Praktikal.WincomItSolution.Terbaik

Assalamualaikum

Di dalam kengantukan dan ketidak semangatan, tiba-tiba bos panggil. Rupanya dia nak bagi cek elaun. Hihi. Setiap kali pemberian cek elaun (student praktikal) atau gaji (staff) dia akan panggil sorang-sorang masuk bilik dia. Tujuannya dia nak tanya masalah, idea, perkembangan berkaitan kerja. Kalau student praktikal dia akan tanya mengenai apa yang kita dapat atau belajar dari sini. 

Bila dapat cek, semangat datang dengan tidak semena-mena. Walaupun takde banyak mana tapi rejeki (orang jawa) la kan. Alhamdulillah. Tadi bos cakap, hasil kerja Bella antara yang sukses sebab sekarang digunakan oleh semua staff kat sini. 

Task List System ni sistem yang digunakan oleh staff-staff kat Wincom IT Solution ni je. Pada awalnya, semua orang tak nak gunakan sistem ni. Diorang lebih senang dengan ASANA. Tapi lepas Bella dan Atika enhance dan upgrade, sekarang semua guna. Alhamdulillah. Tapi sekarang ni pun still buat enhancement kalau ada request dari siapa-siapa.

Bos tanya juga lepas grad nak buat apa. Mungkin dia nak tawarkan kerja kot (eceh perasan). Tapi Bella plan tak nak kerja as programmer after this. Tak nak wajah kelihatan tua dari usia. Hihi. Plan nak sambung master n then jadi lecturer. Bos sempat mengingatkan untuk suruh student Bella tu datang praktikal kat company dia. Lama lagi kot bos. Hihi. Tapi lepas ni pun Bella akan promote WINCOM IT SOLUTION SDN BHD ni kat orang lain sebab tempat ni bagus. Dia memang nak kita belajar. Kerja untuk budak praktikal pun sentiasa ada. Takde lah kita menganggur/melangu je datang ofis. Colleagues pun tak kedekut nak share ilmu dan knowledge yang diorang ada. Lepas tu bos sentiasa suruh kitorang (budak praktikal + staff) ni improve communication skills. Sebab dia tengok kitorang ni kurang communicate each other. Hihi.

Elaun kat sini dapat RM250. Tapi kalau ada cuti ke apa ke, tolak la sikit. Hihi. Objektif praktikal untuk dapatkan ilmu, bukan income. Tapi kalau dapat lebih tu rejeki. Macam kawan Bella elaun praktikal dia RM1000. Besar dan sama besar dengan syarikat tu. Petronas. Hihi. Rejeki masing-masing. Bersyukur seadanya. 

Alhamdulillah atas segalanya.

Gambar-gambar bawah ni gambar outing weekend lepas. Tengah menerai barang baru. Akan up entry about that product soon. Berbaloi-baloi.






Ok la. Sampai sini je. 
Terima kasih.

Comments

Popular posts from this blog

Aisyah Safiyyah Azzahra

[Di Balik Tabir] Photoshoot Anugerah Cinta

Sambutan Hari Kanak-Kanak (Tema Cerita Rakyat)