Pertandingan Mewarna sempena Karnival Asas Tani Johor dan Genting Indahpura (24/8/2025)

Assalamualaikum.

Harini mummy hantar anak-anak pertandingan mewarna. 
Pagi pertandingan mewarna di Angsana Mall sempena Karnival Asas Tani. (Yusoff dan Qisya). 
Petang pertandingan mewarna di Genting Indahpura sempena merdeka. (Aisyah dan Qisya).

Angsana Mall.

Yusoff seperti biasa sentiasa excited kalau nak mewarna. Mood baik. 


Mummy tak boleh dekat sebab buat di atas pentas. Biasanya mummy tolong buka kan warna, tolong bagi semangat dan tolong kecoh soh cepat cepat. Sebab kadang-kadang diorang ni termenung. 


Sementara tunggu Yusoff dan Qisya siap mewarna, bawa Aisyah ke Marrybrown untuk dia siapkan tugasan PSV dia. Sambil makan-makan. 

Lepas Yusoff Qisya siap mewarna, mummy angkut alatan mewarna semua ke kereta sementara nak tunggu keputusan. Anak-anak di Marrybrown. Dahlah banyak barang, meja dan beg mewarna. Sekali keluar ke area parking, tak jumpa kereta. Haha. Masuk balik fikir semula.

Masa masuk semula ke mall, dengar orang pentas bagitahu suruh scan QR untuk daftar nama bertuah. Letak barang-barang di lantai dan scan dari tingkat atas sambil memikir level mana park kereta tadi haha. 

Lepas dah siap daftar terus cepat-cepat selesaikan misi hantar barang ke kereta dan masuk ke mall semula. 5x pusingan roda nama tu berhenti, berdekatan dengan nama mummy. Sepanjang roda dipusing, mummy tak henti-henti baca ayat seribu dinar. Masani mummy tepi pentas. Hihi. 


Last sekali roda stop di nama mummy. Rezeki betul. Alhamdulillah rezeki dari Allah. Mummy menangis cerita dengan anak-anak sebab magic dari Allah. 

Sepanjang nak tunggu keputusan tu, kitorang lepak Marrybrown. Bila keputusan nak diumumkan baru kitorang pergi ke area pentas. Lepastu masa nak umum tu, ternampak lukisan Yusoff di meja hadiah. Maknanya lukisan Yusoff terpilih hihi. Terus suruh Yusoff standby. 


Terpaling happy dapat naik pentas. Dapat chocolate bouquet dan RM80. Rezeki Yusoff. 



Pemenang kategori 5-6 tahun dan 7-9 tahun. 





Ni hasil mewarna Yusoff. Mummy ingatkan takde rezeki sebab satu dah salah warna bendera. Kedua tak menarik sebab pemilihan warna. ketiga, comot sebab guna crayon. 


Yang mana takde rezeki menang, dapat goodies kek aiskrim. Sedap. Rezeki Qisya dan kami semua. Alhamdulillah. 

Selesai di Angsana Mall, terus pecut ke Indahpura pulak. Qisya kesian kena mewarna 2x harini. Hihi. Cuba nasib je lah. Artwork yang diberi saiz A3. Haha kesian diorang. Tapi hadap jela. Mummy dah cakap jangan mengharap menang. Skill diorang ni biasa-biasa je. 



Sementara tunggu kakak-kakak siap mewarna, Yusoff join aktiviti DIY. 


DIY kincir angin. 



Warna seramik.

DIY wayang kulit. 



Memasing dah habis mewarna, kitorang amik gambar kat luar sekejap. Lawa. 









Mummy ambil gambar rumah-rumah ni untuk dapatkan idea nak buat replika apa-apa akan datang. 






Selesai di Indahpura, sebelum balik rumah mummy bawa anak-anak ke Toppen. Ada voucher yang nak expired harini. Jadi gunakan lah. Tak guna rugi pulak. Kitorang jalan dalam Ikea buat rasa-rasa rumah cantik hihi. 


Tiang parking kena ambil gambar kalau tak nak sesat haha. 

Itu sahaja untu harini. Tak sabar nak balik rumah nak jumpa Adam. Harini tak bawa Adam keluar sebab pagi-pagi tadi kejut, dia tak nak bangun. Qisya belikan Adam 


Comments

Popular posts from this blog

Aisyah 1st Birthday Party

Macam mana nak main game kat Google?

Aisyah Safiyyah Azzahra