Posts

Fanpekka Aeon Tebrau City

Image
Assalamualaikum. 19 December 2023. Balik dari aktiviti mini bento chef tu, Aisyah cakap: Mummy esok jom lah pergi fanpekka. Ok boleh. Ha betul ke mummy? Yela betul. Esok kita pergi. Aisyah kepelikan. Dia cakap kenapa kita macam orang kaya? Sebab dia tahu fanpekka mahal. Dan bukan selalu bila dia ajak mummy on. Haha. Tercengang dia. Sebenarnya mummy ada tabung playground diorang. Mummy memang dah lama rancang nak bawa cuti sekolah ni, aisyah je yang lalai. Haha. Happy sangat Aisyah Qisya dapat pergi sini. Sebelum ni pernah pergi sekali tak ingat 2018 atau 2019. Malam sebelum tu ajak diorang tengok YouTube video Fanpekka. Bertambah teruja lah memasing. Harga Tiket (Date 19/12/2023): Adult RM12 Kids above 2y RM70 Kalau yang ada baby below 2y tu bawa MyKid untuk memudahkan urusan. Mummy tak bawa MyKid Adam (1y6m), gambar pun takde. Dia cakap kalau takde MyKid dia akan charge RM70 juga. Tapi lepastu dia macam kesian, dia kata takpelah, akak tuliskan birthday baby je. Dalam ni siap ada toile

Aktiviti Cuti Sekolah - Mini Bento Chef

Image
Assalamualaikum. 18 December 2023. Aktiviti cuti sekolah mummy daftarkan diorang mini bento chef under Perpustakaan Awam Pasir Gudang (PAPG). Buat sandwich telur dan roti coklat. Lepastu ada cucuk-cucuk carrot dan telur puyuh. Mummy tak dapat tunggu diorang sepanjang aktiviti.  Mummy hantar dan tinggal sebab adik-adik tak behave kalau nak stay situ 2 jam. Mummy percaya Aisyah Qisya boleh bawa diri tanpa mummy. Semua buat sendiri. Hancurkan telur, potong roti dan lain-lain. Ni dengar dari diorang cerita lah. Hihi. Lepastu gambar hasil selepas siap takde sebab mummy ambil diorang lewat setengah jam. diorang dah makan habis sebab lapar. Haha. Tahniah anak-anak mummy.  Terima kasih PAPG untuk ilmu dan pengalaman harini. Sekian.

Happy 3rd Birthday Yusoff! (Contruction Theme)

Image
Assalamualaikum. 15 December 2023. Birthday Yusoff 13/12 haritu. Sebelum-sebelum tu mummy tanya Yusof nak kek apa? Dia jawab baby shark. Mummy tanya lagi, baby shark ke truck ke car? Dia jawab kek truck. Pendirian tak tetap. Haha. 12/12 Yusoff ikut daddy pergi ofis. Balik dah malam dan Yusoff dah tidur sampai lah ke pagi. Tapi pukul 2,3 pagi yusoff ada terjaga nak susu. So mummy buat susu dan sambil dia mamai-mamai tu mummy wish happy birthday. Yusoff terus cakap nak kek truck 😅.  Keesokan hari nya, hari sekolah. Susah mummy nak keluar cari bahan nak buat kek truck yusoff. Bukan lah bahan buat kek nak baking. Bahan deco je dan nak beli kek readymade. Hihi. Postpone postpone sampai lah ke harini (Jumaat). Tu pun dah lepas maghrib baru mummy dapat keluar sebab Yusoff Adam tidur. Kalau keluar time diorang berjaga, susah. Confirm diorang nangis nak ikut. Mummy bila nak mencari bahan suka sorang-sorang. Ringkas dan tenang nak memikir. Sambil mencari bahan, sambil fikir idea. Nak riak sikit