Such A Drama

Assalamualaikum




Salam Jumaat.
SubhanAllah. Hari tersangat lah drama nya.
Hari ini sebelum pergi kerja kena hantar Aisyah ke rumah pengasuh kat Kulai sebab suami kena pergi ofis. Jadinya keluar rumah kena lah awal sikit daripada biasa. Sampai Kulai dalam pukul 9.20, lambat sangat dah tu. Ofis masuk pukul 9.00. Melampau kan? Dah macam bos pulak. 

Boleh pulak kat jalan Saleng jem sikit sebab satu lane ada orang buat kerja. Lepastu suami sakit perut lepas makan kuih berbiji-biji. Hihi. Dia tanya takpe ke kalau lambat sikit sebab dia nak singgah toilet dulu. Serba salah rasanya. Lambat memang lambat tapi Bella jawab suka hati sayang lah. Kesian juga dengan dia. Dia pun singgah toilet Petronas Senai. Tak lama lepas dia pergi toilet, nampak dia datang ke kereta dengan muka berkerut. Rupanya belum buang pun lagi sebab ada orang dalam toilet tu. Kesian sangat. Tapi tulah pengorbanan suami semata-mata nak hantar isteri ke ofis. 

So teruskan perjalanan sampai lah nak keluar highway. Nak bayar tol kat Tol Kempas. Lorong tunai panjang berjela. So gamble jelah masuk lorong TnG yang boleh topup tanpa ada kredit dalam kad TnG kitorang. Hihi. Selalunya kitorang buat gitu, dia kasi jek topup even belum pukul 10.00. Tapi hari ini nasib kurang baik. Mamat jaga tol tu kata, tak boleh topup sebab belum pukul 10.00. Dia kata abang kena bayar kat belakang tu, tinggal kereta sini. Mak aih. Geram betul aku dengar. Dah lah jauh giler sebab lorong TnG ni lorong berlapis. So nak kena pergi ke lorong tunai kat belakang tu. Kesian suami. Jahat tau orang tu. Dah lah suami tengah sakit perut, kena berjalan jauh lagi. Pengorbanan suami lagi.
TERIMA KASIH SUAMI UNTUK SEGALANYA.

*SELINGAN
Oh semalam pergi Kulai semata-mata nak tukar saiz kasut yang Bella cerita semalam tu. Alhamdulillah boleh tukar even takde resit. Oh yeah!

Masuk sini untuk tukar kasut Bella je. Jadinya suami malas nak buka stroller. Kitorang pinjam stroller Aeon. Bella nak ambil gambar Aisyah duduk dalam stroller tu sebagai kenangan. Kebetulan kedai kasut tu sebelah dengan kedai dalam gambar tu. Suami kata ha ambil gambar kat sini. Gedik kan. Hihi. Kurang sopan tau.

Dinner KFC je. Tapi tunggu ayam crazy crunch berejam wei. Dia tengah masak. Hihi.

Nampak tak mamat baju kuning belakang tu. Kat situ ramai lagi staff KFC lain. Diorang rajin layan budak. Asyik tegur Aisyah. Siap dukung-dukung lagi.


Ok lah.
Sesi meluahkan perasaan.
Kalau tak luah nanti jadi penyakit pulak dalam badan. Hihi.

Sekian.
Terima kasih.

Comments

Unknown said…
comey nye anak akak dah bpe bulan ni hehehe already follow u B-)
http://diladalglish.blogspot.com/
Bella said…
comel ea? hihi
tq dear...

Popular posts from this blog

Aisyah Safiyyah Azzahra

[Di Balik Tabir] Photoshoot Anugerah Cinta

Sambutan Hari Kanak-Kanak (Tema Cerita Rakyat)