Study, Berkahwin, Beranak???

Assalamualaikum

"Sucikan hati dengan zikir dan kalam Allah"
-Ramadhan 23

Berkahwin, mengandung dan mempunyai anak ketika belajar bukanlah satu alasan tidak dapat menumpukan perhatian pada study. Ada beberapa kawan yang pernah minta pendapat berkaitan perkara ini. Mereka risaukan tentang pembahagian masa. Tapi jawapan yang Bella akan bagi selalunya positif walaupun Bella bukanlah bagus sangat dalam hal ini. 

"Kak, ok ke kahwin masa belajar?"
"Susah tak bila dah kahwin dan study?"
"Bila dah kahwin, semangat study ada lagi ke?"
Sebenarnya ok jek. Yang penting suami faham dan redha dengan apa yang kita buat. 

Kalau ikutkan pengalaman Bella, Bella ni bukanlah bagus dan boleh dijadikan contoh sangat. Banyak juga yang tak betul dan tak sempurna. Tapi boleh lah bagi sikit tips, panduan dan pengajaran.  

Berkahwin
Bila dah berkahwin, automatik orang perempuan akan jadi suri rumah. Kerja-kerja suri rumah seperti basuh kain, sidai kain, lipat kain, basuh pinggan, masak, kemas rumah, basuh toilet dan lain-lain. Dalam waktu yang sama, tanggungjawab terhadap suami tak boleh diabaikan. Jadi kawan-kawan yang bertanya risaukan mengenai pembahagian masa, mana nak jadi suri rumah, mana nak jadi isteri, mana nak jadi pelajar. 

Sebenarnya boleh. Semua orang boleh. Tapi kena ikhlas dan banyak kan bersabar. 

Contoh:
Suami minta masak untuk dia, kita pula ada exam esok atau assignment yang perlu dihantar. Masa sangat suntuk dan kalau boleh kita tak nak diganggu dan tak nak buang masa. Cara yang paling baik untuk atasi masalah ini adalah dengan menurut apa yang diminta sambil berdoa kepada Allah, "Moga Kau permudahkan urusanku". Kita harus ingat, redha Allah terletak pada redha suami. 
*Tapi Bella tak lah sesempurna mana, ada tak buat juga, tapi cakap elok-elok bagi suami faham.

Beranak
Bila mengandung dan ada anak, kehidupan lebih sibuk berbanding sebelumnya. Yelah dah tambah satu lagi jawatan. Suri rumah, isteri, pelajar dan ibu. 4 jawatan dalam satu masa. Ha ambik ko!
Mana nak layan suami, nak layan anak, nak buat assignment, nak study untuk exam, nak buat kerja rumah.

Sebenarnya boleh. Semua orang boleh. Tapi kena ikhlas dan banyak kan bersabar. 

Dalam kes Bella, Alhamdulillah Bella dikurniakan anak yang baik dan tak banyak ragam. Dan Alhamdulillah juga suami kerja dari rumah. So bila ada assignment ke, nak study ke, Aisyah main sendiri atau bila mood Aisyah kurang baik, suami ada tolong tenangkan Aisyah. Tapi bukan setiap masa suami ada masa untuk anak. Yelah dia pun ada kerja sendiri yang perlu diselesaikan atau pun tengah tidur. 

Contoh:
Bella jenis orang yang study last minute. Esok exam, malam tu baru lah nak buka buku, nak hafal, nak buat latihan, bla bla bla. (Perangai yang tak boleh elak sejak dulu). Jadi masa amat terhad. Kalau boleh memang tak nak ada gangguan dan nak fokus pada buku je. Aisyah ni pula ada hari-hari yang dia tak nak tidur malam. Tengah-tengah fokus study, Aisyah ehek-ehek. Suami pula tidur. Hati ibu mana yang tenang bila dengar anak ehek-ehek kan. Langkah yang perlu anda ambil ialah, berhenti study dan layankan si anak dengan ikhlas. Di situ ada pahala yang tersembunyi. Tapi jangan lupa sambil berdoa moga Allah membantu kita permudahkan segalanya di samping itu, minta anak doakan kita juga. (Daripada Aisyah dalam perut sampai keluar perut, Bella selalu minta Aisyah doakan mummy nya).

Setiap kali nak exam, minta lah suami, anak, ibu bapa dan ibu bapa mertua mendoakan anda.

Bella ni setiap kali nak pergi exam gelabah jek lebih.

Dalam kereta, otw ke tempat exam, dengan nada yang gelabah...
"Sayang, Ila baca semua tak lekat, tak ready langsung nak jawab ni, please please please doakan Ila dapat jawab dengan baik tau"
Sekarang bila ada Aisyah, dengan Aisyah sekali kena dengar ayat tu pastu kena paksa doakan untuk mummy dia.
Bila minta mama doakan pun ayat yang sama keluar. Tapi mama selalu positif jek. "Ila boleh punya. Selawat"

Tapi bila cakap dengan ayah dan ibu bapa mertua, ayat lebih formal dan tak keluar ayat gelabah tu. Hihi

Hasil doa dan redha mereka insan-insan tersayang, bila dapat result, alhamdulillah tidak mendukacitakan. Sepanjang berkahwin dan beranak, masih dapat mengekalkan prestasi. Alhamdulillah atas kurniaanMu. 


Boleh dibuat hipotesis juga di mana, semakin kronik sesuatu sem tu, semakin cantik result yang Allah beri. Yang penting, ikhlas kan diri.

Contoh:
Masa diploma sebelum kahwin, tengah-tengah mood exam, mama masuk hospital, operation, Bella jaga mama tanpa bawa buku untuk study. Tapi alhamdulillah, result untuk sem tu, Bella dapat 4 flat. Bella sendiri terkejut beruk time tu.

MINTALAH APA SAHAJA YANG ANDA HAJATI KEPADA ALLAH KERANA ALLAH MAHA MENDENGAR DAN MAHA MEMBERI.

*Entry ini bukan untuk membangga diri, sekadar berkongsi pengalaman dan memberi pengajaran. Jika anda mempunyai tips lain, boleh kongsi dengan Bella. Just drop a comment below. 

Terima kasih.





Comments

Popular posts from this blog

Aisyah Safiyyah Azzahra

[Di Balik Tabir] Photoshoot Anugerah Cinta

Sambutan Hari Kanak-Kanak (Tema Cerita Rakyat)