Friday, 23 August 2013

Alkisah Baju Raya

 Assalamualaikum

Macam dah basi je kan nak cerita pasal baju raya. Hihi tapi nak cerita jugak. 
Sebenarnya dari awal suami bagitau dia nak tema krim-krim gitu. Tapi bila pertama kali jalan-jalan untuk cari baju raya, dia tersuka baju melayu cotton kaler kelabu dan purple. Tapi Bella kata, kita jalan lah dulu survey-survey yang lain kot-kot ada lagi yang lebih baik (biasalah orang perempuan). Hihi. Sambil-sambil jalan tu Bella pun cuci mata baju Bella juga. Memang tak de kaler yang dia minat tu dengan pattern baju yang Bella minat. Kebanyakan nya shocing pink dan royal blue. Mungkin kaler kena, tapi pattern hanya kurung. Bella kurang minat dengan baju kurung. Jadi hari first jalan-jalan tu, kami tak beli apa-apa pun. 

Selang beberapa hari, Bella sajalah bukak almari baju tu, selak-selak baju terjumpa jubah yang Bella tak pernah pakai keluar (try dalam rumah masa lepas beli jek). Bella beli time pregnant dulu tapi mujur saiz jubah tu 34. Mungkin masa tu perut belum besar sangat. Kebetulan warna dia kelabu. Senang hati sangat sebab yang pertama tak payah pening-pening nak cari baju raya (sebab Bella teramatlah cerewet) dan kedua save duit suami (konon-konon isteri yang baik).

Kali kedua jalan-jalan untuk buat persiapan raya, kitorang ke Aeon. Tapi tak plan pun nak beli baju kurung Aisyah kat situ. Jalan-jalan bahagian JBaby, suami terjumpa baju kurung baby kaler kelabu jalur-jalur. Tapi Bella tak berminat sebab tak nampak girlish. Tapi demi menjaga hati suami, Bella ambil jek sangkut kat stroller Aisyah tapi dalam masa yang sama Bella komen, baju tu besar lah, kain dia panas lah, warna kelabu tak sama macam baju Bella lah, dll. Jalan ke depan sikit, Bella terjumpa baju kaler purple. Plain tapi ada corak bunga-bunga bahagian leher. Jatuh hati sangat. Time ni terus kata kat suami "Sayang, yang ni sesuai dengan Aisyah, saiz dia ok, kain dia pun tak panas". Suami balas "Yelah, kalau benda yang dia minat terus kata saiz ok lah apa lah". Sebab saiz untuk kedua-dua baju tu memang sama 4-8months. Memang nampak sangatlah Bella menipu kan awal-awal tadi. Haha. 

Jalan-jalan kali ketiga, adalah untuk mencari baju suami. Masa ni memang pening samada nak kaler purple atau kelabu. Kaler purple dan kelabu yang suami dah tersuka awal-awal dulu tak sama dengan kaler purple atau kelabu Aisyah dan Bella. So kena cari baju lain. Time ni pusing Angsana untuk mencari baju melayu cotton, kaler samada purple atau kelabu. Cuak juga time ni sebab kalau terjumpa purple Aisyah, Bella kena cari baju lain lah kan. Hmm. Pusing punya pusing Angsana tu, terjumpa satu kedai yang jual baju melayu cotton kaler kelabu ala-ala kaler jubah Bella. Oh dalam hati suka yang teramat. Tapi suami macam kurang minat. Tapi lelaki ni kan simple. Dia mana nak pening-pening sangat benda remeh ni kan. Jadi bersetuju jela dengan baju tu. 

Sekarang, Bella dan suami dah sedondon. Aisyah jek yang lain. Rasa terkilan pulak raya pertama bersama Aisyah tapi tak sedondon. Fikir punya fikir dan demi mengelakkan pembaziran, Bella dapat satu idea iaitu, memasukkan elemen purple sikit di baju suami dan Bella. Misi seterusnya mencari sampin suami dan tudung Bella kaler purple Aisyah. Jalan-jalan kali keempat ke Danga City Mall. Saja-saja masuk First Lady, sekali terjumpa sampin dewasa kaler ala-ala purple Aisyah. Harga tersangat lah murah. Hanya RM35. Terus lah beli. So lega sikit. Tinggal cari tudung Bella jek. Sekali lagi ingin ditekan kan bahawa Bella cerewet dalam memilih barang. Jadi pada hari tersebut. tak dapat pun tudung Bella.

