Kisah Weekend Lepas

Assalamualaikum

Hai. Entry ni nak cerita pasal weekend kitorang (Bella, suami dan anak) di Melaka. Apa kitorang buat kat Melaka? Hihi bukanlah berjalan atau bercuti. Kitorang attend majlis kahwin sepupu suami. Umairah anak Mak Tam. Rumah diorang kat Bukit Katil, Melaka. Kitorang gerak dari JB hari Sabtu dalam pukul 1 petang lepas siap kemas rumah dan barang-barang semua. 

Aisyah tidur kejap je dalam kereta

Bila boring Mummy ajak Aisyah amik gambar

Ajak Daddy sekali

Aisyah main selendang yang Mummy dah gosok siap-siap dari rumah.
Memang best giler bila dapat berkumpul dengan sedara-mara belah suami sebab semuanya kecoh, havoc dan bersatu. Bila gelak satu Melaka boleh dengar. Hihi. Tapi tu yang best dan membuatkan hubungan antara mereka sedara-mara bertambah rapat. 

Copet gambar dari FB diorang

Umairah ni nikah petang Sabtu lepas Asar. Nasib baik sampai awal dan dapatlah tengok dia nikah. Cantik sangat make up pengantin sebab mungkin kulit dia bersih jadi hasilnya pun cantik la kan.
Aisyah makan petang masa Mak Ngah dia nikah
Tu pengantin yang pakai baju kuning dan tutup muka ala-ala orang Arab. Hihi. Cantik.
Hantaran dari pihak lelaki dan perempuan. Kuning dari perempuan. Merah dari lelaki.
Malamnya ada malam berinai. Biasalah kan. Ada pertunjukan (ceh pertunjukan) bunga api buluh lagi. Bunga api ni dia tempah mana entah, tapi Melaka juga. Tapi memang cantik la. Pernah tengok masa rumah mak mertua kat Sg Buloh. Mase tu adik ipar kahwin. Kali ni punya bunga api Bella tak dapat tengok sangat sebab tengah suap Aisyah makan. 

Ha lebih kurang ni lah. Bukan ni saja, ada 2,3 bentuk lagi.
Sumber: Google Image

Ha tu pengantin comel. Bercucuk sanggul lagi.

Aisyah sedang menikmati makan malam sambil melihat pertunjukan
bunga api disebalik bumbung khemah. Hihi. Nampak sikit jek.

Ada bacaan selawat. Bagus kan?
Kalau kat Johor ada majlis berzanji/khatam 

Aisyah ganti pengantin

Pagi Ahad pula bersiap-siap untuk majlis besar. Bella tak tolong apa pun. Tolong menyebuk kat dapur masa sepupu-sepupu sediakan makanan pengantin. Kreatif tau sedara mara Bella ni. Cantik diorang buat hiasan untuk makanan pengantin. Gambar tak ada. Hihi. Si Aisyah, mummy baru nak siapkan makanan lunch dia, dia tidur pulak. Agak lama anak dara ni tidur. Agaknya sebab bangun awal pagi tadi.
Bella bawa kerusi bayi Ikea tu tapi tak pasang kaki.
Kalau biarkan Aisyah ni kat lantai, habis semua benda dia nak panjat dan jelajah.

Redha bila kena duduk dalam tu. 
Gaya tidur model
Lagi gaya model
Pengantin dah siap
OOTD
Pemilik darihatibella.blogspot.com

Bila Aisyah bangun, mummy siap-siapkan dia, tukar baju dan diaper. Masa ni mama ayah Bella call kata diorang dah sampai. Mama ayah pun attend majlis ni. Pastu suapkan Aisyah makan. Biar anak makan dulu. Mummy makan lambat pun tak pe. Asal anak dah kenyang. Hihi.
Lunch time
Ha tu mama dan ayah Bella.
Majlis ni mak ayah mertua Bella yang masak. Bermaksud mak ayah suami. Bermakna nenek atok Aisyah. Dibantu oleh sedara-mara yang havoc ni. Makanan masa majlis ni pun sedap. Yang penting ada rebung masak lemak. Ada lori aiskrim lagi. Kata Mak Tam dia tempah kat Mydin. RM400 untuk 500 batang. Ok sangat kan. Tapi tak sempat nak merasa lori tu da balik. Ada buah-buahan tempatan lagi. Dukong dan rambutan. 

Umairah ni pun orang nya kelakar dan banyak cakap. Pengantin yang ceria. Masa buka hadiah malam tu lepas majlis siang tu, si Umairah ni asyik melawak jek. Suami dia diam jek. Moga Umairah menjadi isteri yang solehah dan hubungan kekal bahagia ke Syurga.

Majlis ni juga best sebab dapat jumpa kak Laila yang Bella da kenal melalui YM dan bersambung di FB. Kenal hanya di alam maya selama 4 tahun kerana satu peristiwa tapi tak pernah bersua muka. Kebetulan kak Laila ni kawan dengan Umairah dan Nabila (adik Umairah) ni. So Bella minta diorang jemput kak Laila sekali. Dapatlah berjumpa kan. 

Bella dan Kak Laila

Layang gambar selebihnya kat bawah ni. 
Masa ni hantar mama ayah nak balik ke kereta
Mummy dan Aisyah
LOVE (tengok tangan Bella).
Husband request ambil gambar dia tengah lambung Aisyah.
Ni jelah yang Bella mampu ambil.
Bukan cameraman pro. Hihi


Sekian.
Terima kasih.

Comments

Popular posts from this blog

Aisyah Safiyyah Azzahra

[Di Balik Tabir] Photoshoot Anugerah Cinta

Sambutan Hari Kanak-Kanak (Tema Cerita Rakyat)