Wednesday, 16 April 2014

Wordless Wednesday #1

Assalamualaikum

Hai. Hari ni jadual agak pack. Kelas dari pagi sampai ke petang. Moga segalanya berjalan lancar.

Jom layan gambar.

Eh Aisyah pakai pewarna kuku?
Tak la.
Alkisahnya begini...
Pada satu hari, eh tak la satu hari sangat.
Sebabnya sejak Aisyah dah besar ni, kalau nak keluar mana-mana, makeup dalam kereta jek. Tu pun bukan makeup sangat. Apply lipstik dengan blusher jek. Dah takde tepek-tepek bedak, krim bagai. Kulit muka pun dah tak segar macam dulu. Kusam, jerawat, bintik-bintik kecik, jeragat semua nak tumbuh laju-laju. :( sedih. Bukan nak cerita pasal kulit muka, nak cerita pasal kuku Aisyah tu.


Sedang mummy syok-syok tenyeh blusher kat pipi, si Aisyah pun nak bermakeup jugak. Tak perasan dia dapat lipstik pastu dia korek lipstik tu. Nak marah ada, tapi lebih nak gelak la. Lawak lawak. Hahaha. Lepas dari kejadian tu, mummy tenyeh lipstik guna jari jek. Nasiblah. Ha gitu hasil 'korek'an Aisyah. Terbaik. Tapi rasanya ni perkara biasa bila ada anak kecik kot. 

Ok sekian untuk hari ini.
Bye.

No comments: