Terima Kasih Ya Allah Beri Aku Peluang Itu (Part 1)
Assalamualaikum
Alhamdulillah, hari ini hari kedua berpuasa. Macam mana ibadah puasa korang? Pergi bazar mana? Buka apa dan di mana? Terawih di mana? Hihi banyak pulak soalan nya.
Aisyah dah tidur, suami duduk di office bawah tu buat kerja. So bila kebosanan dan tak tahu nak buat apa, update blog la :)
Sebenarnya nak bercerita pengalaman mengandung Bella. Saja nak berkongsi cerita dengan korang.
Hujung bulan Mei 2012 (tahun lepas) Bella mengalami kurang selera makan dan sakit perut. 25-26 Mei ada family day keluarga suami dekat Perak. Lepas makan jek perut sakit-sakit. So biarkan jelah sebab perut ni memang selalu ngada-ngada, masuk angin la, gastrik la. Minggu sebelum ke Perak tu, Bella pergi China, ni kes kurang selera makan campur pening sikit-sikit jela. Tapi tak expect apa-apa lagi lah.
Selepas tu dalam awal bulan Jun tu pula, pening-pening macam nak muntah. Selera makan pun masih kurang lagi. Perut lapar tapi tak tahu nak makan apa. Pergi majlis kahwin kawan, dalam kereta cakap dengan suami, "Ila nak makan banyak-banyak kat umah orang tu nanti". Tapi poyo jek, tak banyak mana pun. Pastu kena bahan dalam kereta. Hihi. Mama pun datang majlis kawan tu, dia ada tegur kenapa nampak macam pucat dan tak berseri. Time ni pun belum expect apa-apa.
Lepas time kenduri tu, Bella balik kolej (student lah katakan) sebab Isnin ada kelas. Pening kepala dan rasa nak muntah menjadi-jadi. Ingatkan sebab tekanan darah rendah. Sebab mama ayah selalu kena macam tu.
So bila dah 2 hari tak baik lagi, ajak Zati (roomate) pergi klinik untuk cek tekanan darah. Suami pergi mersing hari tu, terpaksa minta khidmat bantuan si Zati ni. Sebenarnya takut sakit tu berlarutan dan mengganggu waktu study sebab masa tu dah dekat exam. So pagi tu search klinik area Taman U.
![]() |
Poliklinik Sincere |
Comments