Wednesday, 1 January 2014

Jam Merah

Assalamualaikum




Hai semua. Nampaknya tuan tanah darihatibella.blogspot.com tak dapat nak update blog setiap hari sebabnya tuan tanah dah kena tukar tempat duduk macam masa awal-awal masuk sini. Tempat duduk ni orang nampak pe kita buat kat skrin. Kalau sebelum ni, skrin komputer menghadap dinding. Ha gitu.

Ok entry kali ini nak update pasal jam merah. Sambungan entry minggu lepas. 

Sebenarnya ada sebab suami bagi jam merah ni. Aipong Bella selalu simpan dalam beg, kadang-kadang dalam mode silent lagi, pastu bila orang call, memang tak perasan dan tak angkat lah kan dan ini secara tak langsung boleh menimbulkan kemarahan sesiapa pun, lebih-lebih lagi si suami.  Hihi.

Eh, apa kaitan jam dengan aipong mak jemah?
Nak cerita pasal jam ke pasal aipong ni?

Ok ok. Jam merah sebenarnya Pebble Smart Watch. Ala yang macam galaxy gear tu. Macam je tapi tak sama. Pebble ni tak lah secanggih Gear tu. Tapi boleh lah setakat nak menyelesaikan masalah Bella kat atas tu. Kalau ada incoming call dan incoming message, jam merah akan vibrate so Bella alert lah.

Mak jemah, bila orang call, boleh jawab kat jam merah je tak?

Haha. Minta maaf tak boleh lah pulak. Tapi tekan button answer kat jam ni boleh lah. Nak cakap still guna telefon. Kalau tak korang tak boleh nak dengar apa caller cakap. Ha gitu. Yang suami punya boleh tapi dia punya jam belum sampai lagi. Lama dah menunggu. Tapi takpe, nanti bila jam suami dah dapat, Bella akan up entry pasal jam dia pulak ea. Jam dia lebih canggih dari Bella.

Apa lagi jam merah boleh buat?

1. Biasalah dah nama pun jam, mestilah boleh display waktu kan. Selain tu boleh display tarikh sekali. Boleh pilih watchface sekali. Maknanya boleh tukar-tukar watchface lah. Nak analog ke text ke ruler ke bentuk dominoes pun ada dan macam-macam lagi.
Sumber: Google
Ha boleh tukar-tukar watchface macam kat atas tu.  

2. Nak play music yang ada dalam hp korang pun boleh. Tapi sound bukan keluar dari jam ni. Sound still dari hp korang. Dia just sebagai controller je. 

Sumber: Google
Next.Prev.Pause.Play

3. Alarm. Boleh jugak set alarm kat jam merah ni. Tapi dia just vibrate lah. Bella rasa jam ni bisu lah. Pencipta jam ni terlupa nak letak peti suara agaknya. Haha.

4. Kalau ada message masuk, dia akan display message kat situ. Kita hanya boleh baca tapi tak boleh reply.

 Sumber: Google
Contoh message display

5. Function lain tak pasti lagi. Hihi

Kenapa mak jemah pilih merah? Konon hot?

Eh takde lah. Pandai je nak kutuk mak jemah gitu. Sebenarnya suami dah beli baru beritahu. Konon-konon macam nak buat suprise lah agaknya. Dia kata merah kan nampak cam stylo sikit. Hihi. Iyelah sayang tapi kalau hitam mungkin lebih sesuai dipadankan dengan semua baju kot. Tapi dia dah belikan merah, terima jelah. Alhamdulillah. Banyak pilihan warna lain yang korang boleh pilih. Putih, hitam, oren, kelabu dan lain-lain.  

Harga?

Harga sebenar tak ingat pula berapa. Yela sebab bukan duit sendiri yang keluar. Hihi. Rasanya dalam lingkungan 150USD. Convert sendiri lah ye adik-adik mak jemah oii. Hihi. 

Sampai sini jelah penerangan pasal Pebble aka jam merah ni. Sekadar perkongsian ilmu dan pengalaman Bella. Takde niat menunjuk pun. Kalau kalian ada pengalaman smart watch lain, boleh kongsi juga. 

Sekian.
Terima kasih.



2 comments:

Maszie Fatah said...

wahh canggih tu...dpt hadiah tahun baru best gak nie...

Nur Mardhati Nabila said...

beli beli jangan tak beli. hihi