Di rumah, selongkar-selongkar tempat tudung dan selendang, Bella terjumpa selendang halfmoon kaler purple Aisyah. Hurray! Seronok tak terkata lah. Save lagi duit suami. Perasaan teramat lega sebab semua dah setel. 

So tema kami untuk tahun ni kelabu + purple.

Alhamdulillah raya tahun ni amat bersederhana tapi bermakna. Raya 2012 berdua secara zahirnya tapi bertiga secara batinnya (Aisyah dalam perut. Hihi). Raya 2013, kitorang bertiga dengan kehadiran Aisyah. Alhamdulillah Allah bagi kebahagian dan kesempurnaan dalam keluarga kecil kitorang. 

Kami bertiga di pagi Aidilfitri 1434 Hijrah
Kegembiraan di pagi Syawal
Bermaafan
Aisyah
Safiyyah
Azzahra
Aisyah Safiyyah Azzahra
Aisyah dan Mummy

"SELAMAT HARI RAYA 
MAAF ZAHIR BATIN"
DARI
MOHD AZWAN & NUR MARDHATI NABILA & AISYAH SAFIYYAH AZZAHRA

Sekian, terima kasih. 

Friday, 16 August 2013

Mengisi Masa Lapang Dan Perut

Assalamualaikum

Selamat Hari Raya semua!

Dah seminggu lebih tak update blog. Rindu nak menaip. Hari ini baru buka laptop. Update dari iPhone atau iPad kurang best sebab kecil dan susah nak upload gambar. 

Lepas office hour tadi, ajak suami pergi jalan-jalan memandangkan dah lama tak buang masa bersama-sama. Seperti biasa Aeon Bukit Indah (Johor) menjadi pilihan kami untuk membuang masa kerana berdekatan dengan rumah dan sangat selesa (semua Aeon selesa sebab toilet bersih dan yang paling penting ada baby room). 

Sebenarnya tak ada apa nak cerita sangat. Sebab bukan lah shopping apa pun. Jalan-jalan untuk mencari hadiah kahwin kawan dan hadiah new born anak kawan. 

Layan gambar...

Alhamdulillah, sudah sampai.

Kat luar tersangat lah panas, masuk dalam dapat aircond, senyum lebar suami.

Boring kena duduk dalam stroller.

Minum petang di sini.

Mummy dan daddy makan sedap, Aisyah makan toy saja.

Aisyah's first time front-facing.

Tak beli pun, cuba saja.

RM35. Mahal.

Aisyah gelabah sebab mungkin cermin tu gelap, jadi dia tak nampak sangat.

Sebelum balik, singgah McD.

Aisyah datang sini hanya untuk baca buku dan...

Main kotak kentang. Mummy dan daddy saja yang makan.

Bila keboringan.

Anak tidak menunjukkan apa-apa perasaan. Tidak pasti samada dia takut, suka, terkejut atau sedang berfikir "Demam ke apa daddy aku ni???". Hihi

Singgah McD sebab ada voucher RM5.

Itu sahaja untuk kali ini. Terima kasih.
 




Monday, 5 August 2013

Seronoknya Bersederhana

Assalamualaikum

"Jika mahu diri dihormati, anda perlu menghormati orang lain juga"

Short update maybe...

Raya tahun ini merupakan raya paling sederhana bagi Bella. Tak de baju baru, kasut baru, tudung baru. Semuanya guna yang dari Bella Collection yang lama-lama. Tapi seronok tau. Kebetulan semuanya ikut tema. Baju yang dibeli masa pregnant, tak pernah pakai lagi, kebetulan ikut tema yang husband request. Tudung, pakai apa yang ada dan kebetulan pernah beli halfmoon dulu tapi tak pernah pakai dan kebetulan warna pun mengikut tema. Kasut pula kebetulan lebih kurang dengan handbag. Kasut hadiah hantaran dulu. Jarang pakai so nampak baru dan masih selesa dipakai. Handbag je yang baru. Hihi.

Gambar tunggu hari raya lah ye...
Malas nak snap gambar. Puasa, tak larat. Hihi. 

Itu sahaja entry untuk kali ini. 
Nak balik kampung. Bye semua.
Hati-hati di jalan raya ye. Bukan setakat jalan raya, di mana-mana sahaja lah anda berada.

