Thursday, 26 December 2013

Dugaan

Assalamualaikum




Hai. Selamat pagi. Semalam cuti. Bestnya kalau hari-hari cuti.

Entry kalini nak cerita kisah malam tadi. Aisyah demam malam tadi. Sampai ke pukul 4 lebih mummy tak boleh tidur dengan nyenyak. Dugaan. Sudahnya sekarang mummy kat ofis tapi fikiran ke katil je. Hihi. 

Siang tu dia batuk-batuk + selesema sikit. Malam tu dalam pukul 12, suhu badan naik. Terus capai termometer dan sukat suhu. 37.7 darjah. Kool Fever pun kebetulan takde stok kat rumah. Dan dan kan. Terus pergi dapur ambil ACV dan semangkuk air. Pergi bilik ambil stokin dan kain. Buat stokin ACV pakaikan dan kain untuk lap-lap badan dia. Bila kain basah tu kena kat badan dia, marah lah dia. Terpaksa ngempeng kan sambil lap. Bila dia marah meronta, terus peluk dan pegang dia kuat-kuat. Baju mummy pun basah sebab kena kain basah tu dan stokin ACV yang dia pakai tu. Dengan mummy sekali bau busuk ACV. Haha.

Bila stokin dah kering, mummy rendam lagi stokin dalam ACV. Bila kain kat kepala dah tak basah sangat, mummy celup lagi kat air bagi basah. Satu je mummy nak, Aisyah cepat kebah sebab sebab sebab mummy nak tidur. Haha. Eh taklah sebab mummy risau. Pagi ni pun macam hangat-hangat lagi. Tapi dah beli Bye-Bye Fever kat 7e sebelah ofis ni. 

Mummy doakan Aisyah cepat kebah sebab Aisyah anak yang kuat dan antibodi kuat sebab Aisyah minum susu mummy. Hihi. 

Sekian coretan mummy yang mengantuk di ofis dan tangan masih bau masam ACV malam tadi. Haha.
Terima kasih. 

3 comments:

kak kima said...

klo akk, tak suka pakai acv tu sbb busuk sgt..suhu pon lmbt sikit nak turun..hehee..akk suka jerlum dgn air asam jawa, busuk jugak tp takla sebusuk acv dan tak melekat baunye..haha..yg akk prasan, suhu cpt sikit turun..sesuai dgn luthfi kot..stokin buat stokin lemon, harummm..

Nur Mardhati Nabila said...

kat rumah xde asam jawa pulak. lar guna lemon pulak. kak, xpe kan kaki baby kecut sbb pakai stokin basah tu?

kak kima said...

Aah..guna lemon pon boleh..aritu akk beli lemon, tokey tu pon ade bgtau lemon bagus buat ubat demam..takpe, kaki kecut tu biasalah..klo suhu die dah turun, blehla rest sekejap dari pakaikan stokin basah tu..klo dah kering dan tanak basahkan lagi, cabut stokin tu..jgn dibiarkan die pakai stokin kering nnt panas tak keluar..

Just sharing..
http://hello-zura.blogspot.com/2013/09/rawatan-utk-demamselsemabatuk-socks.html?m=1