Tuesday, 21 January 2014

Kisah Suatu Petang

Assalamualaikum




Lagi berapa hari je praktikal nak habis. Hooray!!!
Seronok sangat. Boleh duduk rumah goyang kuali periuk, goyang vacuum cleaner, goyang craft.
Tapi macam poyo je. Sat gi asyik membuta je kat rumah. Hihi.

Esok (Rabu), supervisor fakulti nak datang. Tak ready lagi nak present. Cuak banget. Sepatutnya hari ini tapi tiba-tiba dia ada urgent meeting. Terpaksa lah tunda. Report LI pun belum binding lagi. Memang suka kerja last minute. Hmm.

Sebenarnya entry kalini nak update gambar je. Memandangkan bos keluar jumpa client, moh la kita mengambil kesempatan. Tambahan, dah takde kerja nak buat. Hihi.

*******************************************************************************

Pada suatu petang Sabtu yang indah permai, setelah keboringan memerap di rumah, aku mengambil keputusan untuk mengambil dan membuang angin di luar. Aku mengajak anak perempuan ku turut serta untuk mengelak dari bertambah keboringan.

Anak perempuanku layan kan saja mummy nya. Asalkan dapat bermain di luar sudah cukup membuat kan hatinya girang. Dengan berbekalkan keretapi Thomas miliknya, dia cukup gembira berpusing di laman rumah nya. Tetapi mummy nya kepenatan sebab terpaksa menolak keretapi tersebut memandangkan keretapi tersebut tiada minyak, enjin dan kaki anak perempuan ku tak cukup panjang dan kuat untuk mengayuh sendiri.

Tapi mungkin anda-anda terfikir yang aku menipu kalian. Ayat di atas mengatakan anak perempuan ku gembira dan berhati girang, tapi mengapa gambar di bawah tak menunjukkan dia dalam happy zone?
Ha yang tu kalian jangan risau. 

Anak perempuanku dan kerutan di dahi tak dapat dipisahkan. 
Tapi anak perempuanku dan senyuman dapat dipisahkan.

Masa ni excited macam mana pun muka kalian mengagah dia, dia tetap gitu je. Seperti menjolok buah durian. Jolok bukan main semangat, durian tak jatuh juga. Ewah. 
Ok lah layan gambar.










Ha nampak kerutan?

Nampak kening yang berliku?




Hello, hello. Wrong number lorh!

Aduh, salah nombor pulok.

Malunya. Makan apple dulu.

















Mummy dan Aisyah




Subhanallah. Teramat susah nak buat mak jemah kecil ni ketawa dan senyum bila ambil gambar. 
Masa petang cuti Maulud Nabi, kitorang buat photoshoot Aisyah. Ya Allah, ada satu dua gambar je yang dia senyum. Tu pun tak ikhlas. Mummy daddy dah berpeluh-peluh agah dan buat macam-macam gaya untuk bagi dia senyum. Tapi muka dia deeeeeeeeeeeeeeeeek jek, dahi berkerut, kening berliku. Nasib baik photoshoot sendiri. Kalau berbayar, tak ke rugi. Hihi.

Ok lah.
Terima kasih sudi menjengah blog ni.
Sekian.


2 comments:

Syafiqah Zahirah said...

mengambil dan membuang angin di luar *ko kentut eh* hahaha..mcm chubby je aisyah skang..sama mcm phia xske senyum..muka berkerut jeee..hehe

Nur Mardhati Nabila said...

haha ko lawak la...
aku nasihatkan ko jangan bagi nama anak yg ada bunyi pia pia belakangnya...cam safiyyah, sofea...nnt susah senyum anak ko. haha