Terima kasih.


Saturday, 3 August 2013

Shopping Barang Murah

Assalamualaikum

Dekat Danga City Mall (DCM), ada jualan raya Metrojaya + Reject Shop sampai 4 Ogos 2013. Best sangat. Ada handbag, pakaian baby, toys/permainan budak, cadar, baju lelaki, baju perempuan, perfumes dan lain-lain. Bella ke DCM adalah unuk membuang masa mencuci mata je. Tak tahu ada jualan raya kat tapak expo tu. So bila tau, terpaksa lah singgah jugak dan terpaksalah membazirkan duit suami untuk membeli barang yang murah. Perempuan dan membazir tak boleh dipisahkan. 

Sejak ada Aisyah ni, barang dia jela yang Bella pandang. Handbag ke baju ke tak pandang dah. Hihi. So kat sini beli pakaian dan permainan Aisyah je. Seluar ada yang berharga RM15, stokin RM5 ada, RM9 pun ada. Baju macam-macam harga ada. Permainan kebanyakan dalam range harga RM15-RM50. Murah kan? Aisyah ni jarang dapat mainan sebenarnya. So bila harga murah, kaut banyak sikit. Hihi. 

Total RM 98

Tips Menghabiskan Duit Di Expo/Jualan Murah:
1. Kena pandai memilih
- Ada barang yang dah kotor-kotor dan tak elok

2. Fikirkan kelogikan harga dan kualiti produk
- Kalau harga RM 35, tapi kualiti macam RM 5, jangan beli
- Tapi kalau harga RM 5, kualiti macam RM 35, WAJIB beli. Hihi

3. Apa yang korang rasa nak, ambil dulu, pastu di tempat yang tak sibuk, baru buat pilihan nak yang mana
- Sebab biasanya kat tempat expo ni, orang ramai. Kalau time tu rasa barang tu cantik, ambil dulu (takut bila nak barang tu semula, tak jumpa tempat atau orang dah ambil), kemudian baru fikirkan harga dan kualiti. Tapi nanti bila dah tak nak, letak balik tempat nya semula ye. 

4. Jangan membazir dan tergesa-gesa
- Pilih dengan tenang dan buat keputusan dengan baik. Beli yang perlu sahaja (ecececeh konon nasihat kan orang, diri sendiri tak buat pun kadang-kadang). 


Terima kasih.


Thursday, 1 August 2013

Study, Berkahwin, Beranak???

Assalamualaikum

"Sucikan hati dengan zikir dan kalam Allah"
-Ramadhan 23

Berkahwin, mengandung dan mempunyai anak ketika belajar bukanlah satu alasan tidak dapat menumpukan perhatian pada study. Ada beberapa kawan yang pernah minta pendapat berkaitan perkara ini. Mereka risaukan tentang pembahagian masa. Tapi jawapan yang Bella akan bagi selalunya positif walaupun Bella bukanlah bagus sangat dalam hal ini. 

"Kak, ok ke kahwin masa belajar?"
"Susah tak bila dah kahwin dan study?"
"Bila dah kahwin, semangat study ada lagi ke?"
Sebenarnya ok jek. Yang penting suami faham dan redha dengan apa yang kita buat. 

Kalau ikutkan pengalaman Bella, Bella ni bukanlah bagus dan boleh dijadikan contoh sangat. Banyak juga yang tak betul dan tak sempurna. Tapi boleh lah bagi sikit tips, panduan dan pengajaran.  

Berkahwin
Bila dah berkahwin, automatik orang perempuan akan jadi suri rumah. Kerja-kerja suri rumah seperti basuh kain, sidai kain, lipat kain, basuh pinggan, masak, kemas rumah, basuh toilet dan lain-lain. Dalam waktu yang sama, tanggungjawab terhadap suami tak boleh diabaikan. Jadi kawan-kawan yang bertanya risaukan mengenai pembahagian masa, mana nak jadi suri rumah, mana nak jadi isteri, mana nak jadi pelajar. 

Sebenarnya boleh. Semua orang boleh. Tapi kena ikhlas dan banyak kan bersabar. 

