Saturday, 6 July 2013

Buku Untuk Aisyah

Sejak Aisyah berumur sebulan lebih, Bella dah mula membacakan buku cerita dan buku-buku simple seperti ABC, 123, colours, shapes, dll. Memanglah dia tak faham dan kadang-kadang tak ambil kisah pun dengan apa yang Bella bacakan. Tapi Bella teruskan membaca sambil menarik perhatian dia semula untuk tengok pada buku tu. Di bawah ni hanya sekadar perkongsian cara Bella memilih bahan bacaan yang sesuai untuk Aisyah.



Buku yang mempunyai gambar yang besar, colourful, jelas dan mempunyai perkataan-perkataan mudah


Gambar yang jelas memudahkan bayi untuk menangkap dan memahami gambar tersebut



Tidak strict kepada panduan menyesuaikan buku dengan usia tertentu
Walaupun sesebuah buku tersebut untuk kanak-kanak yang lebih tua, Bella akan belikan juga untuk Aisyah jika  ianya  mempunyai warna dan gambar yang jelas, kemas dan colourful, 


Super Chuncky Good for Me (recommended for 36+ months)

Ayat yang ringkas dan gambar yang menarik


Flashcard dan hard board book
Buku jenis ni sesuai untuk Aisyah sebab dia semua benda nak masuk mulut, jadi tak lah buku atau kad ni konyak sebab kena air liur dia kan. 








Bahan bacaan yang tidak difahami bayi tetapi memberi pengajaran kepadanya
Bella membelikan Aisyah buku cerita untuk membiasakan dia dengan intonasi bahasa dan memberi pengajaran daripada cerita tersebut. Tapi ada juga buku yang Bella beli untuk memberi pengetahuan contohnya 101 Info Seronoknya Mengenal Tokoh Islam. Bila bosan-bosan baca kan untuk dia dengar, dia dapat info, kita pun dapat info secara tak langsung.  


Buku cerita pertama Aisyah, mummy sendiri dah hafal  ayat dan jalan ceritanya. Pengajaran cerita ni ialah kita perlu  hormat ayah sebab dia berkerja keras untuk membesarkan kita.

Antara koleksi buku cerita Aisyah

______________________________________________________________

Anak dara tengah baca buku. Konon-konon faham :)





2 comments:

Tinta Nashaq said...

Bagusla..cpat la aisyah masuk U camni..

Nur Mardhati Nabila said...

ak ah masuk UTM dengan kakak zuzu dia :)