Friday, 12 July 2013

Yang Mahal Tak Semestinya Bagus

Assalamualaikum



Hari ini Aisyah tak ke mana pun. Saja pakai kan baju ni konon-konon macam nak berjalan. Sebabnya baju ni Aisyah jarang pakai. Aisyah pakai baju ni 2x je sejak beli. Pertama kali pakai untuk pergi Jusco, tapi baru je sampai dia da ehek ehek, tukar baju lain, senyap (ha nampak tak ketidakselesaannya di situ). Kali kedua pakai time pergi majlis kahwin kawan. Salah mummy dia jugaklah kan. Tempat tu tak beraircond, hasilnya muka dia naik lah merah-merah (nampak comot sangat) dan berpeluh-peluh. Masuk kereta, terus Bella tukarkan baju lain. So nampak tak, baju ni dia pakai tak pernah lebih dari 3 jam. Mungkin material baju ni dan bahagian leher yang ada ropol-ropol gitu. 

Baju ni dah lama beli, saiz 0-3 bulan, mujur masih muat lagi. Tambahan, baju ni harga RM***.**, so terasa sangat ruginya kalau jarang pakai. So untuk mengelakkan rasa kerugian teramat sangat, Bella pakaikan baju ni kat rumah tapi kipas kena sentiasa menghala ke dia bagi memaintainkan keselesaannya. Alhamdulillah, hari ini dia pakai nampak selesa dan yang paling penting dah lebih 3 jam, horey!

Mari layan gambar-gambar Aisyah :)











Bawah ni pula nak cerita pasal stokin Giant. Sepasang RM2.99 je, murah kan? Mummy Aisyah ni memang suka yang cantik tapi murah. Sekali beli 4 pasang. So far da 2x beli. So ada dalam 8 pasang stokin Giant ni. Corak pun cantik-cantik (sesuai lah nak pakai dekat rumah kan). Haha macam takde motif nak cerita sal stokin kan. Haha. 

Stokin Giant
 I Love Mum!

Selamat Berbuka Puasa Semua!

No comments: