Tuesday, 26 November 2013

Love Earth

Assalamualaikum

Hai semua (ceh macam la ramai yang membaca). Hihi. Entry kali ini berkaitan dengan Bumi. Siapa yang tak sayang Bumi oi. Bumi ini hanya satu. Tiada pengganti. Jadi kalau boleh jangan buat dia merajuk, menangis dan sakit. Kena jaga sebaik mungkin.

Korang mesti biasa dengar kempen seperti 'No plastic bag', 'Kitar Semula', 'Earth Hour', dll. Sebenarnya kempen-kempen ini dibuat untuk memelihara dan menanam rasa sayang kita terhadap Bumi. Yela zaman sekarang ini banyak sangat orang yang tak menjaga hati Bumi. Macam-macam buat dengan Bumi. Kesian Bumi. Sebenarnya kan, banyak cara yang kita boleh buat demi mengambil hati Bumi semula. 

Di bawah ini beberapa perkara dan idea 'Sayangi Bumi' yang boleh dipraktikan:

1. Bawa recycle bag setiap kali pergi berjalan-jalan.
Bella biasa bawa beg guni Daiso RM5 (takde gambar nak attach sebab kat ofis sekarang ni). Beg ni material dia macam beg Ikea warna biru tu tapi lebih sopan dan kemas sikit sebab ada zip. Hihi. Bella tak suka bawak beg kain yang biasa tu sebab kalau bawa barang berat boleh meloyot dan tak best. Kalau beli barang kecil-kecil, xpayah minta plastik, masuk je dalam beg tu. Jimat plastik kedai, dapat selamatkan Bumi. Korang pun tak perlu nak jinjit banyak plastik, hanya sandang beg tu je. Ha kan memudahkan korang.

My recycle bag!


2. Lunch bag dan food container
Yang ni Bella baru praktikan dalam sebulan dua. Pagi nak pergi kerja, singgah kedai tepi jalan untuk beli sarapan n lunch. Guna banyak sangat plastik dan polistren. Contoh: kuih 1 plastik, nasi lemak 1 polistren + 1 plastik, makanan lunch 1 polistren + 1 plastik + sudu garfu plastik. Ha total kat situ 3 plastik, 2 polistren dan 2 sudu garfu. Banyak kan? Jadinya Bella menjumpai satu solution yang terbaik. Bella akan membawa 3 bekas makanan dari rumah dan sumbat dalam lunch bag. Tapi bawa naik ofis hanya satu bekas jela sebab kuih dan sarapan dah makan dan tinggal dalam kereta suami. Bella bawa sudu garfu sekali dari rumah. Lunch bag Bella beli kat Daiso RM5. 

Dari kiri: pump bag, lunch bag, botol air, bekas makanan

3. Kotak terpakai
Setiap kali pergi shopping barang dapur, standby kotak terpakai dalam bonet. Kotak kan boleh lipat jadi nipis kalau tak guna. Bila nak guna baru buka. Yang ini Bella belum praktikan sebab sentiasa lupa nak letak kotak tu dalam bonet. Bila shopping barang dapur, tak payah masuk plastik, semua letak dalam troli, sampai kereta, masukkan barang-barang dalam kotak tu. Ha gitu.

Sumber: Google Image


4. Bekas bertutup atau besen
Yang ni pun Bella tak pernah praktikan sebab lupa juga nak bawa. Bawa besen atau bekas bertutup bila nak pergi pasar beli ikan daging ayam sayur dll. Kalau korang beli barang basah dekat aMart, Kip Mart ke yang ada troli, rasanya boleh kot bawak bekas bertutup untuk masukkan barang basah. Takdelah bonet kena air daging ke ikan ke kan. 

5. Jimat elektrik dan air
Bab ini jarang Bella praktikan. Tapi akan cuba improvekan dari masa ke masa.

Sumber: Google Image


Klik sini untuk tonton video Earth Day UTM 22nd April 2012
*Ada muka sendiri tu yang bagi link. Hihi

Itu sahaja idea yang dapat dikongsi dengan korang. Kalau korang ada idea lain, sila kongsi ye.
Go Green. 
Sayangi Bumi. 
Love OUR Mother Earth.

Sumber: Google Image



Terima kasih.

2 comments:

Maszie Fatah said...

1 - 4 praktikan ari2 bekal mkn xder ler opis den di dapur selalu bwk bekal air masak dlm kereta.Kalau tak cukup air 7-8 botol xlaju kerje rumah nie.No 5 jimat air nie den susah sikit cuci pingan magkuk air pai mesti on selalu...tapi alhamdullilah dah hampir 6 tahun bil air xbayor....

Nur Mardhati Nabila said...

bagus2 teruskan usaha anda :)