Happy 3rd Birthday Yusoff! (Contruction Theme)

Assalamualaikum.

15 December 2023.
Birthday Yusoff 13/12 haritu. Sebelum-sebelum tu mummy tanya Yusof nak kek apa? Dia jawab baby shark. Mummy tanya lagi, baby shark ke truck ke car? Dia jawab kek truck. Pendirian tak tetap. Haha.

12/12 Yusoff ikut daddy pergi ofis. Balik dah malam dan Yusoff dah tidur sampai lah ke pagi. Tapi pukul 2,3 pagi yusoff ada terjaga nak susu. So mummy buat susu dan sambil dia mamai-mamai tu mummy wish happy birthday. Yusoff terus cakap nak kek truck 😅. 

Keesokan hari nya, hari sekolah. Susah mummy nak keluar cari bahan nak buat kek truck yusoff. Bukan lah bahan buat kek nak baking. Bahan deco je dan nak beli kek readymade. Hihi. Postpone postpone sampai lah ke harini (Jumaat). Tu pun dah lepas maghrib baru mummy dapat keluar sebab Yusoff Adam tidur. Kalau keluar time diorang berjaga, susah. Confirm diorang nangis nak ikut. Mummy bila nak mencari bahan suka sorang-sorang. Ringkas dan tenang nak memikir. Sambil mencari bahan, sambil fikir idea.

Nak riak sikit hasil kek yang mummy deco. Beli kek readymade Lotus's RM7.29. Truck toy RM2.40. Candy RM2.40 dan number candle RM1.20. Total modal hasilkan construction theme birthday cake ni RM13.29 je. Selain tu biskut marie (edible sand kononnya) memang ada kat rumah dan cake topper print sendiri. Hasilnya tak lah cantik mana tapi mummy puashati dapat deco sendiri. 2 jam mummy uruskan kek. Tapi yang lamanya duduk depan computer sbb buat cake topper. 

Ni pre celebration je. Tunggu hadiah dan barang2 deco ikut tema (bukan construction theme) sampai baru buat meriah sikit. Hihi. Bila tu tak tahu lagi ikut kerajinan mummy. Jom layan gambar-gambar tak seberapa untuk harini. 

Surprise!!!
Walaupun tak berapa nak surprise sebab dah terbuka sikit mata tu. Haha.

From this...

Into this.






Happy birthday to you! Adam je semangat nyanyi. Beh beh beh, aaaaayu, beh beh beh, aaaayu.
Lagu favorite Adam untuk beberapa harini. Sebenarnya time ni mummy lupa letak candle. So kita repeat birthday song with candle kat video di bawah. Haha. Wajib ye sebab jenuh cari candle number 3 tu tadi. Dah susah payah beli takkan tak pasang kan. Haha.

Part last 😂. 2 jam mummy deco kek. Truck tu je yang dia pandang. 
Kek tu memasing tak makan pun. Simpan peti ais semula.

Semoga Yusoff happy dapat kek truck idaman hati.









Semua dapat hadiah walaupun tak seberapa. Hihi.




Happy 3rd Birthday Yusoff!
Yusoff sibuk mengira jari. Nasib baik betul jari yang dikeluarkan 3.

Sekian. Bye. Jumpa lagi.


Comments

Popular posts from this blog

Aisyah Safiyyah Azzahra

[Di Balik Tabir] Photoshoot Anugerah Cinta

Sambutan Hari Kanak-Kanak (Tema Cerita Rakyat)