Thursday, 9 January 2014

Tips Ingat Nombor IC Suami

Assalamualaikum




Hamboi berhabuk sakan blog darihatibella ni. Kesian blog terabai sebab kat ofis banyak kerja. Lagi-lagi dah hujung-hujung latihan industri (LI) ni. Kena buat report la, kemaskini buku log la. SV sini still bagi task untuk disiapkan. Takde masa nak megular sangat. Hihi

Ok tadi dalam kereta on the way ke ofis Bella, terjumpa resit suami beli susu Aisyah kat farmasi D'Apotic. Ada nama Bella kat situ. 

Bella: Sayang guna ic ila ea beli susu adik?
Suami: Ak ah. Tengok, saya ingat nombor IC syg tau.
Bella: Ala. Nombor IC sayang 3*** kan? 5***? .......
(Bella tak ingat nombor IC dia dan macam-macam nombor yang Bella sebut)
Suami: Tengok tak ingat. Umur saya 5* nanti saya kahwin dengan orang umur 2*. Mesti sayang akan ingat lepas ni sebab benda yang sayang tak suka kan?
Bella: Kuangaja.

Haha TERBUKTI BERKESAN wa cakap sama lu. Alhamdulillah ingat sampai saat ni. Bella ni ada masalah short term memory. Kadang-kadang baru je borak-borak, tapi tak ingat benda apa yang diborakkan. Bila orang tanya balik, "eh apa ek?", "entah tak ingat". Selalu kena marah dengan suami. Sebab tu sepanjang praktikal ni, Bella sentiasa pegang buku dan pen kalau SV bagi task atau staf lain suruh buat apa-apa. Kalau tak catit memang lesap lah tugasan tu. Haha. Melampau.

Satu lagi, Bella ingat no akaun bank Bella. Nombor depan dia 151191******. Untuk Bella mengingat nombor depan tu, Bella ingatkannya seperti tarikh. 15/11/91. Ha gitu. Yang lain-lain korang pandai-pandai lah nak ingat. Tu kan contoh. Hihi.

Ok selamat mencuba ye para pembaca budiman sekalian. Ecewah!

Sekian.
Terima kasih.

3 comments:

key mohamad said...

okay take note. hahahahaa

tapi mcm lambat lagi la

Nur Mardhati Nabila said...

xpe..ko boleh cuba aplikasikan untuk mengingat no akaun aku..nnt klu ko ada duit lebih, boleh transfer ke aku..haha

lieyalatif said...

akak plak mmg ingat no ic laki....no ic anak tak ingat2 heheeheh....yg tak ingat tang 4 digit no belakang tu jek ....