ISO 9001:2008 QUALITY MANAGEMENT SYSTEM REQUIREMENT


 Assalamualaikum




Hai selamat pagi semua. 

14 dan 15 December lepas Bella dan rakan-rakan attend kursus ISO. Kursus ni wajib dihadiri sebelum grad. Ada 5 kursus yang wajib. ISO, OSHE, How To Manage Your Personal Finance, TECS dan How To Get Yourself Employed. So far Bella baru ambil satu kursus. Hujung minggu ni baru nak attend kursus kedua iaitu OSHE. OSHE ni sebutannya OSH tau. Hihi.

ISO 9001:2008
 Ok Bella nak ceritakan pengalaman ambil kelas ISO tempoh hari. Alhamdulillah, seronok kelas dengan fasi Mrs Noraziah Sharuddin. Bella recommend sangat korang yang nak ambil kursus ISO, ambil dengan dia. Cara dia terangkan best, kurang mengantuk (kalau dia tengok ramai mengantuk, dia akan buat case study), banyak bercerita dan beri contoh (memandangkan dia pelopor ISO di UTM) membuatkan kita yang zero ISO ni boleh faham ISO (sikit-sikit takdelah sampai jadi master ISO). Satu lagi part paling seronok dia tanya kita nak balik pukul berapa. Ofkos la jawapannya pukul 12 atau 1 kan. Kalau ikut jadual pukul 4 kot. Hihi. Hari pertama kitorang balik pukul 1.30, hari kedua pukul 12.30. Tapi walaupun balik awal, syllabus tetap habis. Siap dengan 3 case study kitorang cover. 

Fasi yang best dan banyak cerita.
Fasi yang sentiasa bersemangat memberi tunjuk ajar.
Dari kiri: Syira (orang yang sentiasa busy), Bella, Mrs Aziah (fasi), Wani (orang jauh), Saidah (driver)

Tak kenal pun diorang ni. Tapi saja ambil gambar sebab diorang pun ada
masa kitorang nak tangkap gambar. 


Ni masa hari pertama. Baru lepas lunch.
Ni driver yang kurang bertauliah sebab bila nak ambil gambar boleh pulak sibuk nak pandang kamera.
Tapi yang ni dia tak pandang sebab dah kena marah dengan Bella. Hihi
Orang jauh (tudung biru) tu sibuk no dengan teh ais meranti dia.
Ok la tu dapat tunaikan permintaan minah tu. 
Kami. Masa ni Syira takde sebab dia kan orang yang paling busy. Sibuk sangat nak balik bilik dia. Ada keje katanya. Masa ni kitorang otw nak pergi farmasi dan beli pisang goreng.
Ni hari kedua. Ramai dah keluar. Tinggal kitorang dan beberapa orang sahaja tinggal sebab nak bergambar. Hihi.

Sebenarnya geng kitorang ni ramai lagi. Tapi yang amik ISO pada hari tu kitorang 4 orang jek. Yang selebihnya ada yang dah ambil, ada yang jauh (sebab praktikal), dan lain-lain alasan. Hihi
Semoga kursus hujung minggu ni best jugak. Amin.

Sekian.
Terima kasih.

Comments

Popular posts from this blog

Aisyah Safiyyah Azzahra

[Di Balik Tabir] Photoshoot Anugerah Cinta

Sambutan Hari Kanak-Kanak (Tema Cerita Rakyat)