Alkisah Baju Raya

 Assalamualaikum

Macam dah basi je kan nak cerita pasal baju raya. Hihi tapi nak cerita jugak. 
Sebenarnya dari awal suami bagitau dia nak tema krim-krim gitu. Tapi bila pertama kali jalan-jalan untuk cari baju raya, dia tersuka baju melayu cotton kaler kelabu dan purple. Tapi Bella kata, kita jalan lah dulu survey-survey yang lain kot-kot ada lagi yang lebih baik (biasalah orang perempuan). Hihi. Sambil-sambil jalan tu Bella pun cuci mata baju Bella juga. Memang tak de kaler yang dia minat tu dengan pattern baju yang Bella minat. Kebanyakan nya shocing pink dan royal blue. Mungkin kaler kena, tapi pattern hanya kurung. Bella kurang minat dengan baju kurung. Jadi hari first jalan-jalan tu, kami tak beli apa-apa pun. 

Selang beberapa hari, Bella sajalah bukak almari baju tu, selak-selak baju terjumpa jubah yang Bella tak pernah pakai keluar (try dalam rumah masa lepas beli jek). Bella beli time pregnant dulu tapi mujur saiz jubah tu 34. Mungkin masa tu perut belum besar sangat. Kebetulan warna dia kelabu. Senang hati sangat sebab yang pertama tak payah pening-pening nak cari baju raya (sebab Bella teramatlah cerewet) dan kedua save duit suami (konon-konon isteri yang baik).

Kali kedua jalan-jalan untuk buat persiapan raya, kitorang ke Aeon. Tapi tak plan pun nak beli baju kurung Aisyah kat situ. Jalan-jalan bahagian JBaby, suami terjumpa baju kurung baby kaler kelabu jalur-jalur. Tapi Bella tak berminat sebab tak nampak girlish. Tapi demi menjaga hati suami, Bella ambil jek sangkut kat stroller Aisyah tapi dalam masa yang sama Bella komen, baju tu besar lah, kain dia panas lah, warna kelabu tak sama macam baju Bella lah, dll. Jalan ke depan sikit, Bella terjumpa baju kaler purple. Plain tapi ada corak bunga-bunga bahagian leher. Jatuh hati sangat. Time ni terus kata kat suami "Sayang, yang ni sesuai dengan Aisyah, saiz dia ok, kain dia pun tak panas". Suami balas "Yelah, kalau benda yang dia minat terus kata saiz ok lah apa lah". Sebab saiz untuk kedua-dua baju tu memang sama 4-8months. Memang nampak sangatlah Bella menipu kan awal-awal tadi. Haha. 

Jalan-jalan kali ketiga, adalah untuk mencari baju suami. Masa ni memang pening samada nak kaler purple atau kelabu. Kaler purple dan kelabu yang suami dah tersuka awal-awal dulu tak sama dengan kaler purple atau kelabu Aisyah dan Bella. So kena cari baju lain. Time ni pusing Angsana untuk mencari baju melayu cotton, kaler samada purple atau kelabu. Cuak juga time ni sebab kalau terjumpa purple Aisyah, Bella kena cari baju lain lah kan. Hmm. Pusing punya pusing Angsana tu, terjumpa satu kedai yang jual baju melayu cotton kaler kelabu ala-ala kaler jubah Bella. Oh dalam hati suka yang teramat. Tapi suami macam kurang minat. Tapi lelaki ni kan simple. Dia mana nak pening-pening sangat benda remeh ni kan. Jadi bersetuju jela dengan baju tu. 

Sekarang, Bella dan suami dah sedondon. Aisyah jek yang lain. Rasa terkilan pulak raya pertama bersama Aisyah tapi tak sedondon. Fikir punya fikir dan demi mengelakkan pembaziran, Bella dapat satu idea iaitu, memasukkan elemen purple sikit di baju suami dan Bella. Misi seterusnya mencari sampin suami dan tudung Bella kaler purple Aisyah. Jalan-jalan kali keempat ke Danga City Mall. Saja-saja masuk First Lady, sekali terjumpa sampin dewasa kaler ala-ala purple Aisyah. Harga tersangat lah murah. Hanya RM35. Terus lah beli. So lega sikit. Tinggal cari tudung Bella jek. Sekali lagi ingin ditekan kan bahawa Bella cerewet dalam memilih barang. Jadi pada hari tersebut. tak dapat pun tudung Bella.

Di rumah, selongkar-selongkar tempat tudung dan selendang, Bella terjumpa selendang halfmoon kaler purple Aisyah. Hurray! Seronok tak terkata lah. Save lagi duit suami. Perasaan teramat lega sebab semua dah setel. 

So tema kami untuk tahun ni kelabu + purple.

Alhamdulillah raya tahun ni amat bersederhana tapi bermakna. Raya 2012 berdua secara zahirnya tapi bertiga secara batinnya (Aisyah dalam perut. Hihi). Raya 2013, kitorang bertiga dengan kehadiran Aisyah. Alhamdulillah Allah bagi kebahagian dan kesempurnaan dalam keluarga kecil kitorang. 

Kami bertiga di pagi Aidilfitri 1434 Hijrah
Kegembiraan di pagi Syawal
Bermaafan
Aisyah
Safiyyah
Azzahra
Aisyah Safiyyah Azzahra
Aisyah dan Mummy

"SELAMAT HARI RAYA 
MAAF ZAHIR BATIN"
DARI
MOHD AZWAN & NUR MARDHATI NABILA & AISYAH SAFIYYAH AZZAHRA

Sekian, terima kasih. 

Comments

Unknown said…
amazing family...serene and tranquil
Bella said…
tq abg ngah :D
Unknown said…
you are welcome dear and have a nice day.

Popular posts from this blog

Aisyah Safiyyah Azzahra

[Di Balik Tabir] Photoshoot Anugerah Cinta

Sambutan Hari Kanak-Kanak (Tema Cerita Rakyat)