Year End Holiday (Day 3)

Assalamualaikum.




Ok entry ni sambungan cerita percutian kitorang. Hari terakhir. 

Hm sedih bila hari terakhir. Sebab percutian dah nak habis dan satu lagi sebab dah nak kena berpisah dengan keluarga. Aduhai. Gambar tak banyak sebab dah tak semangat. Lagipun hari terakhir ni takde jalan mana pun. Kalau ikut jadual, hari ketiga ni main bowling je. Tapi ayah dan kakak nombor dua terpaksa pergi KL sebab ada urusan kerja sikit. Jadinya bowling kena tunggu diorang balik baru boleh main.

Hari ni breakfast kat rumah jek. Abang ipar dan mama pergi beli. Lepastu dalam pukul 10 keluar pergi Mydin MITC dan lunch kat Asam Pedas Ani. Asam pedas dia memang sedap sedap dan sedap. Puas. Beratus jugak lunch kat sini. 

Aisyah senyum tak ikhlas.
 
Kitoang main bowling dekat Melaka International Bowling Centre.

Budak kecik tu sibuk sangat nak baling bola. Tapi bila bola masuk longkak menangis. Haha.

Semua tak pandai main. Kalau baling dan kena pin tu kira dah ok sangat.

Lama-lama tertidur. Bosan menunggu kitorang main kot. 

Lepas bowling, adik ajak ayah main pingpong pulak.

Kitorang menunggu diorang main.

Kantoi. Kakak zuzu copet biskut (bekas tutup biru) Aisyah. 

Tak ramai orang pun masa ni sebab hari Isnin. Hari bekerja. Lepas dah penat dengan pingpong kitorang lepak kat Golf Simulator pulak. Ayah dan adik pulun pukul bola. Susah juga main golf ni. Haha. Banyak gelak time ni. Yela semua tangan keras nak pegang kayu golf dan pukul bola. Tapi tempat ni best sebab dia sediakan sofa. Gambar lupa nak ambil. 

Tamatlah sudah percutian kami di Melaka. Harap-harap akan datang ada lagi rezeki kami untuk pergi bercuti bersama. Rindu semua!

Sekian.
Terima kasih.


Comments

Popular posts from this blog

Aisyah Safiyyah Azzahra

[Di Balik Tabir] Photoshoot Anugerah Cinta

Sambutan Hari Kanak-Kanak (Tema Cerita Rakyat)