Contoh:
Suami minta masak untuk dia, kita pula ada exam esok atau assignment yang perlu dihantar. Masa sangat suntuk dan kalau boleh kita tak nak diganggu dan tak nak buang masa. Cara yang paling baik untuk atasi masalah ini adalah dengan menurut apa yang diminta sambil berdoa kepada Allah, "Moga Kau permudahkan urusanku". Kita harus ingat, redha Allah terletak pada redha suami. 
*Tapi Bella tak lah sesempurna mana, ada tak buat juga, tapi cakap elok-elok bagi suami faham.

Beranak
Bila mengandung dan ada anak, kehidupan lebih sibuk berbanding sebelumnya. Yelah dah tambah satu lagi jawatan. Suri rumah, isteri, pelajar dan ibu. 4 jawatan dalam satu masa. Ha ambik ko!
Mana nak layan suami, nak layan anak, nak buat assignment, nak study untuk exam, nak buat kerja rumah.

Sebenarnya boleh. Semua orang boleh. Tapi kena ikhlas dan banyak kan bersabar. 

Dalam kes Bella, Alhamdulillah Bella dikurniakan anak yang baik dan tak banyak ragam. Dan Alhamdulillah juga suami kerja dari rumah. So bila ada assignment ke, nak study ke, Aisyah main sendiri atau bila mood Aisyah kurang baik, suami ada tolong tenangkan Aisyah. Tapi bukan setiap masa suami ada masa untuk anak. Yelah dia pun ada kerja sendiri yang perlu diselesaikan atau pun tengah tidur. 

Contoh:
Bella jenis orang yang study last minute. Esok exam, malam tu baru lah nak buka buku, nak hafal, nak buat latihan, bla bla bla. (Perangai yang tak boleh elak sejak dulu). Jadi masa amat terhad. Kalau boleh memang tak nak ada gangguan dan nak fokus pada buku je. Aisyah ni pula ada hari-hari yang dia tak nak tidur malam. Tengah-tengah fokus study, Aisyah ehek-ehek. Suami pula tidur. Hati ibu mana yang tenang bila dengar anak ehek-ehek kan. Langkah yang perlu anda ambil ialah, berhenti study dan layankan si anak dengan ikhlas. Di situ ada pahala yang tersembunyi. Tapi jangan lupa sambil berdoa moga Allah membantu kita permudahkan segalanya di samping itu, minta anak doakan kita juga. (Daripada Aisyah dalam perut sampai keluar perut, Bella selalu minta Aisyah doakan mummy nya).

Setiap kali nak exam, minta lah suami, anak, ibu bapa dan ibu bapa mertua mendoakan anda.

Bella ni setiap kali nak pergi exam gelabah jek lebih.

Dalam kereta, otw ke tempat exam, dengan nada yang gelabah...
"Sayang, Ila baca semua tak lekat, tak ready langsung nak jawab ni, please please please doakan Ila dapat jawab dengan baik tau"
Sekarang bila ada Aisyah, dengan Aisyah sekali kena dengar ayat tu pastu kena paksa doakan untuk mummy dia.
Bila minta mama doakan pun ayat yang sama keluar. Tapi mama selalu positif jek. "Ila boleh punya. Selawat"

Tapi bila cakap dengan ayah dan ibu bapa mertua, ayat lebih formal dan tak keluar ayat gelabah tu. Hihi

Hasil doa dan redha mereka insan-insan tersayang, bila dapat result, alhamdulillah tidak mendukacitakan. Sepanjang berkahwin dan beranak, masih dapat mengekalkan prestasi. Alhamdulillah atas kurniaanMu. 


Boleh dibuat hipotesis juga di mana, semakin kronik sesuatu sem tu, semakin cantik result yang Allah beri. Yang penting, ikhlas kan diri.

Contoh:
Masa diploma sebelum kahwin, tengah-tengah mood exam, mama masuk hospital, operation, Bella jaga mama tanpa bawa buku untuk study. Tapi alhamdulillah, result untuk sem tu, Bella dapat 4 flat. Bella sendiri terkejut beruk time tu.

MINTALAH APA SAHAJA YANG ANDA HAJATI KEPADA ALLAH KERANA ALLAH MAHA MENDENGAR DAN MAHA MEMBERI.

*Entry ini bukan untuk membangga diri, sekadar berkongsi pengalaman dan memberi pengajaran. Jika anda mempunyai tips lain, boleh kongsi dengan Bella. Just drop a comment below. 

Terima kasih.