Di Hujung Minggu

Hari minggu dimulai dengan membuat breakfast pizza roti yang sangat mudah tapi menyelerakan. Tapi buat 4 keping jek. Bella 2 keping, husband 2 keping. Gambar takde. Segan nak letak gambar sebab Bella ni bukanlah masterchef pun. Hihi. 

Lepas zohor bersiap-siap pergi ke PC Expo di Persada. Plan nak pergi Sabtu malam, tapi memandangkan pukul 8 malam baru plan, expo tu mungkin tutup dalam pukul 10 malam, so tak dapat lah nak habiskan duit banyak nanti. Eh silap, tak sempat lah nak pusing habis satu expo untuk cuci mata.

Sampai Persada lebih kurang dalam pukul 4 petang. Jalan jam kat bandar.


Ha nampak tak jam nya?


Ok, kitorang dah sampai!
Aisyah: Eii geramnya aku...
Aisyah: Hek eleh kau...

Aisyah: Mummy cepat sikit masuk dalam boleh? Asyik nak bergambar jek...

Kitorang decide tak nak bawak stroller sebab fikir ramai orang dalam tu, nanti bersesak-sesak dengan stroller bagai. Tapi sebenarnya andaian kitorang salah. Tak lah crowded sangat kat situ, boleh jek kalau nak bawak stroller. Mujur Aisyah berperangai molek hari ini. Cuma kesian kan dia badan penat. Dia seronok saja dapat dukung sebab sebelum ni memang jarang dia keluar stroller bila berjalan.


Masih bertenaga

Kurang bertenaga

Hampir kehilangan tenaga

Kehabisan tenaga


Hasil pelaburan di expo, kitorang beli power bank berharga RM70 bersaiz 12000mah dan dapat percuma satu power bank bersaiz 2600mah berharga RM29.
Power bank


Lepas PC Expo, kitorang pergi Danga City Mall (DCM). Konon-konon nak mencari toner printer kitorang yang dah habis. Tapi harga nya 2 ratus lebih, so tak jadilah memandangkan belum nak guna printer sangat sekarang ni (PSM report dah hantar, assignment dah takde, sem depan praktikal pulak).

Penat berjalan dari tadi, tekak dah mula kering. Singgah Secret Recipe untuk membasahkan tekak.
Green Apple Kasturi dan Iced Long Black

Lepas dah bertenaga semula, kitorang jalan-jalan pusing satu DCM ni. First Lady, Reject Shop, Butik Lavinia, Metrojaya, dll...

First Lady dan Butik Lavinia tu konon nak cari baju raya. Tapi try banyak baju ada jek yang kurang nya. Panjang terlebih lah, tangan labuh sangat lah (orang tak cukup ketinggian lah katakan), takde saiz lah. Sedih.

Memang dah lama nak pergi Reject Shop untuk mencari t-shirt Aisyah. Sebab banyak berkenan berbanding kat shopping complex tu. Tambahan ada less lagi. Total 2 helai t-shirt ni RM26 jek. Pretty Sweet Beautiful tu harga asal RM26.90, ada less 70% tinggal RM8 lebih. Baju polkadot tu RM19.90, ada less untuk member 10%. Murah sangat dan suka sangat :D
Baju untuk Aisyah

Sebelum stop menaip, korang layanlah gambar anak dara Bella ni.
Aisyah Safiyyah Azzahra Binti Mohd Azwan
Gambar pagi tadi

Dalam kereta

Lepas je ambil gambar yang atas tu, Bella dok ngadap hp, toleh sekali lagi dah jadi gini. Pirate Lady of Carribean :)

Selepas dibetulkan kedudukan scarfnya

Terjadi lagi. Kali ni Mike (Monster Inc).

Aisyah jadi Mike dan pirates sebab kepala dan tangan tak reti diam. Toleh kiri kanan, garu kepala lah.
Aisyah mengelap meja di Secret Recipe
Fokus


MUMMY & DADDY LOVE YOU!
Mummy dan Aisyah
Daddy dan Aisyah


Sekian...




Comments

Popular posts from this blog

Aisyah Safiyyah Azzahra

[Di Balik Tabir] Photoshoot Anugerah Cinta

Sambutan Hari Kanak-Kanak (Tema Cerita Rakyat)