Year End Holiday (Day 2)

Assalamualaikum




Hai. Entry kali ni nak continue cerita Year End Holiday (Day 1) kelmarin.
Ok. Hari kedua ni kitorang pergi ke Melaka Duck Tour, Coral Wonderland dan Muzium Hang Tuah. 

*********************************************************
Melaka Duck Tour

Harga tiket tak ingat. Tapi kitorang beli tiket pakej boleh naik duck tour dan masuk coral wonderland. Berbaloi-baloi. Kedua-dua tempat memberi pengalaman yang menarik. Sementara menunggu itik mengambil kitorang, kitorang bergambar, makan snack, pergi toilet, gosip, borak, ketawa. Haha. Kitorang sampai dalam pukul 10. Tiket naik itek pukul 12. Ayah offer kitorang untuk Taming Sari. Tapi disebabkan dah pernah naik, so semua tak nak. 

Sementara menunggu itik kesayangan. Haha

Ok itik dah sampai.

Ready nak naik itik!

Inilah itiknya.

Beratur

Bila naik ni tak perlu berebut-rebut. Nombor seat dan waktu dah ada siap-siap kat tiket. So jangan risau tak dapat tempat duduk.
 
Tapi kalau anda tak bayar tiket, takdelah seat untuk anda. Macam Aisyah. Haha. Ok bagi sesiapa yang bawa stroller, stroller korang boleh tinggal kat kaunter tiket Duck Tour tu. Nanti bila korang dah turun semula, dia akan hantar ke tempat korang turun tu. 


Hm menyengih je dapat berkepit dengan buah hati.

Abah duduk sebelah Bella. Risau pulak dia terbang kena tiup angin. Hihi. Jahat ek cucu. Yelah abah kecik ringan lepastu duduk tepi sekali lak tu. Tapi mujur selamat pergi dan balik.

Sorang je menantu mama ayah yang ikut. Tu yang menyengih tak nampak mata tu.  

Aisyah suka sangat naik ni. Sebab angin kuat.

Mak Jemah.

Masjid Selat Melaka

Belakang tu bangunan yang sedang dibangunkan. Kata guide tour bangunan tu bakal jadi shopping mall berkonsep arab. Besar juga bangunan tu.

Selat Melaka
 
Guide tour yang pakai baju hijau tu.

Kesimpulan: Rasa lah pengalaman naik itik ni. Best.

*********************************************************
Melaka Coral Wonderland

Selepas turun itik, kitorang berjalan kaki jauh untuk ke Coral Wonderland pulak kat Pahlawan Mall. 

Pasangan bahagia ke syurga. Insyallah.

Tak dan nak lalu jalan luar yang panas. Kitorang lalu dalam mall. Ada aircond.

Sesak giler jalan sini.

Kakak zuzu sibuk sangat nak tolak adik dia. 

Tuan Sponsor tengah keluarkan duit.

Masuk-masuk jumpa shark

Subhanallah.

Subhanallah. Ikan comel dan comel dan cantik.

Subhanallah.

Subhanallah.

Eh da habis gambar. Haha sori. Disebabkan terlalu teruja dengan ikan dan segala benda kat sini sampai tak dan nak ambil gambar. Tak putus Subhanallah sepanjang kat sini. Yang bestnya, selepas jumpa shark, ada bahagian yang kita boleh sentuh hidupan laut (touch pool) macam belangkas, tapak sulaiman dan lain-lain. Lebih kurang dalam 10 jenis hidupan juga lah. Subhanallah. Korang pasti teruja sangat time ni. 

Lepas touch pool, lebih dari 1000 jenis hidupan sedang menanti kita dari dalam aquarium. Kat sini boleh tengok hidupan yang comel, cantik, pelik, unik dan geli. Geli macam katak dan ular. Comel macam nemo. Cantik macam ikan kecil-kecil yang berwarna warni. Pelik macam ikan batu @ stonefish. Unik macam  nautilus dan ikan yang banyak selendang (kepak ke apa) kat badan. Sebenarnya banyak lagi jenis ikan kat sini tapi lupa la. Menyesal tak ambil gambar satu-satu. Bella dengan Dayah paling last keluar. Mujur diorang tak tinggal kitorang.

Kesimpulan: Sangat recommend kat semua yang belum pernah datang sini. Walaupun tiket mahal tapi berbaloi-baloi. Tengoklah keindahan ciptaan Tuhan.

*********************************************************
Muzium Hang Tuah

Lepas lunch, kitorang pergi Muzium Hang Tuah. Tempat ni baru buka kot. Sebab masih cantik dan terjaga. Luas kawasannya. Tenang je bila sampai sini. 

Banyak rumah kat sini. Rumah Hang Tuah dan segala jenis hang yang lain.

Senibina yang sangat cantik.

Dua orang baju gelap tu nak kena mengangkut stroller naik ke atas. Kesian.

Adik ingatkan yang baju oren tu patung jugak. 

Aisyah bersama monyet kakak zuzu.

Aisyah yang tak tahu duduk diam. Nak lepas je.

Sementara menunggu yang lain solat. 

Kat sini boleh sarungkan baju silat lepas tu adalah skrin besar yang tunjuk cara silat. Best. Zuzu paling excited. 

Silat silat juga, selfie jangan lupa.

Aisyah sedang explore hutan belantara.

Ada gaya tokoh silat.

Sori mak jemah tak sesuai jadi tok guru silat.





Sibuk suruh ambil gambar dia dengan si Dayah.

Mummy dan Aisyah. Jauh.

Mummy dan Aisyah. Dekat. 

Cantik kan? Bukan orang tu. Tangga nya.

5 tokoh bersaudara.

Mak Jemah.

Rumah Hang Tuah.

Rumah Hang Jebat.

Rumah-rumah lain tutup pulak. Kata orang yang berniaga situ mungkin penjaga rumah tu pergi kenduri kahwin. Sepatutnya kena buka. Yelah kita dah bayar tiket tapi tak dapat nak explore semua. 

Kesimpulan: Biasa-biasa je. Tapi still best sebab dapat tengok senibina yang cantik.

*********************************************************
Sebelah malamnya, kitorang makan kat Ikan Bakar Hj. Yusof. Tempat favourite kitorang satu family bila datang Melaka. Tapi Bella just order ketam goreng kunyit je. Tu pun makan sekor je. Lain-lain tak berapa minat. Hihi.

Tamat hari kedua percutian kitorang. Sambung hari ketiga pulak nanti.
Sekian.
Terima kasih. 




Comments

Popular posts from this blog

Aisyah Safiyyah Azzahra

[Di Balik Tabir] Photoshoot Anugerah Cinta

Sambutan Hari Kanak-Kanak (Tema Cerita Rakyat)