Weekend With Family 2

Assalamualaikum
Selamat hari Khamis.

Tadi kat FB ada kawan post video pasal penjaga taska dera budak. Bangsa cina rasanya. Tapi Bella tengok 3,4 saat jek. Pastu close. Tak sanggup nak tengok. Ish ngeri. Jahat lah diorang ni. Kesian budak-budak kat sana. Diorang tak tahu nak lari mana. Kalau tak nak kerja, berhenti kerja, tutup taska, jual power bank. Ha kan tak berdosa malah mendapat rezeki yang halal. Betul ke idok?

Sebenarnya entry ni sambungan dari entry sebelum ni. 

Hari Ahad , kursus ISO tu habis dalam pukul 1230. Memang kalau boleh nak habis awal sebab Bella dan suami nak pergi majlis kahwin kawan kitorang kat Benut. 

 Sori tuan tanah berselfie.

Ok masa ni da sampai rumah kawan. Ni majlis kahwin Faizol dan Kak Fatty. Pengantin lelaki yang kat wheelchair tu. Pengantin perempuan kat pelamin. Bukan pengantin bergaduh cuma yang perempuan tu tengah bergambar kot. Kesian Faizol baru lepas accident. Patah tangan dan kaki kot.

Anak dara sorang ni, bila jumpa lantai tak tahu duduk diam. Yelah agaknya penat kot sejam lebih duduk dalam carseat jek.  

Ha ni pulak pelamin diorang. Simple dan cantik. Suka part lantern yang digantung-gantung.
Balik dari rumah pengantin, Bella ajak suami pergi Aeon Kulaijaya. Jalan-jalan cuci mata dan duit. Hihi.
Default face Aisyah. Kening berkerut tanpa senyuman.
Habit minah ni buat lidah gitu. Bella panggil "lidah tersentil".

Suami setiap kali datang Aeon Kulaijaya ni mesti singgah sini. Bahagian IT.
Lepas pergi bahagian IT ni, kitorang cari surau nak solat Asar. 

Seronok dapat keluar dari stroller.

Aisyah salah pandang camera.

Mummy dan Aisyah sementara tunggu daddy siap sembahyang. Sembahyang gilir-gilir atas sebab keselamatan. Hihi.

Aisyah dan mummy tanpa mata.

Salah satu sebab suami tak menolak bila Bella ajak datang Aeon Kulaijaya adalah.......
The Chicken Rice Shop. His favourite and my favourite too.

Serah kat dia je nak order set apa.

Aisyah lena dibaui mimpi.

Big Boss...

Ni makanan yang suami order. Try menu baru Grilled Butter Chicken. Masa ni suami pergi toilet kot. Lepas tu bila dia duduk semula, dia kata "Ei sakit mental." (sebab nampak Bella tengah ambil gambar makanan). Suka hati jek. Hihi.

Cantik stage ni diorang hias sempena Christmas.

Ni pun cantik sebab ada pintu gitu. Macam maharaja lawak punya konsep.

Masa ni suami baru lepas solat maghrib. Masa makan Bella siap dulu so Bella solat lah dulu. Bila dia dah siap makan, bayar lepastu baru dia pergi solat pulak.

Ni Bella jerit kat suami kata "Sayang, jangan gerak". Hihi. Dia pun layan kan je.

Naik tingkat atas lalu depan Focus Point. Suami memang dah lama berhasrat nak tukar cermin mata. Jadi singgah lah kejap tengok-tengok kalau ada yang berkenan. Dia nak frame penuh warna hitam dan stylo sikit. Ecehcehceh stylo konon. Macam tak sesuai orang IT nak stylo mylo. Tapi dia yang nak beli, Bella yang penat tawaf satu kedai, cari kan yang betul-betul ikut citarasa dia. Biasalah kan orang perempuan memang gitu..


Pilih jangan tak pilih.

Cek mata.

Cina tu terangkan keputusan mata suami.

At last jumpa yang dia suka dan sesuai. Alhamdulillah. Tapi kena tunggu 3 hari. Tak boleh siap on that time sebab hampir pukul 10. Orang kedai nak balik. Hihi.
So lepas ni no more Azwan skema. Yang ada Azwan stylo mylo. 

Sekian.
Terima kasih.









Comments

Popular posts from this blog

Aisyah Safiyyah Azzahra

[Di Balik Tabir] Photoshoot Anugerah Cinta

Sambutan Hari Kanak-Kanak (Tema Cerita Rakyat)