Tuesday, 14 January 2014

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Aisyah Safiyyah Azzahra!

Assalamualaikum




Salam Maulidur Rasul semua!
Genaplah setahun Aisyah Safiyyah Azzahra lahir ke dunia.
12 Rabiul Awal | 3:36 PM
Alhamdulillah Ya Allah kerana Kau telah memgurniakan anugerah terindah buat aku dan suami.

Sepanjang setahun berkenalan dengan Aisyah ni, adalah beberapa sifat dan habit dia yang Bella nampak.

11 Sifat dan Habit Aisyah Safiyyah Azzahra:

1. Penyabar. Sangat!

2. Tak banyak ragam.

3. Jarang menangis/merengek.

4. Sebelum tidur akan gonyoh muka/mata guna tangan.

5. Kalau mengempeng, akan tarik rambut sendiri. Mummy yang seriau tengok kot-kot rambut gugur. Hihi

6. Time makan, kalau nak suruh mummy stop suap, akan buat muka dan tak nak buka mulut. Sekarang ni macam dah pandai wave tangan untuk cakap tak nak. Tak tahu lah kebetulan ke apa.

7. Time nak tidurkan dia, ngempeng kan dan kalau dia lepas kan puting dan terus ngiring kan badan ke sebelah, maknanya dia akan tidur. Kalau tak, dia memang belum nak tidur.

8. Minum air masak selalu tersedak. Minum susu dalam botol tak pulak.

9. Pantang benda sejuk. Aiskrim ke aircond ke buah yang dari peti ais pun tak boleh. Selesema lah lepas tu.

10.  Nak bagi dia tenang bagi dia pegang biskut atau apa-apa makanan. InsyaAllah dia tenang.
Contoh: Bila duduk dalam car seat/stroller dia nak mintak orang angkat
Contoh: Bila kat kedai makan tak tahu duduk diam dalam baby seat

11. Kalau ngempeng mesti tolak dada mummy guna tangan. Bila nak susukan anak sebaiknya mulut anak lekap betul dengan breast kan, tapi dia tak nak. Dia akan tolak sepanjang penyusuan. 

Petang hari kitorang bawa Aisyah pergi Hutan Bandar Mutiara Rini untuk sesi fotografi si Aisyah. Tapi makcik ni korang tau-tau lah. Lebih banyak kerut dari senyum jadi nya hasil gambar hanya ada satu dua yang senyum. Tu pun tak nampak ikhlas sangat. Next time mummy kena tackle mood Aisyah dulu sebelum photoshoot.

Malam pula, atok nenek kebetulan datang JB, jadinya kitorang buat mini celebration la.
Dekat Secret Recipe je.
Kek beli kat SDS berharga RM5.20.
Kek tu sebagai cukup syarat dan untuk bergambar jek.
Lepas tu masuk kotak balik.
Kitorang bukan penggemar kek tapi suka tengok kek cantik.

Layan gambar KAMI...


Nenek dan mummy excited nyanyi lagu birthday tapi makcik minnie tu bukannya nak tunjuk muka excited ke happy ke.

Masa ni penat da atok nenek daddy mummy makshu suruh tiup lilin, tapi dia bukan tiup, dia sibuk nak pegang lilin tu. Konon kebal api la tu. Last-last daddy yang tiup lilin tu. 




Atok membantu Aisyah pegang kek.

Ok berjaya. Tapi lepas tu terlungkup!

Nenek pula bantu

Mujur isi kek ni pejal so tak lah meleleh atau tumpah.

Bila nampak daddy sudu kek, duduk diam terus

Ewah suka la tu dapat makan. Muka atok tak boleh bla...


Atuk pula suap kek kat cucu

Turn nenek pula. Makshu kat belakang sibuk interframe.

Mummy Daddy LOVE Aisyah

KAMI

Turn mummy pula suap Aisyah.

Balik rumah bagi main kejap. Aisyah suka belon tapi setiap kali dia pegang belon, mummy akan tutup telinga. Ganas makcik ni. Bukan setakat pegang, dia cakar dan gigit belon ni sekali. 

The end.

Semoga Aisyah menjadi anak yang solehah, menjadi hamba yang patuh pada suruhanNya dan sentiasa cintakan Islam. Oleh kerana dia berkongsi tarikh lahir dengan Rasulullah, maka Bella berharap dia akan mencontohi akhlak Rasulullah dalam seluruh aspek kehidupan. 
Amin Ya Allah. 

Sekian coretan di petang hari.


6 comments:

Syafiqah Zahirah said...

ngempeng tu ape kak bell?

Nur Mardhati Nabila said...

serious r ko xtau pika?
menetek la...tau x?menyusu dari badan ibu. ha gituh

Syafiqah Zahirah said...

serius aku xtau..aku tau lempeng je..haha.selamat hari lahir aisyah!semoga menjadi anak yg solehah untuk mummy and daddy :)

Nur Mardhati Nabila said...

tu lempeng..klu lempang ko tau?haha
tq auntie pika

Maszie Fatah said...

Allahumma Solli 'Ala Saiyyidina Muhammad...:)JGN nyanyi lagu HAPPY BESDAY ye Bella...syukran...Semoga Aisyah menjadi anak yang solehah...

BIE said...

Happy bithday Aisyah!! Stay cute selalu dan membesar dengan sihat. Amin