Monday, 23 December 2013

OSHE Yang Membuat Aku Takut

Assalamualaikum




Morning.Monday.Mendung.

Ni kisah kursus OSHE weekend lepas. Alhamdulillah sekali lagi mendapat fasi yang sangat best. Alhamdulillah juga tak mengantuk sepanjang kursus. Fasi kali ini banyak bercerita kisah dunia. Dulu dan kini. Tetapi still berkaitan dengan OSHE. Titanic, Andalusia, World War, McDonalds, etc. Beliau seorang yang banyak ilmu dan pengalaman. Rasa kerdil sangat jika dibandingkan dengan beliau. Sebenarnya fasi kali ini pengganti fasi asal (Mr Aziz) sebab fasi asal outstation. 

Mr Aidil Adha Sulaiman.
Dia kata senang je nak ingat nama dia. Hari raya. Hihi. 

Bila dah habis kursus ni, rasa bersyukur sebab tak masuk bidang yanng dikelilingi bahan kimia, ubat-ubatan dan keadaan berbahaya. Tak dinafikan semua pekerjaan ada risiko tersendiri. Tapi bidang IT rasanya teramat rendah risikonya. Kursus ni memberi kesedaran betapa pentingnya keselamatan dan kesihatan semasa bekerja. Tanggungjawab majikan dan pekerja. 

Jika mengabaikan keselamatan dan berlaku kemalangan ditempat kerja, bukan sahaja mangsa terlibat, malah isteri, anak dan keluarga mangsa pun terlibat. 

Dia ada tunjuk video The Story of Bong. 
1. Bong lumpuh selepas kemalangan di tempat kerja. Isteri yang dulu tak kerja, sekarang kena kerja untuk menyara keluarga. 
2. Keluarga yang dulu bahagia, sekarang tak bahagia sebab isteri balik kerja penat dan lepaskan tension dengan cara marah-marah. Marah anak dan suami. 
3. Anak perempuan berhenti sekolah sebab nak jaga adik. Mak terpaksa pergi kerja. 
4. Bong tertekan.
5. Bong rasa menyesal dan bersalah sebab kecuaian diri sendiri.

Ada video lain dia tunjukkan:
1. Orang kodong tangan sebab nak betulkan barang yang tersangkut kat mesin. 
2. Perempuan rosak mata sebelah sebab tak pakai goggle ke apa masa nak tuang cecair berbahaya. 
3. Banyak lagi tapi tak ingat da contoh yang lain. Hihi

Masa buat group exercise, group Bella dapat aktiviti orang sedang menggunakan forklift. Lepas discussion, baru Bella sedar yang forklift ni berbahaya. Sebelum ni biasa nampak forklift dekat Giant, Tesco, Jusco dan tak pernah ambil kisah pun pasal keselamatan diri. Pernah terfikir "Ala takkan lah diorang tak nampak aku dan nak langgar aku". Kata fasi, kadang-kadang pemandu forklift tak perasan atau barang yang dibawa menutup pemandangan pemandu tu. Jadinya kemungkinan nak terlanggar orang tu ada. Ha gitu. Takut kan?

Semua perkara kita perlu ambil berat dan ambil kisah. Even pergi bercuti kat hotel mana-mana pun perlu ambil tahu laluan kecemasan jika berlaku kebakaran atau apa-apa. Sampai macam tu sekali. Nak bina kilang pun kena bincang dengan penduduk sekitar. Contoh kes yang berlaku melibatkan penduduk. Bhopa Disaster, Sg Buloh Firework Disaster dan Minamata disaster. Disaster ni semuanya melibatkan penduduk sekitar. Korang search sendiri lah pasal disaster ni semua dan kesan kepada orang ramai. Kalau dapat cari video berkaitan lagi best kot. 

Sorry kalau ada yang bosan baca kisah kursus OSHE ni. Tapi saja nak berkongsi dengan korang semua. Sharing is caring kan? Korang-korang yang kerja dalam industri terutama kilang dan lab, WAJIB utamakan keselamatan. Jangan sesekali ambil mudah. Ikut peraturan. 

Kalau peraturan mengatakan perlu pakai glove, pakailah.
Kalau peraturan mengatakan perlu pakai mask, pakailah.
Kalau peraturan mengatakan perlu pakai tali keselamatan, pakailah.
Bong yang lumpuh tu sebab panjat tempat tinggi sikit tak pakai tali keselamatan. Niat nak menolong kawan je. Akhirnya diri tergadai. Wah gitu!

Layan gambar tuan tanah sikit. Sikit je. So tahap annoying korang tak lah tinggi mana nanti.

Hari pertaman.

Hari kedua.

Ummu (tiada dalam gambar sebab pergi toilet).Bella.Saidah.Syira.
Kawan dunia akhirat. InsyaAllah.

Berhati-hati dalam setiap tindakan yang anda lakukan. 
Safety first.

Ok. Sekian.
Terima kasih.

1 comment:

Tinta Nashaq said...

Ni ambil gbar guna sony tu ke??? Leh petik dari jauh eh??