Assalamualaikum.
Harini mummy bawa anank-anak ke Utopia Titan X di Paradigm Mall. Harini hari Selasa. Weekdays. Maksudnya apa? Maksudnya diorang ponteng sekolah. Haha. Khamis nanti Hari Sukan. Jadi kat sekolah tak belajar. So mummy ambil kesempatan bawa diorang berjalan.
Plan nak bawa diorang ke indoor playground. Dah lama x bawa diorg main playground. Pilihan pertama nak bawa ke Jump X di Aeon Dato Onn. Tapi playground biasa ni sesuai untuk adik-adik. Kakak-kakak macam dah tak berapa sesuai, nanti diorang bosan pulak. Lepastu mummy google lagi mana nak bawa diorang. Last sekali mummy jumpa Utopia Titan X ni.
Mummy rahsiakan dari anak-anak. Tengahari diorang balik dari sekolah, mummy suruh diorang siap-siap. Qisya tanya nak ke mana, mummy jawab, mummy ada kerja, korang kena teman mummy.

Ni lokasi. Korang zoom sendiri ye.
Tiket RM58/person.
Tapi masani mummy ambil seasonal pass.
RM300 untuk 8 entries. Pada hari kejadian guna 5 entries (5 orang).
So berbaki 3 entries. Next time nak bawa daddy pulak. Kena topup 3 tiket lagi.
Mall yang kita jarang pergi WAJIB ambil gambar parking. Hihi.
Ni dah nak sampai tempatnya. Diorang blur tak tahu arah tuju. Diorang ingat mummy nak bawa diorang tengok wayang sebab tempat ni sebelah wayang.
Kat sini ada 3 level.
Level 1 - playground, trampoline, go kart (no restriction)
Level 2 - rope course (height restriction minimum 130cm)
Level 3 - net course (no restriction)
Sayang Adam.
Kat sini panas tau. Sama macam Game On di Toppen tu. Tapi kat sini ada kipas besar. Kalau dah peluh-peluh, kitorang lepak depan kipas ni.
Ada go kart tapi kena kayuh sendiri haha. Seronok juga main ni. Tapi ada juga yang tak seronok....
Ni penyebab kurang keseronokan. Mummy ni nak main dengan tenang. Masa ni mummy senyap-senyap masuk sini. Diorang semua tengah main trampoline. Baru dapat tenang 2minit, diorang datang pulak. Masalahnya apa? Masalahnya mummy kena pangku Yusoff/Adam sambil kayuh. Lenguh kaki oi. Yusoff dan Adam tak pandai lagi kayuh benda ni, berat pun ye juga.
Bila mummy pelawa naik dengan mummy, terus happy. Walaupun airmata masih di mata.
Mummy rasa mummy yang juara.
Bawah ni diorang main slide. Pelbagai gaya diroang buat sebab takde orang. Santai-santai main. Syok.
Bawah ni net course. Gayat mummy. Tak berani nak stay lama.
Aisyah dah ready untuk rope course. Mummy dan Aisyah je yang pass untuk rope course. Qisya jaga adik-adik kat bawah.
Flying fox by Aisyah.
Bawah ni rope course. Mummy minta qisya record dari bawah, tapi hasilnya sungguh mendukacitakan. Haha.
Saja sakat Adam time ni. Kitorang semua menyorok.
Nak balik dah. Terima kasih Utopia Titan X.
Comments