Fanpekka Aeon Tebrau City

Assalamualaikum.

19 December 2023.
Balik dari aktiviti mini bento chef tu, Aisyah cakap:

Mummy esok jom lah pergi fanpekka.
Ok boleh.
Ha betul ke mummy?
Yela betul. Esok kita pergi.

Aisyah kepelikan. Dia cakap kenapa kita macam orang kaya? Sebab dia tahu fanpekka mahal. Dan bukan selalu bila dia ajak mummy on. Haha. Tercengang dia.

Sebenarnya mummy ada tabung playground diorang. Mummy memang dah lama rancang nak bawa cuti sekolah ni, aisyah je yang lalai. Haha. Happy sangat Aisyah Qisya dapat pergi sini. Sebelum ni pernah pergi sekali tak ingat 2018 atau 2019. Malam sebelum tu ajak diorang tengok YouTube video Fanpekka. Bertambah teruja lah memasing.

Harga Tiket (Date 19/12/2023):
Adult RM12
Kids above 2y RM70

Kalau yang ada baby below 2y tu bawa MyKid untuk memudahkan urusan. Mummy tak bawa MyKid Adam (1y6m), gambar pun takde. Dia cakap kalau takde MyKid dia akan charge RM70 juga. Tapi lepastu dia macam kesian, dia kata takpelah, akak tuliskan birthday baby je.

Dalam ni siap ada toilet, baby room dan water dispenser Cuckoo (hot, cold, normal). Locker pun ada untuk simpan barang berharga. Deposit RM10 je untuk locker. Kunci locker ada tali so mummy gantung kat leher untuk memudahkan urusan. Letak dalam kocek risau tercicir mana-mana. Lagi-lagi kalau jatuh dalam ball pit, macam mana nak cari.

Selepas beli tiket akan dapat passport. So station ni untuk cop passport. 

Happy!

Ada banyak pretend play shop. Kedai pizza, roti, kek, buah-buahan sayur-sayuran. bunga, burger, dapur. Gambar tak banyak sebab tak dan mummy nak ambil gambar dan nak layankan Yusoff Adam.
👇👇👇






Comel Aisyah Qisya pakai costume.

Entah kenapa si penjual ni terlompat-lompat tak tahu jalan molek. Sedara monkey agaknya. Haha.

Adam di dapur.

Funtable. Dah hujung-hujung baru perasan benda ni. Jadi dapat main kejap je. Menarik juga.
👇👇👇




Ball pit. Bola dia betul-betul banyak. Ada bahagian yang memang dalam. Adam boleh tenggelam dalam tu. Mula-mula dia ada dengan mummy. Lepastu mummy toleh ke Yusoff kejap pusing balik tengok dia dah hilang. Rupanya tenggelam dalam bola. 
👇👇👇


Kat kawasan ball pit ada banyak slide. Best. Cuma nak ke slide tu kena redah ball banyak-banyak tu payah nak jalan. Macam Yusoff dan Adam diorang nak mummy dokong, tak best sikit lah. Selain tu ada ala-ala flying fox untuk kids.


Adam healing healang. Haha. Time ni la tetiba Adam hilang.
Ni bukan buat-buat. Nasib baik tangan dan belon terkeluar tak tenggelam.

Mummy bawa bekal bihun goreng dan buah pear. Buah pear dah habis makan dalm kereta otw ke Aeon. Haha. Baru main kejap, makan bihun goreng, habis 1 tupperware suap 4 mulut. Dah petang sikit Aisyah cakap lapar. Fanpekka ni attach sekali dengan SDS. Mummy malas nak pening cari makanan jauh-jauh, ajak diorang makan SDS jela. Yusoff masani tengah leka main train dan Adam tidur. Mummy tinggal Yusoff Adam kat situ je. 

Kakak-kakak nak makan.

Yusoff main train.

Leka.

Yusoff dan train.

Adam tidur.

Aisyah order spageti aglio olio (favorite Aisyah).
Qisya chicken chop (ayam chicken chop tu besar giler).

Tak lama nampak staff Fanpekka dokong Yusoff. Rupanya dia nangis cari mummy dan kakak-kakak.
Mummy fikir lepas kakak-kakak siap makan baru nak amik Yusoff ajak makan. 


Adam jadi king. 



Lawa dan comel-comel deco dalam ni.

Abang Bomba, I love you.

Sepanjang dalam ni, ada 2x Fanpekka organize game time. Dapat gift, Aisyah Qisya happy dan enjoy.
👇👇👇

Dancing.

Adam tercengang. Mulut jenis susah katup. Haha

Tengah tunggu uncle beri hand sanitizer.

Hand sanitize.


Yang dapat plastic putih ni pemenang.

Dapat bayangkan kelam kabut mummy melayan Yusoff Adam. Nak record aktiviti kakak-kakak pun tak dapat. Huru hara. Haha masa ni Yusoff Adam berebut kan belon tak silap.

Pin art ni best dan besar.
👇👇👇

Aisyah Qisya. Masa layan Yusoff main kat sini mummy tak pegang hp, jadi takde gambar dengan Yusoff.

Ni adam dari kepala tangan badan kaki. Nampak macam 5D scan masa mengandung pulak haha.


Bestnya kalau dapat sediakan ruang macam ni dekat rumah untuk anak-anak mummy.

Ambil gambar last before nak keluar. Masa ni dalam 9.40pm macam tu. Pelbagai ragam susah nak kawal. So gambar apa yang ada jelah. Perfect? Tiada. Haha.
👇👇👇











Last. Masa ni 10pm Aeon dah nak tutup. Kedai-kedai dalam tu pun dalam proses nak tarik shutter dah.
Masa ni Yusoff poo-poo. Tapi mummy tak bersihkan dia dulu, balik rumah terus. Mummy risau buat urusan kat toilet, pintu exit dah tutup pulak. Susah pulak nak keluar nanti.

Marilah pulang anak-anak. Pulang dengan kenangan yang manis. Semua penat. Mummy penat, lenguh kaki. Aisyah pun sama. Qisya lenguh tangan. Yusoff sampai rumah tidur, mummy paksa dia bangun mandikan dia, lepastu dia sambung tidur terus sampai ke pagi. Adam dia dah puas tidur petang tu di playground. So kat rumah dia sorang je masih bertenaga nak main dan lambat tidur. Haha.

Sekian untuk kisah harini.

 

Comments

Popular posts from this blog

Aisyah Safiyyah Azzahra

[Di Balik Tabir] Photoshoot Anugerah Cinta

Sambutan Hari Kanak-Kanak (Tema Cerita Rakyat)