Posts

Showing posts from July, 2013

Introducing Solid Food to Aisyah

Image
Assalamualaikum Alhamdulillah, dah Ramadhan ke 20. Bermakna kita dah masuk 10 malam terakhir. Sedihnya nak tinggalkan bulan yang sangat indah ni. Terlalu kejap menikmatinya. Aisyah Safiyyah Azzahra Bt Mohd Azwan dah 6 bulan. Bermakna dah boleh perkenalkan dengan solid food. Oh yeah! Sebenarnya tak lah excited sangat nak bagi dia makan. Tapi nenek Haliza dan mama Ayu dia sibuk sangat suruh bagi makan. Takut sangat cucu@anak sedara dia ni tak membesar dengan sihat. Hihi. Mula-mula ingat nak beli je yang dah siap kat Jusco jenama Heinz tu. Tapi terfikir untuk makanan pertama dia biarlah air tangan mummy dia. So beli Heinz tu sebotol jek untuk standby kalau nak jalan ke, nak balik kampung ke.  Untuk makanan pertama Aisyah, Bella buat kan puri epal untuk dia. Tapi alahai sikit sangat yang dimakannya. Lepas tu buat muka macam tak sedap benda tu. Kitorang fikir mungkin dia tak suka sebab masam. Jadi, Bella pun buanglah puri yang lebihnya. Dahla guna 2 biji epal untuk buat pur

Terima Kasih Ya Allah Beri Aku Peluang Itu (Part 2)

Image
Assalamualaikum " Kalau kerja sampai tak boleh jaga solat, lebih baik berhenti dan cari kerja lain. Rezeki di tangan Allah " * Quote ni dari seorang kawan FB - Raudhatus Sakinah Hari ini Ramadhan ke 16. Moga jiwa sentiasa kuat untuk beribadah dan diberi peluang merasai kemanisan Ramadhan. InsyaAllah. Ok. Sebenarnya entry kali ini merupakan sambungan kepada entry  Terima Kasih Ya Allah Beri Aku Peluang Itu (Part 1) .  Alhamdulillah di usia muda (tak de lah muda sangat pun) , Allah beri peluang yang terindah ini buat Bella. Allah beri Bella dan suami rezeki yang terbesar. Alhamdulillah.  Pengalaman mengandung di usia muda dan masih belajar menjadikan ia suatu pengalaman yang amat manis. Tambahan bila kita dikelilingi dengan suami, keluarga dan kawan-kawan yang sangat memahami dan membantu.  Kawan-kawan Bella di UTM kebanyakannya umur bawah Bella (adik-adik)  dan belum kahwin. Jadi bila dapat tahu kakak dia ni mengandung, diorang semua suka sangat

Review: Natural Lip Color

Image
Bibir hitam, pucat dan kelihatan kurang sihat? Hm di sini ada penyelesaiannya... *eceh macam pengasas produk kecantikan je Bella mengalami masalah di atas kalau tak mengenakan sebarang lipstick. Bibir pucat, lebam dan kering. Bila berada di rumah, Bella just pakai vaseline untuk melembabkan bibir. So bibir still nampak pucat kan. Bella tak mengenakan lipstick di rumah sebab lipstick tu kan mengandungi bahan-bahan yang tak berapa elok so takkan 24 jam nak letak benda tu kat bibir. Hihi. Ahad lepas jalan-jalan kat Jusco, singgah Watsons. Pusing punya pusing, terjumpa bahagian Sendayu Tinggi. Saja belek barang-barang dia. Belek punya belek, satu benda ni telah menarik pandangan mata Bella. Cewah. Ia adalah... NATURAL LIP COLOR WITH MENTHOL Pelembab dan Pemerah Bibir Semulajadi Berkolagen dari SENDAYU TINGGI Harga RM27 Lipstick ni sangat bagus sebab dia melembab, berangin dan memerahkan bibir mengikut suhu badan dan darah. Tambahan, ia mengandungi kolagen. H

