Year End Holiday (Day 1)
Assalamualaikum
Ni nak cerita holiday keluarga Tukimat hujung tahun lepas.
Cerita basi lorh.
Ala tak pela. Baru kesempatan nak update.
Maafkan tuan tanah.
Percutian kalini negeri sebelah je. Melaka Bandaraya Bersejarah. Tapi have fun sangat sebab 80% tempat lawatan adalah tempat yang baru dan tak pernah pergi lagi. Percutian 3 hari 2 malam ni ditaja sepenuhnya oleh Tukimat Surip. Siapa Tukimat Surip ni?
Dia adalah ayah Bella. Atok Aisyah. Bapak mertua suami. Hihi.
Sebenarnya pergi lah ceruk mana pun asalkan bersama keluarga da cukup memadai dan gembira. 3 hari tak lekang senyum, gelak, gosip. Seronok sangat. Harap-harap ayah sentiasa murah rezeki dan boleh belanja lagi. Patutnya anak yang belanja bapak kan? Haha
Percutian ni adalah pada 28-30 Disember 2013. Tapi kitorang bertolak dari Johor malam 27 Disember tu. Kitorang sewa homestay bapa sedara kat ayer keroh. Berdekatan MITC.
28 Disember 2013
1. Melaka Bird Park
2. Zoo Melaka
3. Cowboy Town A Famosa Resort
Jom layan gambar.
Ambil gambar sebelum keluar rumah. Wajib!
Mummy dan Bonda
Mummy dan Bonda
Kami. Eh...
Ha baru lah kami. Tu penaja yang pakai tshirt belang hitam kelabu tu.
Tak cukup ahli lagi sebenarnya. Kakak sulung takde.
Nenek dan Aisyah
Dayah, adik, mama dan Aisyah
Homestay kitorang.
Sori muka tuan tanah kedaung besar sangat.
**************************************************************
Sebelum berjalan, wajib penuhkan perut dulu. Kitorang sarapan dekat Ikan Bakar Malim. Bukan lah sarapan ikan bakar. Tapi dah nama kedai nya gitu. Hihi.
Kakak zuzu gigi rongak.
**************************************************************
Melaka Bird Park
Harga Tiket:
Weekday
Adult: RM15
Child: RM10
Weekend
Adult: RM20
Child: RM15
Aisyah tidur
Aisyah tidur. Nasib baik tiket dia free.
Aisyah bergambar dengan burung gergasi.
Kakak zuzu pun nak jugak.
Bird Park ni ada lif. Canggih. Tak. Sebenarnya JAKUN. Haha
Best sangat tempat ni.
Baju batik kuning tu abah (bapak mama)
Ni dari pandangan atas. Kawasan ni ditutupi jaring-jaring.
Yela kalau tak, burung lepas lah semua.
Ha ni lif nya. Gayat wei.
Kalau nak kurus, guna tangga pun boleh.
Indah.
Tenang.
Feeling model sebab kaki terasa panjang.
Burung kat sini cantik-cantik.
Ni bukan burung.
Tepi burung ni ada disediakan kuaci. Letak kuaci kat tapak tangan, nanti dia makan.
Bella tak berani nak bagi makan. Satu lagi lidah dia hitam. Geli dan takut.
Jejaka.
Handsome.
Ehem ehem.
Merak yang tak sombong sebab dia tak menunjuk ekor dia yang cantik.
Pilih motor.
Nak beli motor.
Sementara tunggu kakak zuzu habis menunggang. Hihi
Kami tanpa muka Kak Anne.
Ok ni baru betul kami nya. Nampak semua muka. Hihi.
Kesimpulan: Tempat yang cantik dan best cuma kurang burung. Harga kurang berbaloi dengan kuantiti burung yang ada.
**************************************************************
Next destination is Melaka Zoo.
Malaysian Adult: RM15
Malaysian Child: RM6
Malaysian Senior Citizen: RM6
Sampai-sampai zoo terus pergi sini sebab nak tengok animal show.
Aisyah dah bangun.
Masya Allah cantik sangat.
Subhanallah.
Allahu Akbar.
Abah yang sangat kuat. Tak nak naik tram pun.
Tapi kitorang jalan slow-slow dan kerap berhenti lah.
Kasi dia rehat.
Topi Aisyah dan mummy. Satu sepuloh hinggit.
Kesimpulan: Zoo ni kurang menarik. Sebab binatang kat sini tak dijaga sangat. Cuma animal show je yang best. Satu lagi jalan dan kawasan zoo tak diselenggara dengan baik.
**************************************************************
Lepas lunch, kitorang pergi majlis kahwin sedara, balik homestay dan rehat. Pukul 6 gerak ke A Famosa Resort. Kali kedua kami ke sini.
Harga Tiket untuk pakej kitorang ambil RM45 kot seorang.
Boleh masuk cowboy town (Red Indian Show & Animal Carnival Show) dan 4D movie.
Cowboy Town
The only one anak lelaki Tukimat
Wajah Aisyah disinari cahaya
Perhatikan mulut tuan sponsor kita! Hamboi.
Membeli belah sebelum show bermula.
Sebenarnya nak isi perut sebab tak sempat makan malam sebelum masuk sini.
Nasib baik Aisyah tak tidur
Hanya biskut yang boleh menenangkannya. Bukan sebab dia melalak@merengek.
Tapi sebab dia tak tahu diam. Nak lepas tak nak orang pegang.
Ramai sangat orang time ni. Mungkin orang masih bercuti Krismas.
Red Indian Show
Pakcik Santa datang
Animal Carnival Show
Kesimpulan: Best cuma show malam tu more to christmas so tak berapa nak puas sangat. Dulu punya show lagi best. Tapi yang paling best adalah firework show. Dari dulu sampai sekarang firework still gempak. Harga berbaloi lah kot untuk show yang diorang dah persembahkan. Cuma 4D movie, hampeh gilos. Haha.
**************************************************************
So tamat lah untuk hari pertama kitorang. Lepas cowboy town ni semua dah bising kelaparan. Sebenarnya kitorang sampai cowboy town ni dah lambat. Show start pukul 8.30. Kitorang sampai situ dalam pukul 6 lebih. Beli tiket pastu keluar balik sebab nak carik warong makan. Tapi kedai tu punyalah lambat masak. Kitorang minum air jek, pastu makan cancel sebab semua setuju nak makan balik nanti. Yelah tiket dah lah mahal pastu kalau terlepas show kan rugi.
Will be continued...
Comments