Tuesday, 8 April 2014

Kelam Kabut

Assalamualaikum

Allahuakbar. Kelam kabut sangat harini. 
Petang tadi pukul 2.30 ada test writing TECS dekat C09 Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA). 
Bella ni memang fail kalau bab mengingat nama bangunan dan tempat.
Dah la tak tahu tempat test, gerak dari rumah pun lambat. Gara-gara tunggu suami siap. Pukul 2 baru keluar rumah. Pusing 2, 3 kali juga cari bangunan C09. Yang jumpa hanya C10, C08...... Aduhai.

Tanya 3, 4 orang budak-budak kat situ, diorang pun tak tahu. Last sekali tanya makcik cleaner. Mujur dia tahu. Siap dia tanya student ke? Bella jawab la ak ah. Lepastu dia kata ha cepat naik atas. Dah lambat kan? Hihi macam tahu-tahu je makcik ni. Baru nak cari lif yang makcik tu cakap, jumpa Pika dan Kimah. So saing-saing la ke atas mencari dewan. Mujur Alhamdulillah. 

Masuk-masuk dewan exam, semua dah tekun menjawab. Hm tebalkan muka melilau dalam dewan tu cari nombor meja pulak. Aduhai.

Orang yang jaga exam tu start pungut slip kedatangan, baru perasan terlupa bawa kad matrik. Aduhai lagi. Kad matrik tertinggal dalam beg. Beg kat depan dewan. Dia suruh juga ambil kad matrik tu. Dia ni tak bertolak ansur langsung. Orang dah lambat, suruh lagi buang masa. Geram. Tapi tebalkan muka lagi jalan kedepan amik kad matrik. Aduhai.

Buka  kertas soalan, blank terus otak. Tapi gagahkan juga menulis. Rasanya karangan budak darjah satu lebih power dari karangan aku. Aduhai. Ada dua soalan je pun. Soalan pertama nampak nombor-nombor. Soalan kedua nampak menarik. Terus buat soalan nombor dua dulu. Lepastu baru jengah soalan nombor satu. Memang blank. Tak siap lagi masa dah tamat. So karangan tu sekerat je la. Tanpa ada conclusion dan isi pun macam tak berisi. Haha. Aduhai.

So Bella minta kalian doakan kejayaan Bella. Satu je harapan Bella, LULUS. Hihi.
22 April nanti Oral Test pulak. Doakan juga ye. Ok bye.

Sampai sini je cerita kelam kabut Bella di hari Selasa yang indah permai lagi sentosa. 
Bye.


No comments: