Sambutan Hari Kanak-Kanak (Tema Cerita Rakyat)

 Assalamualaikum.

7 December 2023.
Sekolah Aisyah Qisya buat sambutan Hari Kanak-Kanak.
Tema cerita rakyat. Seminggu juga mummy mencari idea dan siapkan costume.
Mula-mula sekali buat pilihan skapa yang kita nak tiru.
Mahsuri untuk Aisyah.
Puteri Gunung Ledang untuk Qisya.

Modal +-RM22 sahaja untuk 2 costume.
 
Costume Puteri Gunung Ledang.
Kain maroon untuk corset (RM3.50)
Kain chiffon maroon selendang skirt tu (RM3.50)
Kertas gold untuk kuku dan details aksesori (RM2.40)
Pokok gold untuk hiasan lengan, pinggang dan perut (RM2.40)
Selebihnya mummy gunakan bahan sedia ada di rumah.

Costume Mahsuri.
Tudung, Kebaya, Dulang bahan sedia ada.
Selendang lace putih (RM3)
Rantai/gelang pearl (RM2)
Kain batik (RM5.25)
Hiasan kepala (guna baki aksesori Qisya πŸ‘†)
Artificial padi (FREE jiran bagi)

Mummy suka DIY. Macam rantai dan gelang pearl tu adalah hiasan orang letak di dulang hantaran atau deco. Tapi mummy jahit jadikan gelang dan rantai. Satu lagi sebab nak cut cost. Hihi.

Aksesori puteri gunung ledang kebanyakan guna kertas tebal dan pokok gold ninso je. Sebab nak cut cost juga lah. Kalau aksesori betul mahal. Nak guna untuk beberapa jam sahaja. Rugi rasanya.

Kuku tajam tu origami guna kertas gold. Boleh cari tutorial di youtube. 

Masa buat projek costume anak-anak lah mummy belajar sikit2 menjahit. Untuk projek kalini mummy berjaya hasilkan mermaid skirt with train (untuk Qisya) dan skirt lipatan sampin (untuk Aisyah). Buat corset juga untuk costume qisya. Beli kain 1m habis sebab asyik salah buat je.

PUTERI GUNUNG LEDANG πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡








MAHSURI πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

Ni persalinan awal mahsuri kononnya. Tapi before sampai sekolah, Aisyah cakap segan nak pakai macam ni. So buka selendang dan belt. 




Selepas buka selendang maroon dan belt. 






Terima kasih anak-anak mummy sebab sudi menggayakan hasil rekaan mummy. Walaupun kedua-duanya hanya dapat saguhati, tapi mummy puas. Seperti biasa, pakaian beragam ni memang tak aim nak menang, tapi kepuasan untuk mummy. Disamping tambah skill menjahit mummy. Kalau takde projek gini, mummy tak buka mesin jahit. 

Jumpa lagi untuk projek akan datang 😎.

Ok bye. 



 

Comments

Popular posts from this blog

Aisyah Safiyyah Azzahra

[Di Balik Tabir] Photoshoot Anugerah Cinta