Terima Kasih Ya Allah Beri Aku Peluang Itu (Part 2)


Assalamualaikum

"Kalau kerja sampai tak boleh jaga solat, lebih baik berhenti dan cari kerja lain. Rezeki di tangan Allah"
* Quote ni dari seorang kawan FB - Raudhatus Sakinah

Hari ini Ramadhan ke 16. Moga jiwa sentiasa kuat untuk beribadah dan diberi peluang merasai kemanisan Ramadhan. InsyaAllah.

Ok. Sebenarnya entry kali ini merupakan sambungan kepada entry Terima Kasih Ya Allah Beri Aku Peluang Itu (Part 1)

Alhamdulillah di usia muda (tak de lah muda sangat pun), Allah beri peluang yang terindah ini buat Bella. Allah beri Bella dan suami rezeki yang terbesar. Alhamdulillah. 

Pengalaman mengandung di usia muda dan masih belajar menjadikan ia suatu pengalaman yang amat manis. Tambahan bila kita dikelilingi dengan suami, keluarga dan kawan-kawan yang sangat memahami dan membantu. 

Kawan-kawan Bella di UTM kebanyakannya umur bawah Bella (adik-adik) dan belum kahwin. Jadi bila dapat tahu kakak dia ni mengandung, diorang semua suka sangat lah kan nak dapat anak sedara. Mula-mula mengandung diorang dah start panggil mummy la, amma la. Hihi

Bila perut dah start membesar (maksudnya bila pakai baju, perut dah tak boleh sorok), lebih kurang 6 bulan usia baby dalam kandungan, bila ke kelas, terasa ada yang memerhati. Mungkin diorang pelik yela bukan ramai student yang mengandung time belajar kan. Bila naik bus dalam UTM tu untuk ke kelas dan kebetulan bus penuh, tak de seat kosong, ada yang menawarkn duduk. Special kan? Alhamdulillah mereka memahami. Memang takut naik bus sambil berdiri sebab takut jatuh. (Sayang wei anak dalam perut ni. Susah nak dapat)

Bagi kawan-kawan yang rapat, setiap kali jumpa mesti nak pegang perut. Lagi-lagi bila dah masuk hujung kehamilan, perut dah besar dan baby dah mula bergerak. Diorang pegang dan suka sangat kalau dapat rasa baby gerak-gerak. Hihi. 

Alhamdulillah, sepanjang mengandung banyak masa di UTM, jadi memerlukan banyak berjalan dan berfikir, jadi diri ini tak lah manja dan pasif sangat, jadi anak yang bakal lahir tu harap-harap aktif dan bijak. Cuma bila da hujung-hujung mengandung, kaki lenguh dan pinggang sakit kalau berjalan banyak atau duduk terlalu lama. Tapi keluar shopping berjam-jam larat sangat. Hihi.

Pasal exam pulak, Bella kena hadapi masa awal dan hujung kehamilan. Bila tak dapat fikir nak hentam apa kat kertas exam tu, hati ni berbisik pada Aisyah, lebih kurang berbunyi begini "Dik, apa mummy nak jawab ni, adik tak ingat ke apa mummy baca sebelum ni? Tolong lah mummy". Kiranya Aisyah ni sempat tolong mummy dia jawab exam untuk 2 sem. Hihi. 

Exam pertama, masa tu mabuk pening-pening dan muntah-muntah. Lagi-lagi kalau perut kosong lepas tu banyak berfikir, memang pening sangat lah. Bayangkan, mengandung mana ada selera makan, tapi paksa kan diri makan juga sebelum exam untuk elak pening yang melampau. Lepas tu, makan ubat untuk kurangkan mabuk. Alhamdulillah berkurangan sikit. Datang exam bawak plastik (standby kot-kot ada benda terkeluar dari mulut), asam dan air mineral. Hihi

Exam kedua, masa tu dah 9 bulan. Berdoa sangat baby keluar lepas habis exam. Boleh je kalau tengah-tengah minggu exam terbersalin, pihak fakulti akan buat peperiksaan khas untuk kita. Tapi tak nak lah tengah-tengah berpantang, kena study, kena berfikir, kena jawab exam. Memang fail lah kan. Hihi. Dugaan masa exam kali ni ialah pinggang sakit sebab duduk lama sangat. 

Sepanjang mengandung kurang bergambar. Lagi-lagi tang perut. Tapi next pregnancy, akan ku ambil gambar perut setiap bulan. Kenangan tu. Bukan senang nak dapat ada budak duduk dalam perut. Hihi.

5 bulan
.
.
.
v




___________________________________________________
6 bulan
.
.
.
v



___________________________________________________
7 bulan
.
.
.
v

___________________________________________________
8 bulan
.
.
.
v

___________________________________________________
9 bulan
.
.
.
v

___________________________________________________
10 bulan (hihi gurau)
Hari masuk ward untuk keluarkan baby
.
.
.
v


Itu sahaja gambar yang ada dalam simpanan. Tak banyak pun.
Next entry akan cerita pasal maternity photoshoot pulak. InsyaAllah.

Terima kasih.


Comments

Unknown said…
Bestnye bella..solute kt bella sbb dpt result gempak for every sem
Bella said…
Tq la ye tintanashaq..hihi..xde hbt mn pong
comel bella mengandung ....
Bella said…
Hihi tq kak ngah

Popular posts from this blog

Aisyah Safiyyah Azzahra

[Di Balik Tabir] Photoshoot Anugerah Cinta

Sambutan Hari Kanak-Kanak (Tema Cerita Rakyat)