My Mama's Birthday

Image
You are truly the most loving, thoughtful, selfless, compassionate, caring, giving and amazing woman in the world. Thank you for being an amazing MAMA and best friend for me.  Mama. Seorang insan yang sanggup mengenepikan keutamaan diri demi anak-anak.  Seorang insan yang sangat tabah, sabar dan kuat. Seorang insan yang tak jemu-jemu mendidik, menasihati dan menyayangi anak-anak. Seorang insan yang tak putus-putus mendoakan kebahagiaan dan kejayaan anak-anak. *Terlalu banyak nak describe kat sini. Mama. Seorang insan yang sangat istimewa buat Bella. Dia kan, kalau Bella tengah bersedih, tak tenang atau ada masalah, dia boleh rasa. Kadang-kadang dapat call dari dia, pastu dia tanya, "Ila ada masalah ke? Mama rasa tak sedap hati". Dan setiap kali pertanyaan tu jawapannya YA. Tapi Bella tak jawab gitu lah. Bella akan menafikan sebab tak nak dia risau.  (Hihi lepas ni mesti Mama dah tak percayakan Ila kan?) Terima kasih Mama dengan semua kasih sayangmu. Akan ku ingat segala ya

Officially Anak Dara

Image
Assalamualaikum Selasa lepas bersamaan 16 Julai 2013, Aisyah diiktiraf sebagai anak dara apabila berjaya disunatkan oleh seorang doktor di Poliklinik Bio-Sucinas, Johor. Hihi. Kisahnya bermula begini... (takde lah kisah apa pun, saja buat gempak) Sebenarnya dah lama nak sunatkan Aisyah, tapi tak berkesempatan je. Sampailah dia nak masuk 6 bulan, baru sunat. Orang tua-tua kata dalam 3 bulan dah boleh sunat. So Aisyah ni kira terlewat sikit lah.  Pagi Selasa tu bawa Aisyah buat monthly check-up kat Klinik Kesihatan Kempas. Sementara menunggu nombor dipanggil, Aisyah tunjukkan skill lakonan yang dia ada. Biarkan dalam stroller, ehek ehek, daddy angkat bawa keluar stroller, amboi senyum gembira terukir di bintang. Ha nampak tak lakonan dia? Kat gambar ni tak nampak sebab dia punye senyuman limited edition (budak susah senyum).  Nampak tak jerawat cilik Aisyah kat dahi tu? Minah ni memang selalu dapat jerawat@bintat kat dahi la, lengan la, kepala la. Binatang apa ntah yang gigit

Yang Mahal Tak Semestinya Bagus

Image
Assalamualaikum Hari ini Aisyah tak ke mana pun. Saja pakai kan baju ni konon-konon macam nak berjalan. Sebabnya baju ni Aisyah jarang pakai. Aisyah pakai baju ni 2x je sejak beli. Pertama kali pakai untuk pergi Jusco, tapi baru je sampai dia da ehek ehek, tukar baju lain, senyap  (ha nampak tak ketidakselesaannya di situ) . Kali kedua pakai time pergi majlis kahwin kawan. Salah mummy dia jugaklah kan. Tempat tu tak beraircond, hasilnya muka dia naik lah merah-merah (nampak comot sangat) dan berpeluh-peluh. Masuk kereta, terus Bella tukarkan baju lain. So nampak tak, baju ni dia pakai tak pernah lebih dari 3 jam. Mungkin material baju ni dan bahagian leher yang ada ropol-ropol gitu.  Baju ni dah lama beli, saiz 0-3 bulan, mujur masih muat lagi. Tambahan, baju ni harga RM***.**, so terasa sangat ruginya kalau jarang pakai. So untuk mengelakkan rasa kerugian teramat sangat, Bella pakaikan baju ni kat rumah tapi kipas kena sentiasa menghala ke dia bagi memaintainkan keselesaannya. A

Terima Kasih Ya Allah Beri Aku Peluang Itu (Part 1)

Image
Assalamualaikum Alhamdulillah, hari ini hari kedua berpuasa. Macam mana ibadah puasa korang? Pergi bazar mana? Buka apa dan di mana? Terawih di mana? Hihi banyak pulak soalan nya. Aisyah dah tidur, suami duduk di office bawah tu buat kerja. So bila kebosanan dan tak tahu nak buat apa, update blog la :) Sebenarnya nak bercerita pengalaman mengandung Bella. Saja nak berkongsi cerita dengan korang.  Hujung bulan Mei 2012 (tahun lepas) Bella mengalami kurang selera makan dan sakit perut. 25-26 Mei ada family day keluarga suami dekat Perak. Lepas makan jek perut sakit-sakit. So biarkan jelah sebab perut ni memang selalu ngada-ngada, masuk angin la, gastrik la. Minggu sebelum ke Perak tu, Bella pergi China, ni kes kurang selera makan campur pening sikit-sikit jela. Tapi tak expect apa-apa lagi lah.  Selepas tu dalam awal bulan Jun tu pula, pening-pening macam nak muntah. Selera makan pun masih kurang lagi. Perut lapar tapi tak tahu nak makan apa. Pergi majlis kahwin kawan,