Pemeriksaan Kesihatan dan Derma Darah

Assalamualaikum

Dekat Fakulti Komputeran semalam ada Hari Kesihatan dan Keselamatan Di Tempat Kerja. Tak ambil port sangat pun. Tapi dah petang lepas habis kelas nak hantar borang kat pejabat fakulti, ternampak lah ada pemeriksaan kesihatan dan derma darah. Rasa teruja nak periksa kesihatan sebab lama dah tak periksa.



Ha ni lah hasil pemeriksaan semalam. Alhamdulillah semuanya ok. Tapi berat je masalah. Sebab kadang-kadang tak sampai 40 pun. 39 je. Penimbang semalam tu kalau salah, maknanya Bella ni tak mencapai berat yang normal la. Ketinggian tak boleh nak ubah da. Tinggi setakat tu je. Hihi. Alhamdulillah. Nampak cantik bila dia bundarkan nilai ke 1.5m. Nampak tinggi sikit banding dengan 1.49m kan? Haha

Lepas dah periksa kesihatan, masuk bahagian derma darah. Sebenarnya dari dulu terniat nak derma darah cuma tak berkesempatan. Tapi semalam tu macam da berkesempatan. Tapi debo nya lain macam. Haha. Lepas Wani (kawan Bella) dah berani nak daftar kan diri, Bella ikut juga mendaftar. Next kaunter adalah cek kepekatan darah. Masa ni dah menggigil tengok jari Wani dicucuk untuk cek kepekatan darah. Aduhai. Cuak giler. Selepas Wani, tiba lah giliran Bella pula cek. Haha time ni lawak.

*Serah borang kat pegawai bertugas
Pegawai: Berapa berat awak?
Bella: 41
Pegawai: Hm awak tak layak untuk derma darah.

Gembira ada sadis pun ada. Gembira sebab tak payah menderma. Hilang debo nak tengok jarum besar. Sadisnya part ayat 'tak layak' tu. Macam psiko giler. Hihi. Tapi kata Kak Sen (kawan Bella), asal niat ada, dah dapat pahala. Haha.

Memang teringin nak menderma tapi terlebih takut dan cuak. Tak tahu lah apa yang nak di cuak kan. Padahal bukan tak biasa kena cucuk masa pregnant dan bersalin dulu. InsyaAllah bila berat dah mencapai 45 ke atas, Bella akan cuba untuk menderma. 

Ok sekian sahaja cerita semalam.
Terima kasih.

Comments

Unknown said…
lepas ni kalau ada event derma darah boley la try lg manaka tau dah ckup berat.hihi

Popular posts from this blog

Aisyah Safiyyah Azzahra

[Di Balik Tabir] Photoshoot Anugerah Cinta

Sambutan Hari Kanak-Kanak (Tema Cerita Rakyat)