Wednesday, 18 December 2013

Weekend With Family 1

Assalamualaikum




Bila buat coding dan asyik keluar error, dan kita tak tahu errornya di mana, itu akan membuat kan kita rasa geram. Bila geram mula lah nak jengah FB, nak jenguk blog. Kebetulan bawa cable aipong. Dapatlah update blog dengan entri bergambar. Hihi.

Minggu lepas kan Bella attend kursus ISO. Kursus tu habis awal jadi dapatlah meluangkan masa bersama keluarga kecil Bella. Suami dan anak. Lepas suami ambil Bella kat UTM, kitorang pergi makan pisang goreng Taman U, pastu pergi U Mall, Skudai. Sebab ada benda yang Bella nak cari. 

Selain tu suami ajak tengok wayang. Tapi tak tahu movie apa nak tengok. Sebab banyak juga movie yang kitorang nak tengok. Hunger Games, Frozen dan The Hobbit. So sampai-sampai suami terus naik atas beli tiket. Dia call beritahu yang ada cuma Frozen dengan The Hobbit. Bella pilih Frozen sebab boleh Aisyah tengok sekali. Hihi.

Oklah, layan gambar ye.

Aisyah bosan giler agaknya bila mummy asyik bergambar.

 Ha nampak. Muka Aisyah selamba jek. Mummy jek syok sendiri senyum sorang-sorang.

 Aisyah main tasbih. Tu jek benda yang mummy jumpa dalam beg mummy yang sesuai untuk Aisyah. Mummy lupa bawakkan mainan Aisyah. 

Anak yang tersangat penyabar. Bella tak tahu mana datangnya tahap kesabaran dia yang tinggi ni.

Kata Wani (kawan Bella), headband Aisyah tu macam antena. Mummy beli mahal-mahal dia kata gitu. Sampai hati. Hihi

Lepas beli tiket, pergi karoke memandangkan lama tak melontarkan suara katak ni. Di samping tu suami nak tidur dalam tu. Tapi masuk je bilik tu, dia yang macam excited lebih, ambil mic, terus pilih lagu Sandiwara Cinta - Republik. Sejak-sejak setiap pagi dengar radio dalam kereta, tu yang tahu lagu ni. Hihi.

Cara untuk mengelakkan Aisyah terkejut dengan bunyi muzik dan suara katak mummy daddy. Hihi. Tapi kitorang guna volume yang sederhana jek. Konon-konon nyanyi kat bilik air.
 
Daddy dan Aisyah

Mummy dan daddy yang blur...

Lepas habis sesi berkaroke, kitorang pun naik lah ke atas untuk menonton Frozen.

Cerita yang menarik. Bella bagi 5 bintang. Bella tengok yang english version. Bella tak tahu lah best ke tak kalau yang Malay version. Mungkin kurang feel sikit kot.

Tadi kan awal-awal Bella ada beritahu yang Bella ke sini sebab nak cari benda kan?
Sebenarnya cari costume untuk birthday party Aisyah. Alhamdulillah jumpa yang berkenan dan beli walaupun harganya lebih daripada budget.

2 comments:

norhidawani mohamed said...

kesian Aisyah kena pkai antenna. mummy ni apela...hahhahaha

Nur Mardhati Nabila said...

takleh bla antena. tp bila ko ckp gitu kan/baru aku sedari..hihi