NAIK

Assalamualaikum

Banyak berita, kisah dan cerita yang kita dengar lately pasal rompakan yang membawa kepada jenayah dan pembunuhan. Setiap kali keluar rumah, rasa takut tu sentiasa ada. Macam hari tu pergi Sony Center di Century Garden, JB. Kedai tepi jalan bukan dalam shopping complex. Setiap orang yang masuk, Bella rasa berdebar sangat. Yela kot-kot dia nak merompak kedai tu pastu tak pasal-pasal kita terbabit. Takut. Hati tak putus berdoa. 

Banyak jenayah berlaku sekarang ni mungkin sebab kesusahan hidup. Kos sara hidup semakin tinggi. Semua naik. Minyak naik. Tarif elektrik naik. Gula naik. Cukai GST lagi. Nasib baik badan aku tak naik. Hihi. Masalah kewangan ni kadang-kadang boleh buat orang sakit mental. Sebab tu kadang-kadang orang sanggup buat apa sahaja demi wang. Sanggup bunuh, sanggup dera, sanggup gadaikan maruah, sanggup lah apa saja. 

Setiap masa kena hati-hati. Tak boleh nak berbaik sangka atau berfikiran positif terhadap orang lain. Kesian hati kita sentiasa negatif dan buruk sangka. Tapi nak buat macam mana. TERPAKSA. 

*Kepada para penjahat diluar sana, berhentilah buat benda tu. Kalau takde duit minta lah sedekah dengan cara baik. Janganlah bunuh orang, tembak orang, dera orang sesuka hati. Hati korang ni keras macam batu kan. Tak terfikir ke keluarga dan sahabat orang yang korang bunuh tu. Kesian tau. Kita nak cubit orang pun tak sanggup (tapi kita selalu gigit tangan suami bila geram dengan muka Aisyah yang comel sebab nak gigit Aisyah tak boleh). 
"Ya Allah kembalikan keamanan di negaraku"

Sekian
Terima kasih.

Comments

Popular posts from this blog

Aisyah Safiyyah Azzahra

[Di Balik Tabir] Photoshoot Anugerah Cinta

Sambutan Hari Kanak-Kanak (Tema Cerita Rakyat)