Introducing Solid Food to Aisyah

Assalamualaikum

Alhamdulillah, dah Ramadhan ke 20. Bermakna kita dah masuk 10 malam terakhir. Sedihnya nak tinggalkan bulan yang sangat indah ni. Terlalu kejap menikmatinya.

Aisyah Safiyyah Azzahra Bt Mohd Azwan dah 6 bulan. Bermakna dah boleh perkenalkan dengan solid food. Oh yeah!

Sebenarnya tak lah excited sangat nak bagi dia makan. Tapi nenek Haliza dan mama Ayu dia sibuk sangat suruh bagi makan. Takut sangat cucu@anak sedara dia ni tak membesar dengan sihat. Hihi. Mula-mula ingat nak beli je yang dah siap kat Jusco jenama Heinz tu. Tapi terfikir untuk makanan pertama dia biarlah air tangan mummy dia. So beli Heinz tu sebotol jek untuk standby kalau nak jalan ke, nak balik kampung ke. 

Untuk makanan pertama Aisyah, Bella buat kan puri epal untuk dia. Tapi alahai sikit sangat yang dimakannya. Lepas tu buat muka macam tak sedap benda tu. Kitorang fikir mungkin dia tak suka sebab masam. Jadi, Bella pun buanglah puri yang lebihnya. Dahla guna 2 biji epal untuk buat puri tu. Rasa membazir sangat. 

Lepas bagi puri epal tu, 2 hari stop tak bagi makan apa-apa. Lepas 2 hari tu baru buatkan puri kurma pulak. Yela kurma kan manis, mungkin dia suka. Bella fikir gitu. Puri kurma tu Bella buat lebih sikit untuk 2,3 hari punya. Kali pertama suapkan puri kurma tu, sama juga ekspresi muka masa bagi puri epal tu. Rasa sedih dan stress dia tak nak makan. Tapi kali ini tak putus asa, esoknya suapkan lagi puri kurma tu. Alhamdulillah baru dia nak terima dan telan makanan tu tanpa buat muka yang pelik-pelik. Agaknya memang tulah ekspresi muka bayi bila merasa makanan buat kali pertama. Yela kitorang tak de pengalaman sebelum ini. Hanya mengikut kaedah cuba jaya. Hihi.

Hasil pembacaan, untuk permulaan, kita perlu beri puri dengan satu jenis buah/sayur dahulu dan mengikut 4 days rule. Ini untuk memastikan yang bayi boleh terima makanan tersebut dengan baik dan untuk mengelakkan perut bayi tak terkejut beruk. Yela selama  6 bulan hanya minum susu semata-mata. Hihi. Lepas tu boleh lah cuba dengan kombinasi 2 jenis buah/sayur pulak. Bella belum nak bagi Aisyah bubur nasi sebab nak biasakan dia dengan buah dan sayur dulu. Tunggu lah Aisyah 7 atau 8 bulan nanti baru kenalkan dia dengan bijirin. Bagi ibu-ibu yang nak tambah ilmu mengenai pemakanan bayi, boleh lah rujuk Hsffyb group kat FB. Insyaallah sangat membantu. 

Sebelum Aisyah start makan, Bella adalah buat sikit-sikit persediaan. Sikit jela, tak banyak mana pun. Antaranya:

Wipebale bib
Bib ni untuk bawak jalan (tapi kat rumah pun pakai bib ni jugak). Mudah sebab tak perlu basuh bib hari-hari. Hanya perlu lap kekotoran jika ada. Mula-mula beli bib yang siap ada lengan kat Toys R Us untuk lebih memastikan kekemasan dan kebersihan kononnya. Oleh kerana Aisyah ni kecik lagi, so bila pakaikan bib tu nampak macam robot dah. So beli bib lain through online kat Zucca Bebe. RM15 untuk 3 bib. Tengah ada sale. Alhamdulillah murah. Bib kain ada juga beli masa umur dia 3 bulan dulu. 

Dispensing Spoon
Oleh kerana Bella ni suka kan yang mudah dan ringkas, Bella ambil keputusan untuk beli Boon Squirt Dispensing Spoon. Jimat penggunaan tangan. Hanya satu tangan yang diperlukan untuk menyuap Aisyah. Harga RM 47. Agak mahal tapi pada Bella sangat berpuas hati dengan produk ni. Tapi ianya hanya sesuai untuk makanan yang cair-cair jek. 

Ilmu
Yelah nak buat sesuatu yang baru perlu ada ilmu. Bella ni tak de pengalaman jaga anak. Ni anak pertama, jadinya kenalah tambahkan diri dengan ilmu dan pengetahuan. Dari internet jek, takde lah sampai beli buku bagai. Hihi. 

Pengisar Makanan
Bella tak beli lah yang canggih-canggih tu. Pakai blender yang dapat hadiah masa kahwin dulu. Tak pernah guna pun lagi. Sebab hasil pembacaan, benda ni pakai kejap jek. So untuk menjimatkan duit suami dan duit sendiri, pakai apa yang ada. Bagi sesiapa yang berduit lebih atau terlebih duit, boleh lah beli Baby Bullet tu dan hadiahkan kepada Bella. Hihi. 

Mangkuk dan Sudu
Yang ni Bella tak beli sebab abang Amin dia ada hadiahkan masa Aisyah baru lahir dulu. Benda ni standby jek kalau-kalau nak tukar angin tak nak guna dispensing spoon tu. 

Ha tu jela persediaan yang Bella buat. Ringkas jek dan jimat. Hihi.

Jom tengok reaksi muka Aisyah.

Ni masa pertama kali bagi Aisyah makan - puri epal


Ni kali kedua - puri kurma












Nampak tak kekerutan di wajahnya? 

Hm so far baru 3 kali cubaan memberi Aisyah makan. Harap esok-esok penerimaan makanan lebih baik dari sebelumnya. Semoga Aisyah sentiasa sihat dan tiada alergik pada apa-apa makanan. Amin :D

Terima kasih.











Comments

Unknown said…
tahniah aisyah...akhirnya dapat gak makan...
suhailah hamid said…
comelnye tengok reaksi makan Aisyah, macam-macam mimik muka dia :)

Popular posts from this blog

Aisyah Safiyyah Azzahra

[Di Balik Tabir] Photoshoot Anugerah Cinta

Sambutan Hari Kanak-Kanak (Tema Cerita Rakyat)