Monday, 24 March 2014

Aisyah 1st Birthday Party

Assalamualaikum

Hai semua!
Alhamdulillah 1 Mac lepas, terlaksana hajat Bella untuk buat majlis Aisyah. Walaupun simple tapi tetap meriah dengan kehadiran keluarga, jiran dan kawan-kawan. Terima kasih kepada semua yang hadir.

Sebenarnya dapat idea nak buat majlis Aisyah ni masa praktikal hari tu. Yela banyak masa depan komputer pastu terjumpa la blog yang DIY majlis harijadi anak dia. Comel sangat. Jadinya hati meronta-ronta nak buat gitu juga untuk Aisyah. Yela nak buat untuk diri sendiri macam tak patut kan? Hihi. Tapi bukan semualah DIY. Baju dan cake tak cukup ilmu lagi nak DIY.

Ok untuk majlis Aisyah tahun ni Bella pilih tema CANDYLAND. Sebab colourful dan macam sesuai untuk baby kan. Satu lagi sebab dah berkenan dengan satu tutu dress.

Invitation Card
Untuk kad jemputan, budget tersangat lah ciput. Suruh Dayah (bakal adik ipar) design pastu print sendiri guna glossy paper yang dah lama terbiar kat rumah ni. Dayah ni memang dianugerahkan kreativiti. Bella just bagitahu tema apa pastu dia design.

Muka depan

Muka belakang

Goodies
Niat dihati nak beri popcorn tapi disebabkan xjumpa supplier popcorn terpaksa tukar snacks biasa. 

Untuk TQ tag kat atas penutup merah tu, Bella suruh Dayah design juga. Print atas kertas sticker. Pastu potong satu-satu. Jenuh nak potong bulat. Kalau tengok dekat-dekat, nampak lah senget benget nya. 

Photobooth Backdrop
Haha yang ni lawak. Nampak sangat bajet ciput. Banyak jumpa contoh-contoh tapi macam tak sekreatif tu nak hasilkan. Ambil langkah mudah, gunakan alas meja yang dah lama simpan, tambah belon-belon sikit, ha siap! Credit to suami dan Dayah.

Untuk banner AISYAH tu, DIY juga. Huruf-huruf gunakan foam paper, pink tu guna color paper dan putih tu doily paper. Doily paper tu buang bahagian tengah buat pastu tampal kertas pink. Ha gitu! Bajet giler kan? Belon-belon tu nampak macam hidup segan mati tak mau sebab banyak dah pecah. Majlis tak start lagi dah 2,3 biji pecah. Kecik hati tuan rumah tau. 

Candy Booth

Banner CANDY BUFFET tu DIY. Gunakan cara yang sama seperti banner AISYAH. Label tag tu designed by Dayah, print kat kertas keras then potong. Candy booth ni simple je. Even tetamu tak ramai tapi saja buat banyak sebab nak suruh tetamu bungkus bawa balik. Kat booth ni ada Choc wafer stick, koko jelly, marshmallow, gula-gula, cloud 9 wafer, cloud 9, roka, nips, lollipop, tasto dan cheese tart. Bekas-bekas kaca gunakan apa yang ada di rumah sendiri dan rumah mama. 

Photobooth Props
Yang ni pun buat sendiri. Masa semangat nak buat props ni, kertas keras takde, jadinya Bella gunakan foam paper. Tapi 2 x keje lah. Mula-mula print kat kertas biasa, potong, pastu tekap kat kertas foam pula. Ni pun tak berapa kemas sangat. Tapi boleh lah. Tercapai juga hajat nak ada photobooth props. 


Haha buruk sangat backdrop belakang tu. Tak lebar mana. First experience lah katakan. 

Birthday Cake
Kek ni tempah dekat Kak Lat (fb Suhaila Fadzilah). Alahai tersangat lah mudah bekerjasama dengan kakak ni. Cakap budget berapa, nak design macam mana, dalam nak kek apa pastu hari majlis siap. Tak perlu deposit bagai. 



Rainbow Tutu Dress
Masa ni birthday girl baru siap dan turun. Mood kurang baik time ni. Haha. Dia baru tidur dalam setengah jam, mummy kejut suruh potong kek. Mummy dah suruh taking nap awal-awal sampai ke zohor tak tidur juga. So terpaksalah sebab tetamu dah ramai.  


Tetamu
Bella jemput kawan-kawan Bella, suami, keluarga terdekat dan jiran je. Yelah Aisyah mana ada kawan-kawan lagi kan, so majlis ni dihadiri oleh uncle auntie Aisyah je.



Belon dan Welcome Board
Takdelah welcome board sangat sebenarnya. Poster tu photobook malaysia print kan, pastu Bella tampal kat mounting board. Untuk belon pula, kakak sulung bagi belon pink pastu kaler lain memang ada kat rumah. Batang belon beli 10 batang dalam RM2 lebih. Tada jadilah belon yang macam kat kedai belon. Haha. 




Sand Art
Memang tahu majlis Aisyah ni tak ramai budak-budak tapi saja standby benda ni. Mula-mula masa beli dulu terfikir ada ke orang nak main. Sebabnya bukan ada ramai budak-budak pun. Paling-paling Zuzu dan Amin jek. Tapi alhamdulillah masa majlis ada tetamu bawak anak sedara, pastu makcik-makcik budak pun join. Kakak zuzu lagi lah excited sangat. Siap cakap dengan mama dia "Mama, bestnya main serbuk-serbuk. Free pulak tuh". Haha. 



Potong Kek
Aisyah teruja sangat nampak kek. Sebab tak sabar nak terkam kek tu.



Aisyah nangis sebab mummy ambil lollipop dari tangan dia. Mummy nak suruh dia pegang pisau kek tu. Jakun lah Aisyah ni. 

Mummy dan Aisyah je sebab daddy cameraman


Ha daddy baru masuk dalam gambar. Hihi.

Bye auntie uncle. Diorang nak balik da time ni.

Alhamdulilah rezeki Aisyah.

Alhamdulillah. Aisyah suka semuanya.

Terima kasih semua yang meraikan Aisyah dan meriahkan majlis. Terima kasih juga yang membantu dan masak. Kalian memang havoc. Alhamdulillah Aisyah gembira sepanjang majlis sebab jumpa ramai orang. Niat nak buat majlis ni untuk buat Aisyah happy, jamu tetamu dan puaskan keinginan sendiri. Alhamdulillah tercapai. 


*Gambar-gambar lain dalam dslr suami. Tak sempat nak jenguk lagi.

Sekian.