Harini kitorang join fun run di Sireh Park. Apa kejadah lah daftar larian ni. Menyesal. Hahaha. Tu di awal larian lah. Tapi bila dah complete, rasa happy dan lega dan nak join lagi akan datang. Hahaha. Seronok je cuma nak menghabiskan tu kussssemangat.
Boleh pilih track biasa atau jalan dalam hutan. Mummy pilih jalan dalam hutan. Ala-ala hiking. Azab ye sebab jalan nya berbukit. Tahniah.
Selamat pagi. Nyaman
Kitorang semua kena scam. Setiap checkpoint dikatakan 'sikit lagi, sikit lagi'. Tapi tak sampai-sampai pun.
Ada cafe di tengah hutan.
Memasing baru sihat dari chicken pox.
Hampir sampai ke penamat. Yeah!
Ajak jom. Lepastu dia mengejar Qisya. Gelabah kitorang. Nasib baik tiada apa berlaku.
Tamat dengan selamat.
Yeah dah dapat sijil.
Selepas lari, mummy check kesihatan.
Sementara tunggu mummy checkup, Aisyah Qisya diberi aktiviti.
Support bisnes OKU. Diy keychain menggunakan getah rambut.
Diorang seronok ngadap aktiviti gini.
Cantik.
Cantik.
Interior.
Lepas dah segar, dalam kereta diorang tidur. Mummy decide bawa Aisyah Qisya pergi Aeon Dato Onn untuk makan dan jalan-jalan.
Bila datang sini, wajib singgah Oh Some ni. Layan kan Aisyah Qisya.
Assalamualaikum Hai semua! Alhamdulillah 1 Mac lepas, terlaksana hajat Bella untuk buat majlis Aisyah. Walaupun simple tapi tetap meriah dengan kehadiran keluarga, jiran dan kawan-kawan. Terima kasih kepada semua yang hadir. Sebenarnya dapat idea nak buat majlis Aisyah ni masa praktikal hari tu. Yela banyak masa depan komputer pastu terjumpa la blog yang DIY majlis harijadi anak dia. Comel sangat. Jadinya hati meronta-ronta nak buat gitu juga untuk Aisyah. Yela nak buat untuk diri sendiri macam tak patut kan? Hihi. Tapi bukan semualah DIY. Baju dan cake tak cukup ilmu lagi nak DIY. Ok untuk majlis Aisyah tahun ni Bella pilih tema CANDYLAND. Sebab colourful dan macam sesuai untuk baby kan. Satu lagi sebab dah berkenan dengan satu tutu dress. Invitation Card Untuk kad jemputan, budget tersangat lah ciput. Suruh Dayah (bakal adik ipar) design pastu print sendiri guna glossy paper yang dah lama terbiar kat rumah ni. Dayah ni memang dianugerahkan kreativiti. Bella just ...
Assalamualaikum. Harini mummy hantar anak-anak pertandingan mewarna. Pagi pertandingan mewarna di Angsana Mall sempena Karnival Asas Tani. (Yusoff dan Qisya). Petang pertandingan mewarna di Genting Indahpura sempena merdeka. (Aisyah dan Qisya). Angsana Mall. Yusoff seperti biasa sentiasa excited kalau nak mewarna. Mood baik. Mummy tak boleh dekat sebab buat di atas pentas. Biasanya mummy tolong buka kan warna, tolong bagi semangat dan tolong kecoh soh cepat cepat. Sebab kadang-kadang diorang ni termenung. Sementara tunggu Yusoff dan Qisya siap mewarna, bawa Aisyah ke Marrybrown untuk dia siapkan tugasan PSV dia. Sambil makan-makan. Lepas Yusoff Qisya siap mewarna, mummy angkut alatan mewarna semua ke kereta sementara nak tunggu keputusan. Anak-anak di Marrybrown. Dahlah banyak barang, meja dan beg mewarna. Sekali keluar ke area parking, tak jumpa kereta. Haha. Masuk balik fikir semula. Masa masuk semula ke mall, dengar orang pentas bagitahu suruh scan QR un...
Comments