Perubahan Selepas Berkahwin

Assalamualaikum

Banyak perubahan yang akan berlaku selepas berkahwin. Tak kira ke atas lelaki atau perempuan. 
Setuju? Ok, Bella setuju sangat.

Ini antara perubahan-perubahan yang berlaku ke atas kebanyakan orang:

1. Sikap
2. Penampilan
3. Makanan
4. Movie
5. Lagu
6. Masa
7. Kepakaran
8. Politik
9. Saiz badan

Bella akan cuba huraikan mengikut pengalaman dan keadaan Bella. Sekadar perkongsian ye. 

1. Sikap
Sebelum berkahwin, Bella ni jenis yang asyik moody jek. Kesian mama ayah dan family kena melayan kerenah Bella. Tapi Alhamdulillah selepas berkahwin lebih matang dan penyabar. Eh yeke? Yela kot. Kakak no 2 perasan perubahan tu.

Sumber: Google


2. Penampilan
Tak banyak beza sebelum dan selepas kahwin. Tapi sebelum beli baju ke kasut ke biasanya akan tanya suami dulu. Ok ke tak. Lawa ke tak. Dulu dia macam tak pandai nak bagi komen. Tapi Alhamdulillah sekarang ni boleh lah bagi komen sikit. Tapi jawapan dia pendek gini jek. 

Contoh:
Sayang cantik tak ni? ---> Biasa jek.
Ok tak ni? ---> Ok jek.
Nak beli tak ek? ---> Sukati.
Lawa tak? Sesuai tak dengan Ila? ---> Eiiii. (Dengan nada yang konon amat geli. Nak tunjuk yang konon memang tak sesuai dan tak lawa. Hihi)
*Tapi kalau dah banyak tanya, jawapannya ---> ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~(Senyap dan jungkit bahu)
Haha geram kan... :|

Bukan dulu pakai skirt sekarang pakai skirt jugak.
Nak tunjuk yang penampilan tak banyak beza sebelum dan selepas kahwin.
Sumber: Google


3. Makanan
Ni memang banyak sangat perubahan. Dulu kegemaran tomyam dan laksa. Pergi lah mana-mana restoran pun. Mesti order bihun tomyam. Laksa pulak kalau pergi pasar memang tak lupa beli. Kat rumah selalu masak laksa atau tomyam bodobodo (tomyam takde isi hanya kuah). Tapi sekarang kat rumah masak selain benda tu. Kalau buat pun kadang-kadang jek kalau time ada bahannya. Sekarang ni apa kegemaran suami dah jadi kegemaran Bella juga.
Sup daging
The Chicken Rice Shop (TCRS)
Daging masak lemak cili api
(ada lagi tapi tak ingat apa benda)

4. Movie
Sekarang tak pandang cerita melayu. Cerita omputih jek layan. Cerita yang memang tak minat nak tengok dulu, tapi sekarang cerita tulah menjadi fevret Bella. Cerita yang Bella tak tertarik pun nak tengok (wayang), tapi lepas tengok Bella yang lebih excited kata cerita tu best. Hihi
Twilight
The Lord of The Rings
The Avengers
The Hobbit
Thor, Iron Man, Captain America, Spiderman, Batman, Hulk, etc (Semua cerita superheroes)
Pirates of Carribean.
Lone Ranger.
Etc.....
(Ini antara kegemaran suami yang menjadi kegemaran Bella sekarang)


5. Lagu
Bella peminat Dato Siti Nurhaliza sejak Bella darjah 5. Masa tu Siti menang Juara Lagu Purnama Merindu. Lepastu terus fanatik minat dia. Sampai lah sekarang. Semua lagu-lagu Siti adalah fevret Bella. Sekarang pun masih lagi cuma dah bertambah koleksi lagu fevret. Suami suka lagu-lagu Yuna dan beberapa lagu Inggeris. So Bella pun secara tak langsung terminat lagu-lagu tu juga. Hihi. 

Siti, Yuna, Katherine McPhee, Ketty perry, Paramore


6. Masa
Tak banyak perubahan.


Sumber: Google


7. Kepakaran
Dulu tak pandai masak LANGSUNG (laksa dan tomyam terkecuali). Suami pula suka makan lemak cili api. Mula-mula dulu memang fail lah. Tapi suami jenis makan saja even rasa pelik. Bella tanya feedback baru lah dia komen. Tapi bila dia dah komen, Bella pulak emo. Hihi. Sekarang improve dah lemak cili api Bella. 
Satu lagi, Bella sekarang ni pakar dalam datang lambat ke kelas atau ke tempat kerja. Lambat bukan sikit-sikit. Setengah jam punya lambat. Melampau. Hihi. 

8. Politik
Kami berbeza dalam politik. Dia sokong A, saya sokong B. Kadang-kadang ada percanggahan pendapat sikit-sikit, Tapi takde lah sampai bergaduh. Hihi

Sumber: Google

9. Saiz badan
Yang ni Bella maintain. Tak naik, tak juga turun saiz nya. Even lepas bersalin pun. Alhamdulillah. 
Cuma suami jek membesar bagaikan johan. Tapi suami maintain comel.

Comel tak kak ton?
Sumber: Google

Penat edit gambar guna Paint hari ini. Hihi.
Kabel iphone tertinggal jadinya tak dapat nak update cerita sabtu dan ahad hari tu.
Ok bye.

Sekian.
Terima kasih.








Comments

lieyalatif said…
setuju sgt2...byk bezanye....lagi2 bile dah ade anak2...moga kite sentiasa bahagia dlm dunia rumahtangga....
Bella said…
Amin. Insyaallah. Kak, suka blog akak.
Tunjuk ajar ku, sifu! hihi
Unknown said…
Memang sokong sgt.. Bella da banyak perubahan.. I pun selalu jadikan bella contoh tau.. hehe.. contoh yang baik..

Popular posts from this blog

Aisyah Safiyyah Azzahra

[Di Balik Tabir] Photoshoot Anugerah Cinta

Sambutan Hari Kanak-Kanak (Tema Cerita Rakyat)