Tips Menangani Anak Yang Suka Menjerit

Assalamualaikum

Start dari Selasa malam Aisyah got flu. Kesian dia. Asyik meleleh jek. Tapi mukus cair bukan pekat. Sampai hari ini masih selesema. Agaknya cuaca sekarang yang sejuk, tu yang datang selesema. Tambah lagi, daddy dia pun selesema juga. Nasib mummy baru lepas sihat dari selesema dan batuk. Sakit tu penghapus dosa. Alhamdulillah.

Aisyah malam tadi masa ambil dia dari rumah pengasuh, asyik menjerit. Entah apa yang buat dia teruja. Memang lah nampak comel tapi Bella tak suka kalau nak biarkan dia gitu. Nanti nak bawa pergi majlis apa-apa susah kalau dah biasakan begitu. Sebelum ini masa Aisyah bayi dan tak pandai menjerit-jerit, Bella ada terbaca cara menangani anak yang suka menjerit. Tapi takde lah catit, just simapan dalam hard disk kepala. Tapi hard disk ni low quality jadinya sudah hilang sikit-sikit. Hihi. Tapi adalah ingat dua tiga perkara.

Cara menangani anak yang suka menjerit:

1. Peluk anak. Sejurus dia menjerit, peluk dan katakan perasaan sayang kita kepadanya dan faham perasaannya. Tenangkan dia dengan kata-kata kasih sayang. Bacakan ta'awuz (A'uzubillah hi minasyaitan nir rajim) agar syaitan tidak mengambil kesempatan ke atas anak dan diri kita.

2. Cakap secara lembut kepadanya, menjerit boleh menganggu jiran, kawan dan sebagainya. Berpesan kepadanya "Mummy suka kalau Aisyah tak menjerit" (lebihkan ayat positif dari negatif bila bercakap dengan anak). Seperti Bella, Bella cuba sedaya upaya untuk KURANG kan penggunaan perkataan JANGAN. 

3. Mungkin sudah lama tidak membawa anak bermain diluar (outdoor). Anak dapat mengekspresikan diri apabila bermain diluar. Mereka boleh menjerit, melompat, berpeluh dan sebagainya. Jadi tenaga negatif yang tersimpan dikeluarkan dengan cara yang sihat. 

4. Sebagai ibu bapa kita menjadi role model buat mereka. Kita perlu menunjukkan contoh yang baik. Kalau kita tak nak dia menjerit, jadinya kita pun kena lah elak untuk menjerit depan dia. Kurangkan marah dan menjerit pada anak. Kalau terlalu marah lepaskan bukan didepan anak. Kerap marah akan menyalurkan tenaga negatif dalam diri anak.

5. Jika anak mempunyai patung atau toy kegemaran yang dia sayang, gunakan benda tersebut sebagai puppet. Lakonkan seperti puppet itu meminta dia agar tidak menjerit. Jika ada buku yang ada gambar telinga dan mulut, biarkan puppet bercerita apa akan terjadi kepada telinga dan tekak jika dia terlalu suka menjerit. Apabila menggunakan karakter mainan untuk mengajar anak kecil, mereka lebih berminat dan mudah faham. Insyaallah. 

6. Berdoa. Jangan lupa berdoa pada Allah agar anak kita berubah kepada yang baik. 

*Tips di atas ada yang memang Bella amalkan dan ada yang Bella baru buat research.
*Tujuan entry ini sekadar untuk berkongsi tips bersama mummy daddy millenium diluar sana. 
*Semoga entry ini bermanfaat buat semua.

Semoga Aisyah menjadi anak yang solehah ke akhir hayat

Iqra' ni bukan sahaja perlu dikhatamkan, tapi perlu juga dimakan dan dihabiskan.


Menjerit kembali kepada anak bukan jalan terbaik untuk menangani anak seperti ini. Malah, ia semakin menggalakkan mereka untuk meneruskan perbuatan tersebut. 

Sila kongsikan tips anda juga sekiranya ada.
Terima kasih sudi membaca.

Comments

Popular posts from this blog

Aisyah Safiyyah Azzahra

[Di Balik Tabir] Photoshoot Anugerah Cinta

Sambutan Hari Kanak-Kanak (Tema Cerita Rakyat)