Masa mengandung, memang tercari-cari nama yang sesuai untuk anak yang bakal lahir nanti. Lepas scan dan dapat tahu jantina, berfikir-fikir apa nama nak bagi. Sepanjang mengandung juga lah mencari idea dan nama yang sesuai. Macam-macam kombinasi nama yang kitorang cipta. Memang daripada dulu kalau anak perempuan nak namakan dia Aisyah. So bagitahu suami nama baby nanti mesti start dengan Aisyah. Mujur dia nak layankan jek permintaan isteri dia. Nama pertama yang Bella pilih adalah Aisyah Sofea tapi mendapat tentangan dari keluarga Bella atas sebab-sebab tertentu. Hihi. AISYAH membawa maksud kebahagiaan. Azzahra kitorang pilih sebab konon-konon nak nampak nama macam kearaban sikit la bila ada al ke az ke pada nama tu kan. So cari-cari Az Zahra yang paling menarik. Sebenarnya kitorang nak ejaan Az-Zahra tapi masa buat pendaftaran tidak dibenarkan meletak simbol - pada nama. So terpaksa buang la simbol tu. AZZAHRA bermaksud bunga-bungaan. Untuk nama tengah-tengah peng
Assalamualaikum Hai semua! Hari ini update dari fakulti sementara tunggu supervisor datang. Aisyah ikut mummy lagi demo progress hari ini. Moga Aisyah behave ye sayang. Ok lah. Ni kira entry throwback juga. Ni sebalik tabir maternity photoshoot aritu. Photoshoot ni buat pada 28/12/2012 dekat Hutan Bandar Mutiara Rini. Buat suka-suka sebagai kenangan. Tambahan, ada kawan-kawan yang sporting nak membantu. Layan gambar ye. Nampak seperti profesional photography team kan? Model pada hari tu. Model upahan. Eh tak bayar upah pun. Di sebalik gambar tu, ada orang yang tolong pegang kan pintu, kalau tak, pintu tu nak tertutup jek. Gitu sekali gaya photographer Gaya tangan Pika nampak macam profesional sungguh. Pika tunjuk kat iPad contoh posing Masing-masing busy dengan tugas masing-masing Diorang ajar cara tangan nak pegang kasut tu Rindu perut bulat Team yang sangat membantu Team yang sporting Terima kasih
Assalamualaikum. 7 December 2023. Sekolah Aisyah Qisya buat sambutan Hari Kanak-Kanak. Tema cerita rakyat. Seminggu juga mummy mencari idea dan siapkan costume. Mula-mula sekali buat pilihan skapa yang kita nak tiru. Mahsuri untuk Aisyah. Puteri Gunung Ledang untuk Qisya. Modal +-RM22 sahaja untuk 2 costume. Costume Puteri Gunung Ledang. Kain maroon untuk corset (RM3.50) Kain chiffon maroon selendang skirt tu (RM3.50) Kertas gold untuk kuku dan details aksesori (RM2.40) Pokok gold untuk hiasan lengan, pinggang dan perut (RM2.40) Selebihnya mummy gunakan bahan sedia ada di rumah. Costume Mahsuri. Tudung, Kebaya, Dulang bahan sedia ada. Selendang lace putih (RM3) Rantai/gelang pearl (RM2) Kain batik (RM5.25) Hiasan kepala (guna baki aksesori Qisya 👆) Artificial padi (FREE jiran bagi) Mummy suka DIY. Macam rantai dan gelang pearl tu adalah hiasan orang letak di dulang hantaran atau deco. Tapi mummy jahit jadikan gelang dan rantai. Satu lagi sebab nak cut cost. Hihi. Aksesori puteri gu
Comments