kan cheese cake. Bella pilih cheese cake untuk dia. 

Mereka kawan-kawan saya

Dan pemeriah majlis

Sekian. Terima kasih.


Comments

Popular posts from this blog

Aisyah Safiyyah Azzahra

[Di Balik Tabir] Photoshoot Anugerah Cinta

Sambutan Hari Kanak-Kanak (Tema Cerita Rakyat)