Pengantin Baru Kah?
Assalamualaikum
"Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akbar
Moga lidah kita sentiasa basah dengan zikir"
Sesiapa hendak menjadi pekerja cemerlang please jangan update blog, update status fb time waktu kerja. Tapi kalau anda student praktikal boleh. Hihi. Sebenarnya ada kerja yang perlu diselesaikan tapi otak masih malas nak menjalankan tugas.
Pengantin Baru Kah? |
Ok berbalik kepada tajuk di atas. Pengantin Baru Kah???????
Hahahaha dah 2 tahun tapi masih menerima wish tu. Cerita nya begini....
Ahad malam selepas pulang dari kampung, nampak ada surat poslaju. Terfikir-fikir barang apa la ni. Sebab biasanya kalau order barang bagi alamat ofis suami. Hari Isnin suami tak dapat nak ambilkan sebab suami ada meeting. Jadinya, hari Selasa baru lah dia pergi ambil kat poslaju. Rupanya hadiah perkahwinan dari kawan baik masa Form 6 dulu. Memang dia ada beritahu nak hantar. Tak sangka cepat sangat sampainya.
Tengok tarikh tu tahun lepas kot. Terharu. |
Suka sangat frame ni. Cantik. Alhamdulillah. |
Terima kasih Mel untuk hadiah dan wish tersebut. Mel simpan hadiah ni lama dalam almari dia kata. Tak kesempatan nak pos sebab sibuk. Ni dia baru habis belajar dan baru sempat nak pos. Terharu sangat.
Mel ni kawan baik Bella masa Form 6 dekat SMK Dato Haji Hassan Yunos, Renggam. Kitorang satu kelas, dan rumah yang Bella sewa pun dekat dengan rumah dia. Mel ni sangat happy go lucky orangnya dan dia sentiasa berfikiran positif.
Rindu sangat dengan Mel. Lama sangat tak jumpa. Lepas Bella tinggalkan Form 6 sampai sekarang tak kesempatan nak jumpa dia lagi. Hampir 7 tahun tak jumpa. Berhubung melalui telefon (dulu) dan FB (sekarang). Hihi. Moga kita akan ketemu satu hari nanti ye Mel.
Comments